6 Pilihan Roti Pelbagai Rasa Yg Enak Gebu

Untitled design 69 1 1 - 6 Pilihan Roti Pelbagai Rasa Yg Enak Gebu

Roti bun panas gebu gabas dr oven memang nikmat bila dimakan. Nak roti gebu ni teknik uli kena betul, dan kena dibiarkan rehat utk naik sempurna. Yis pula kena segar, barulah roti naik mengembang.

Ni 6 idea bun diperbuat drpada serunding ayam, kacang merah, butterscotch, hirisan ayam, keju dan sose. Perrgh memang terbaiklah koleksi roti bun ni.

1. ROTI SERUNDING AYAM

Untitled design 61 8 - 6 Pilihan Roti Pelbagai Rasa Yg Enak Gebu

BAHAN-BAHAN (ROTI):

  • 250gm tepung high protein
  • 7gm yis
  • 10gm shortening
  • 10gm bread softener
  • 5gm garam
  • 10gm gula
  • 80ml air
  • 10gm susu tepung
  • 300gm chicken floss (bahan inti)

BAHAN SAPUAN PADA ROTI:

  • 1 sudu mkn susu cair
  • 1 biji kuning telur

CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan utk roti kecuali chicken floss. Uli sehingga menjadi doh yg lembut.
2. Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dgn kain lembap.
3. Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi.
4. Taburkan chicken floss di atas doh. Gulung doh dan potong sepanjang 3 inci.
5. Ambil loyang dan oleskan sedikit mentega. Susun doh-doh yg telah dipotong tadi. Biarkan seketika sehingga roti tadi mengembang.
6. Utk membuat sapuan di atas roti; satukan susu cair dan kuning telur dan kacau sekata. Sebelum bakar, sapu sedikit campuran kuning telur dan susu cair tadi pd bahagian atas roti.
7. Bakar selama 15 minit pd suhu 170C (bergantung pd oven masing-masing).
8. Keluarkan dan sedia dinikmati panas-panas.

Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Lemak roti dan chicken floss yg seimbang
Jenis masakan : Roti
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM14

Info chef: Sapuan pd roti adalah utk mencantikkan roti setelah dibakar nanti.

2. ROTI KACANG MERAH

Untitled design 59 8 - 6 Pilihan Roti Pelbagai Rasa Yg Enak Gebu

BAHAN-BAHAN (ROTI):

  • 250gm tepung high protein
  • 7gm yis
  • 10gm shortening
  • 10gm bread softener
  • 5gm garam
  • 10gm gula
  • 80ml air
  • 10gm susu tepung

BAHAN-BAHAN (INTI):

  • 150gm kacang merah | direndam
  • 100gm gula pasir
  • 20ml minyak masak

CARA MEMASAK:
1. Rebus kacang merah yg telah direndam tadi sehingga hancur (lembut)
2. Masukkan gula dan minyak masak. Tutup api dan sejukkan. Ketepikan.
3. Campurkan kesemua bahan utk roti. Uli sehingga menjadi doh yg lembut.
4. Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dgn kain lembap.
5. Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi.
6. Bulatkan inti kacang merah tadi sekitar 40gm setiap satu.
7. Ambil doh roti kira-kira 50gm setiap satu dan masukkan inti kacang merah ke dlm doh roti. Canai memanjang dan toreh memanjang pd doh tadi.
8. Kemudian gulung dan letakkan di atas loyang. Ulangi langkah sehingga selesai.
9. Biarkan seketika sehingga doh mengembang sekata.
10. Sapukan kuning telur di atas permukaan roti dan tabur bijan sbg hiasan jika mahu.
11. Bakar selama 10 minit dlm suhu 170C.
12. .Angkat dan sedia dinikmati.

Saiz hidangan: 4-5 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan: Keenakan inti kacang merah
Jenis masakan : Roti
Cara memasak : Rebus dan bakar
Anggaran kos: RM13

Info chef: Jika mahu inti kacang merah lebih manis, blh tambah lebih gula.

3. ROTI BUTTERSCOTCH DWI WARNA

Untitled design 66 2 - 6 Pilihan Roti Pelbagai Rasa Yg Enak Gebu

BAHAN-BAHAN:
Bahan roti :

  • 250gm tepung high protein
  • 7gm yis
  • 10gm shortening
  • 10gm bread softener
  • 5gm garam
  • 10gm gula
  • 80ml air
  • 10gm susu tepung

Sedikit pewarna ungu

BAHAN UNTUK BUTTERSCOTCH:

  • 200ml krim putar
  • 150gm gula perang
  • 10gm mentega

1. Campurkan kesemua bahan utk roti. Uli sehingga menjadi doh yg lembut.
2. Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dgn kain lembap.
3. Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi.
4. Bahagikan doh roti kepada dua bahagian. Warnakan ungu pd satu bahagian.
5. Masukkan adunan berwarna ke dlm adunan tanpa warna. Leperkan setebal 1 inci. Kemudian gunting tetapi jangan sampai putus utk mendapatkan bentuk roti.
6. Setelah doh roti kembang, bakar roti selama 10 minit pd suhu 170C.
7. Angkat dan keluarkan. Sapukan mentega pd bahagian atas roti yg panas. Ketepikan.
8. Utk membuat sos butterscotch; cairkan gula perang, perlahankan api. Masukkan krim putar ke dlm gula perang tadi. Kacau sebati, dan tutup api. Kemudian masukkan mentega.
9. Sedia dihidangkan bersama roti.

Saiz hidangan: 35 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Sos butterscotch yg sedap
Jenis masakan : Roti
Cara memasak : Reneh dan bakar
Anggaran kos: RM15

Info chef: Anda blh gunakan pewarna yg anda sukai.

4. ROTI KEJU

Untitled design 62 8 - 6 Pilihan Roti Pelbagai Rasa Yg Enak Gebu

BAHAN-BAHAN

(ROTI):

  • 250gm tepung high protein
  • 7gm yis
  • 10gm shortening
  • 10gm bread softener
  • 5gm garam
  • 10gm gula
  • 80ml air
  • 10gm susu tepung
  • 4 keping keju
  • 1 biji kuning telur | sapu di atas roti

CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan utk roti kecuali kepingan keju. Uli sehingga menjadi doh yg lembut.
2. Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dgn kain lembap.
3. Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi.
4. Bahagikan doh kepada 50gram setiap satu.
5. Setelah itu, lipat kepingan keju kepada empat. Masukkan keju ke tengah-tengah roti.
6.Leperkan setebal ½ inci dan letakkan ke dlm acuan yg telah dilapik kertas kek cawan. Ulangi langkah sehingga doh selesai.
7. Biarkan doh mengembang. Sapu kuning telur pd doh roti dan bakar selama 10 minit dlm suhu 170C.
8. Keluarkan dan sedia dihidangkan panas.

Saiz hidangan: 4-5 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Lemak keju
Jenis masakan : Roti
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM10

Info chef: Blh tambah lebih keju jika suka.

5. CHICKEN SLICE ROSE

Untitled design 65 5 - 6 Pilihan Roti Pelbagai Rasa Yg Enak Gebu

BAHAN-BAHAN (ROTI):

  • 250gm tepung high protein
  • 7gm yis
  • 10gm shortening
  • 10gm bread softener
  • 5gm garam
  • 10gm gula
  • 80ml air
  • 10gm susu tepung
  • Kepingan ayam secukupnya | potong bentuk tiga segi
  • Sedikit mentega
  • 1 biji kuning telur | sapu di atas roti

CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan utk roti kecuali kepingan keju. Uli sehingga menjadi doh yg lembut.
2. Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dgn kain lembap.
3. Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi.
4. Bahagikan adunan kepada 30gram setiap satu.
5. Gentel doh tadi jadi memanjang dan lebar 1 inci. Susun lima kepingan kecil kepingan ayam tadi di atas doh.
6. Lipat doh dan susun di dlm loyang yg telah dioles sedikit mentega.
7. Ulangi langkah sehingga selesai.
8. Biarkan doh mengembang dan sapu kuning telur dan bakar selama 10 minit dlm suhu 170C.
9. Keluarkan dan sedia dihidangkan.

Saiz hidangan: 4-5 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Kepingan ayam tambah kesedapan roti
Jenis masakan : Roti
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM13

Info chef: Enak dimakan bersama sos cili atau sos tomato.

6. BAN SOSEJ

Untitled design 67 2 - 6 Pilihan Roti Pelbagai Rasa Yg Enak Gebu

BAHAN-BAHAN (ROTI):

  • 250gm tepung high protein
  • 7gm yis
  • 10gm shortening
  • 10gm bread softener
  • 5gm garam
  • 10gm gula
  • 80ml air
  • 10gm susu tepung

UNTUK ANYAMAN:
2 batang sosej | belah tiga

UNTUK SAPUAN DI ATAS ROTI:

  • 1 biji kuning telur
  • Sedikit mentega
  • Sedikit serbuk oregano

CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan utk roti kecuali kepingan keju. Uli sehingga menjadi doh yg lembut.
2. Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dgn kain lembap.
3. Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi.
4. Toreh doh kepada tujuh bahagian. Sulam sosej seperti membuat anyaman.
5. Biarkan doh mengembang. Sapukan kuning telur di atasnya dan tabur sedikit serbuk oregano di atasnya.
6. Bakar selama 15 minit dgn suhu 170C.
7. Keluarkan dr oven dan sapukan sedikit mentega. Sedia dinikmati.

Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Rasa lemak roti dan keenakan sosej
Jenis masakan : Roti
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM13

Info chef: Anda blh sosej ayam atau roti mengikut kesukaan masing-masing.
Resipi: Terima kasih Nor Azizah Ghazali, Shah Alam Selangor.

Komen anda


Loading...

Tags: #Enak #Gebu #Pelbagai #Pilihan #Rasa #Roti

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "6 Pilihan Roti Pelbagai Rasa Yg Enak Gebu"