6 Soalan Utk BFM : Berhentilah Bersandiwara Dan Menutup Cerita Sebenar..

Oleh : Firdaus Wong Wai Hung (Official)

[Rogol/Serangan Seksual Di BFM, Mana Yg Betul?]

Apabila tularnya satu email dr pekerja wanita BFM Radio – The Business Stationtentang tuduhan rogol/serangan seksual yg berlaku di stesen itu, pihak pengurusan BFM segera mengeluarkan kenyataan pd 1 Disember yg antaranya berkata;

2 2 - 6 Soalan Utk BFM : Berhentilah Bersandiwara Dan Menutup Cerita Sebenar..

“Buat masa ini, kami masih lagi belum dpt mengesahkan lagi apa-apa situasi yg telah dirujuk.”

Kenyataan pd 1 Disember 2018 mengatakan pihak pengurusan tidak dpt mengesahkan apa-apa lagi situasi yg dirujuk iaitu seolah-olah mereka tidak tahu menahu tentang insiden yg disebutkan dlm email tersebut.

Malahan dlm email tersebut ditulis;

“Tolong bantu saya. Lakukan sesuatu tentang isu ini. Tiada siapa yg akan percaya kepada saya. Saya telah bercakap dgn NGO wanita di KL tetapi mereka enggan mempercayai saya kerana mereka adalah kawan kepada orang di BFM. Lingkungan liberal melindungi satu sama lain.”
 

1 32 - 6 Soalan Utk BFM : Berhentilah Bersandiwara Dan Menutup Cerita Sebenar..

 
NGO wanita di KL manakah yg dimaksudkan oleh pengadu itu? Jikalau pengadu atau sesiapa ada maklumat, blh salurkan kepada kami dan InshaAllah kami akan dedahkan talam dua muka ini.

Lalu pd 3 & 7 Disember 2018, pihak pengurusan BFM mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan rasmi telah bermula.

Pada 7hb Januari 2019, pihak pengurusan BFM mengeluarkan kenyataan rasmi keputusan penyiasatan mereka dan antara hasil siastan mendapati;

“Berkenaan dakwaan rogol/serangan seksual, pihak pengurusan BFM telah MENERIMA ADUAN PADA MEI 2017. Sejurus menerima aduan, pihak pengurusan BFM telah menjalankan siasatan dan mengambil tindakan disiplin yg tertinggi dgn menamatkan perkhidmatan pekerja yg tertuduh.”

Apa? Menerima aduan pd MEI 2017 tetapi mengapakah dlm kenyataan mereka pd 1 Disember 2018 mengatakan TIDAK DAPAT MENGESAHKAN SITUASI YANG DIRUJUK?

Persoalannya ialah mana satu yg betul ataupun ianya satu usaha utk ‘cover up’ dan pihak BFM tidak akan memulakan sebarang siasatan dan mengeluarkan sebarang kenyataan andai email itu tidak tersebar sedangkan penyiasatan mereka mengatakan telah menerima aduan pd Mei 2017?

Kenyataan mereka pd 7 Januari 2019 juga turut mengatakan;

“Pihak pengurusan BFM tidak membuat laporan polis kerana pengadu tidak mahu melanjutkan perkara itu, pd masa tersebut.”

Kes rogol/serangan seksual tidak membuat laporan polis kerana pengadu tidak mahu melanjutkan perkara? Atau sebenarnya pihak BFM yg memberikan tekanan kepada mangsa utk tidak membuat laporan polis utk ‘cover’?

Pihak Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) bukan sahaja perlu menyiasat kes rogol/serangan seksual itu malahan pihak PDRM dan SPRM juga perlu menyiasat pengurusan BFM bg memastikan apakah terdapat unsur desakan bg melindungi kes jenayah dan juga rasuah diberikan utk mangsa berdiam diri!

BEBERAPA PERSOALAN YANG PERLU DIJAWAB OLEH BFM
1. Apakah anda tahu atau tidak kes rogol/seksual telah berlaku semasa mengeluarkan kenyataan pd 1 Disember di mana anda TIDAK DAPAT MENGESAHKAN tentang kes tersebut sedangkan hasil siasatan anda mendapati ADUAN TELAH DITERIMA PADA MEI 2017 dan pekerja itu telah dibuang kerja?

2. Mana satu kenyataan anda yg betul kerana kedua-dua adalah bercanggah. Jikalau salah satu adalah betul dan salah satu adalah menipu, mengapa anda mengeluarkan kenyataan yg palsu?

3. Mengapa setelah menerima aduan pd MEi 2017 dan pekerja tersebut telah dibuang kerja, pihak BFM tidak membuat laporan polis? Jikalau alasan anda adalah pengadu tidak mahu melanjutkan perkara itu, apakah BFM cuba melindungi pesalah itu yg memungkinkan beliau utk melakukan perkara yg sama kepada orang lain di luar?

4. Pd kenyataan yg disiarkan oleh The Edge pd 23 March 2015, BFM mengatakan akan membuat laporan polis ke atas sesiapa yg mengugut/mengancam kakitanganya;

“But the station would not tolerate threats against its staff, it said.”

3 - 6 Soalan Utk BFM : Berhentilah Bersandiwara Dan Menutup Cerita Sebenar..

Apakah kes rogol/serangan seksual bukan satu ancaman bg BFM?

5. Apakah benar mangsa yg tidak mahu melanjutkan perkara itu atau ada ugutan/desakan dr pihak berkepentingan terhadap mangsa utk menutup mulut ataupun mangsa dibayar utk menutup mulut? Ini perlu penyiasatan lanjut dr PDRM dan SPRM.

6. Terakhir sekali sudah tentu NGO wanita manakah yg berdiam diri itu yg bersekongkol dgn liberal di dlm BFM? You scratch my back and I’ll scratch yours?

#BashingForMuslims
#BaseForMuslimphobic
#BiasFilthyMedia

#medialiberalbias #hypocrisy #doublestandard #bfm


Loading...

Tags: #Berhentilah #Bersandiwara #Cerita #Menutup #sebenar #Soalan

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "6 Soalan Utk BFM : Berhentilah Bersandiwara Dan Menutup Cerita Sebenar.."