6 Langkah Buat Sendiri Yougurt, Senang & Jimat.

YOGHURT 1 - 6 Langkah Buat Sendiri Yougurt, Senang & Jimat.

Ini 6 Cara Buat Sendiri Yogurt, Senang & Jimat.

Anak-anak memang pantang tengok yogurt pelbagai perisa yg ada dijual di pasaran. Sebab tu setiap kali beli barang dapur di pasaraya, yogurt antara barang mknan  wajib beli bg mak-mak yg ada anak kecil. Memang yoghurt baik utk kesihatan, tetapi asyik kerap membeli, apa kata korang cuba buat sendiri di rumah, sebab nak buat yoghurt tak perlu byk bahan dan cara membuat juga ringkas dan muda.  Kalau nak tahu mcm mana cara, baca tip berikut:-

BAHAN BAHAN 1 1024x685 - 6 Langkah Buat Sendiri Yougurt, Senang & Jimat.

SEDIAKAN BAHAN DAN PERALATAN:

Bahan penting wajib ada adalah bakteria Lactobacillus  Bukgaricus yg blh dibeli di kedai bahan kimia atau bahan kedai barang-barang bakeri. Kalau susah sangat nak dpt, blh je guna yoghurt plain  yg ada label ‘live culture’, ia merujuk pd yoghurt  tersebut mengandungi bakteria  hidup. Ia penting supaya bakteria blh berkembang biak semasa proses fermantasi susu sehingga menjadi yogurt. Selain itu sediakan juga susu cair, thermometer, sudik kayu, kain bersih, bekas keap udara dan periuk tahan karat. Apapun korang kena pastikan semua peralatan ini bersih supaya yogurt yg anda buat menjadi dgn eloknya.

PANAS SUSU - 6 Langkah Buat Sendiri Yougurt, Senang & Jimat.

PANASKAN SUSU CAIR:

Panaskan susu cair dgn suhu lebih kurang 70-80 celcius atau sehingga susu panas tetapi tidak mendidih selama 15-30 minit. Tujuannya supaya bakteria dlm susu blh mati tanpa merosakkan segala nutrisi dlm susu. Proses pemanasan ini juga membantu mengurangkan kadar air dlm susu. Sepanjang proses memanaskan susu, pastikan susu sentiasa dikacau utk elakkan dr berketul.

KEPANASAN - 6 Langkah Buat Sendiri Yougurt, Senang & Jimat.

SEJUKAN SUSU YANG TELAH DIMASAK:

Susu yg telah dimasak tadi disejuk sehingga suhu lebih kurang 25-30 celcius atau suam-suam kuku. Agar tidak ada dicemari bakteria, tutup periuk dgn kain bersih yg telah korang sediakan tadi.

 CAMPURKAN BAAKTERIA - 6 Langkah Buat Sendiri Yougurt, Senang & Jimat.

CAMPURKAN BAKTERIA DALAM SUSU:

Apabila susu sejuk, blhlah campurkan bakteria atau yogurt plain lebih kurang 5-10% dr jumlah susu yg telah dipanaskan tadi. (contoh 100ml susu cair, maka bakteria atau yoghurt yg dicampur adalah 5-10ml bergantung kepada kepekatan yg diperlukan. Oleh jika lebih bakteria dimasukkan, lebih pekat yogurt korang. Setelah dicampur, kacau rata, kemudian  tuangkan dlm bekas kedap udara dan tutup semula dgn kain bersih yg kering.

BIARKAN SEKURANG-KURANGNYA 24JAM:

Simpan dan biarkannya tanpa diusik sekurang-kurangnya 24 jam pd suhu bilik supaya bakteria membiak. Bila susu menjadi pekat, berbau dan rasanya masam, tandanya yogurt  yg korang buat menjadi dan blh digunakan.

MASUKKAN DALAM BEKAS KEDAP UARA - 6 Langkah Buat Sendiri Yougurt, Senang & Jimat.

SIMPAN DALAM PETI SEJUK:

Jika korang tidak mahu menggunakan lagi yogurt atau ada lebihan selepas digunakan, ia perlu disimpan dlm peti sejuk supaya bakteria tidak mati dan rasa yogurt lebih sedap.

Senangkan? Kalau korang ikut cara yg RASA kongsikan ini,  tidak ada sebab yoghurt tak menjadi. Selamat mencuba.

Komen anda


Loading...

Tags: #Buat #JIMAT #langkah #Senang #sendiri #Yougurt

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "6 Langkah Buat Sendiri Yougurt, Senang & Jimat."