6 TANDA DAN 8 SEBAB TERJADINYA KERACUNAN MAKANAN

ASSALAMUALAIKUM..

6 tanda dan 8 sebab terjadinya keracunan mknan

Baru – baru ini, kita dikejutkan dgn kes keracunan mknan laksa yg berlaku di Baling Kedah, mknan pulak laksa, dah la kita ni hantu laksa huu.. Kalau tak masak sendiri laksa memang beli jugak Wani, biasanya kat pasar pagi, lepas kempunan nak mkn,, Setiap minggu wajb beli, tiba – tiba berlakunya kes macam ni jadi macam takut. Tapi alhamdulillah setakat beli sampai sekarang tak ada lagi yg pelik – pelik.

Keracunan mknan jangan diambil ringan, bahaya jugak. Keracunan mknan terjadi apabila mknan sudah tercemar. Kadang- kadang kita nampak macam elok lagi, pdhal dah tak elok tapi pergi mkn jugak kan. Abah memang alert sikit bab mkn – mkn. Kalau dulu sebelum ni, dia lah yg cerita, mknan kalau blh lepas 4 jam memang kalau blh jangan mkn. Tapi kalau dah masak penat- penat tapi mknan tak habis, buat utk mkn malam lauk tu blh tak, tapi lebih dr 4 jam tu..selalunya mkn jugak huu.. ada tak macam Wani.

Sebab itulah bab penjagaan mknan perlu dititikberatkan takut jadi kes macam ni. Sepatutnya premis – premis menjual mknan jangan buat tak tahu dan adakalanya mereka mungkin terlepas pandang perkara berkaitan tentang penjagaan mknan. Lebih lagi kalau mknan tu nak dihidangkan kepada orang ramai.


Keracunan mknan kalau tak mendapat rawatan awal blh mendatangkan kematian.

6 TANDA TERJADINYA  KERACUNAN MAKANAN

headache 1451572202 - 6 TANDA DAN 8 SEBAB TERJADINYA KERACUNAN MAKANAN

Apabila berlakunya keracunan mknan, tubuh individu tersebut akan mengalami tanda – tanda seperti di bawah :

1. Rasa loya
2.Cirit – birit
3. Sakit perut
4. Berpeluh / demam
5. Sakit kepala

Sekiranya mengalami salah satu tanda di atas, cepat – cepat ke klinik ataupun hospital utk mendapatkan rawatan. Nampak macam sakit ringan tapi kalau tak mendapatkan rawatan terus blh membawa pdh.

8 SEBAB TERJADINYA KERACUNAN MAKANAN

ramadhan feast 1024x689 - 6 TANDA DAN 8 SEBAB TERJADINYA KERACUNAN MAKANAN

Terdapat banyak sebab ataupun faktor kenapa keracunan mknan blh terjadi. Sila ambil perhatian sekiranya tak nak berlakunya keracunan mknan. kadang – kadang mknan di rumah pun blh mengakibatkan keracunan mknan bukan setakat mknan yg dibeli di kedai. Di antara sebab tersebut adalah :

1. Mknan yg ditinggalkan pd suhu bilik utk tempoh yg lama lebih dr 4 jam
2. Mknan yg tidak dimasak dgn sempurna
3. Mknan yg tidak disimpan dgn baik (makanan mentah yg disimpan bersama dgn mknan yg telah dimasak)
4. Mknan yg telah sejuk tidak dipanaskan dgn sempurna
5. Mknan yg beku seperti daging tidak dinyahbekukan dgn sempurna sebelum dimasak
6. Mkn lebihan mknan secara terus tanpa dipanaskan dgn sempurna
7. Kaedah penyediaan mknan yg tidak bersih
8. Mknan tersebut disediakan oleh orang yg menghidapi atau pembawa penyakit yg disebarkan melalui mknan seperti typhoid dan taun


Bab penyediaan mknan jangan pandang ringan, kalau tak memang sebab kat atas itu lah puncanya. Diharapkan selepas ini, tiada lagi kejadian yg tidak diingini membabitkan keracunan mknan. Kalau tak silap, selalu ada kes keracunan mknan saban thn kan. Mudah- mudahan samaada memasak sendiri mknan di rumah atau membeli mknan di kedai, sama – sama lah kita menjaga kebersihan penyediaan mknan yg hendak dimasak dr awal masak sampai ke langkah terakhir dlm penyediaan mknan.

Sumber : Bahagian keselamatan & Kualiti Mknan

Loading...

Tags: #KERACUNAN #Makanan #Sebab #Tanda #TERJADINYA

author
Author: 
    3 Artis Terkenal Ini Siap Jadi Donor Mata Saat Meninggal, No 3 Sudah Daftar Sejak SD!
    slidegossip.com – Kehidupan artis tak melulu bersinggungan dgn dunia gemerlap dan kemewahan. Buktinya,
    (Video) Ibu biadap, paksa ustazah anaknya merangkak keliling kelas!
    Tular sebuah video menyaksikan seorang Ustazah dipaksa merangkak keliling kelas sambil diperhatikan oleh
    Saman ibu paksa ustazah merangkak keliling kelas!
    Ini biadab. Sangat! Seorang ibu dipercayai ke sekolah anaknya dan memaksa ustazah merangkak
    Arti Kata Gaul Titit Meong
    Kamu pasti sering banget mendengar atau melihat kata Titit Meong, baik itu di

    Leave a reply "6 TANDA DAN 8 SEBAB TERJADINYA KERACUNAN MAKANAN"