6 Jenis Nasi Bertumis Yg Sedap & Mudah Masak, Korang Cuba Ni.

nasi hujang panas1 04 39 865461 1 - 6 Jenis Nasi Bertumis Yg Sedap & Mudah Masak, Korang Cuba Ni.

Bila terasa mcm nak mkn nasi bertumis seperti Nasi Minyak, Nasi Briani atau Nasi Jagung, jom kita cuba buat sendiri tak payah tunggu pergi kenduri. Sebenarnya nasi ni senang je nak masak, sesekali blh kita masak sendiri utk hidangan keluarga.

 nasi tomatao 04 46 934816 - 6 Jenis Nasi Bertumis Yg Sedap & Mudah Masak, Korang Cuba Ni.

 NASI TOMATO
BAHAN-BAHAN:

  • 1kg beras basmathi | rendam 30 minit, tos
  • 1 liter air
  • 1 cawan susu cair
  • 2 helai daun pandan
  • 1 cawan puro tomato
  • 3 sudu minyak sapi
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 sudu mkn serbuk perasa ayam
  • Garam secukup rasa

BAHAN HIRIS:

  • 3cm halia
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih

 BAHAN PENUMIS:

  • 4 kuntum bunya cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 6 biji buah pelaga

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi dlm periuk, tumiskan bahan hirisan bersama rempah penumis sehingga wangi.
  2. Masukkan puri tomato, air, susu cair, serbuk perasa ayam dan garam secukupnya.
  3. Seterusnya masukkan beras dan daun pandan.
  4. Tutup periuk dan masak seperti nasi biasa.

nasi minyak 04 43 548914 - 6 Jenis Nasi Bertumis Yg Sedap & Mudah Masak, Korang Cuba Ni.

NASI MINYAK

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg beras basmathi | rendam 30 minit & toskan
  • 6 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 3 sudu mentega
  • 1biji bawang besar | kisar
  • 4 ulas bawang putih | kisar
  • 2cm halia | kisar
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu mkn serbuk perasa ayam
  • 1/2cawan kismis | goreng
  • Garam secukup rasa
  • Rempah Penumis:
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan mentega dlm periuk, tumiskan bahan penumis bersama daun pandan sehingga wangi, kemudian masukkan bahan kisar. Kacau sehingga naik bau.
  2. Masukkan beras yg telah direndam tadi, kacau rata. Masukkan air dan susu cair serta serbuk perasa ayam dan garam secukupnya.
  3. Biarkan seketika tutup periuk dan biarkan masak lebih kurang 20 minit.
  4. Sebelum angkat masukkan kismis yg telah digoreng menggunakan mentega.
  5. Kacau rata, dan tutup semula. Biarkan dlm 5 minit lagi.
  6. Nasi sedia dihidangkan bersama

 nasi hujang panas1 04 39 865461 1 - 6 Jenis Nasi Bertumis Yg Sedap & Mudah Masak, Korang Cuba Ni.

NASI HUJAN PANAS

 BAHAN-BAHAN:

  • 1kg berasa bahmati | rendam 30 minit dan toskan
  • 1liter air
  • 200ml susu cair
  • Pewarna merah, kuning dan hijau
  • Daun pandan
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu mkn mentega
  • 2 sudu mkn minyak masak

 BAHAN PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelage

 BAHAN HIRISAN:

  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm halia

 CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan cairkan mentega dlm periuk.
  2. Tumiskan bahan penumis dan hirisan sehingga kekuningan dan wangi.
  3. Masukkan beras, air, susu dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan dlm periuk elektrik dan masak seperti nasi biasa.
  4. Bila air nasi sudah kering dan hampir masak. titiskan pewarna merah, hijau dan kuning. Biarkan seketika.
  5. Apabila nasi sudah masak gemburkan nasi utk memberikan nasi dgn warna warni.

nasi jagung 04 41 658337 - 6 Jenis Nasi Bertumis Yg Sedap & Mudah Masak, Korang Cuba Ni.

NASI JAGUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg beras basmathi
  • 1 liter air
  • 1 cawan susu cair
  • 3 sudu mkn minyak sapi
  • 3 sudu mkn minyak masak
  • 1 cawan jagung dlm tin
  • 1/2cawan krim jagung dlm tin
  • 2 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa

 BAHAN HIRIS:

  • 10 ulas bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 3cm halia

 BAHAN PENUMIS:

  • 2 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 6 biji buah pelaga
  • 6 kuntum bunga cengkih

 CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak sapi. Tumis bahan hiris dan rempah penumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan susu dan air serta garam secukup rasa.
  3. Biarkan mendidih. Masukkan beras , jagung dank rim jagung.
  4. Kemudian perasakan dgn garam secukupnya.
  5. Tutup periuk nasi dan masak seperti biasa.
  6. Masak sehingga air kering.

nasi serai 04 45 285876 - 6 Jenis Nasi Bertumis Yg Sedap & Mudah Masak, Korang Cuba Ni.

SET NASI SERAI

 BAHAN-BAHAN:

  • 1kg beras basmathi |rendam 30 minit dan tos
  • 1 liter air
  • 6 batang serai |hiris
  • 1 sudu mkn serbuk pati ayam
  • 1 cawan bawang goreng
  • 2 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu mkn mentega
  • 2 sudu mkn minyak masak

 BAHAN HIRIS:

  • 10 ulas bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 3cm halia

 BAHAN PENUMIS:

  • 2 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 6 biji buah pelaga
  • 6 kuntum bunga cengkih

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dlm periuk nasi, tumiskan bahan penumis dan bahan hirisan sehingga wangi.
  2. Masukkan daun pandan, sedai, air , serbuk pati ayam dan garam.
  3. Bila air mendidih masukkan beras.
  4. Tutup periuk dan masak seperti nasi biasa.
  5. Bila nasi masak taburkan bawang goreng .
  6. Nasi sedia dihidangkan.

 nasi hujan panas 04 37 962132 - 6 Jenis Nasi Bertumis Yg Sedap & Mudah Masak, Korang Cuba Ni.

NASI DALCA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg beras basmathi |rendam 30 minit, tos
  • 1 liter air
  • 3sudu mkn minyak sapi
  • 3 sudu mkn minyak masak
  • 2helai daun pandan
  • 1sudu mkn serbuk pati ayam
  • Garam secukup rasa

BAHAN HIRIS:

  • 1biji bawang besar
  • 2ulas bawang putih hiris
  • 3cm halia

BAHAN PENUMIS:

  • 6kuntum bunga cengkih
  • 2batang kayu manis
  • 4biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang

CARA MEMASAK:

  1. . Panaskan minyak sapi di dlm periuk nasi dan tumis bahan hirisan bersama rempah penumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan air secukupnya, daun pandan, garam, serbuk pati ayam, dan beras.
  3. Kacau rata dan tutup periuk, masak nasi seperti masak nasi biasa.
  4. Apabila masak, nasi sedia dinikmati.
Loading...

Tags: #Bertumis #Cuba #JENIS #Korang #Masak #Mudah #Nasi #Sedap

author
Author: 
    Percutian London dan Eropah 2019 Hari: 4
    Selamat bertemu lagi di sambungan catatan perjalanan percutian UK & Eropah kami pd
    Sarapan Puding Roti Gaya Arab. Blh Mkn Masa Moreh.
    Masyarakat Arab memang suka mkn yg manis-manis. Di samping susu, yogurt mereka suka
    12 Resipi Lauk Pauk Berbuka Yg Sedap & Masak Tanpa Minyak
    Jom cuba aneka resipi lauk pauk berbuka puasa yg masak tanpa minyak ni. Ha…Jika
    Cokodok Pisang Lembut, Cantik & Bulat. mcm Ni Cara Buatnya.
    Sedapnya mkn cokodok pisang panas-panas. Bg yg teringin sangat nak mkn, ni ada

    Comments are closed.