6 Idea Masak Ikan Siakap Yg Senang & Sedap, Setanding Chef.

Loading...

siakap kicap 1 - 6 Idea Masak Ikan Siakap Yg Senang & Sedap, Setanding Chef.

Ikan siakap, mcm-macam blh masak, goreng bercili,  stim atau bakar ia memang sedap dan ramai menggemari ikan ini.  Malah di kebanyakan restoran ternama byk yg menyajikan ikan ini dlm pelbagai menu yg sedap. Tapi mkn di restoran agak mahal dan tak puas mkn, jadi apa kata  korang buat sendiri di rumah dgn mencuba beberapa idea menu yg RASA kongsikan ini.

cili thai - 6 Idea Masak Ikan Siakap Yg Senang & Sedap, Setanding Chef.

IKAN SIAKAP GORENG SOS THAI

BAHAN IKAN:

  • 1 ekor ikan siakap | saiz sederhana
  • Sedikit tepung
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam & lada sulah

BAHAN SOS:

  • 1 biji bawang besar | dadu kasar
  • 2 ulas bawang putih | cincang kasar
  • 3cm halia | hiris halus
  • 2 pokok daun bawang | hiris 3cm
  • ½ biji cili bengala | hiris memanjang
  • Sedikit brokoli | dadu kecil
  • 5 biji cili padi merah | hiris
  • 5 biji cili padi hijau | hiris
  • 1 batang serai | hiris halus
  • 2 sudu besar sos cili Thai
  • 1 biji limau kasturi | ambil jusnya sahaja
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Bersikan ikan dan toskannya.
  2. Pecahkan telur dan kacau rata, celupkan ikan dlm telur. Sementara itu panaskan minyak.
  3. Apabila minyak panas, balik-balikkan ikan yg dicelup telur di atas tepung yg dicampur sedikit garam dan lada sulah.
  4. Goreng ikan sehingga garing kemudian ketepikan.
  5. Menggunakan kuali lain, masukkan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili padi merah dan hijau. Kacau sehingga wangi.
  6. Seketika kemudian masukkan hirisan cili bengala, hirisan daun bawang dan brokoli, sos cili Thai dan perahkan jus limau. Kacau lagi.
  7. Akhir sekali lengkapkan rasa dgn garam, gula dan perasa secukupnya.
  8. Kemudian tuangkan sos ke atas ikan siakap yg telah digoreng tadi.
  9. Sedia dihidangkan.

Untitled design 2019 02 13T175039.198 - 6 Idea Masak Ikan Siakap Yg Senang & Sedap, Setanding Chef.

SIAKAP  KUKUS LIMAU NIPIS

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan siakap | bersih dan toskan
  • 1 biji bawang besar | cincang halus
  • 1 ulas bawang putih | cincang halus
  • 3cm halia muda | hiris halus
  • 15 biji cili padi hijau | cincang halus
  • 2 biji limau nipis | perah
  • 2 biji limau nipis | hiris nipis utk hiasan
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan pengukus.
  2. Sementara itu masukkan ikan dlm pinggan dan ketepikan.
  3. Campurkan hirisan bawang putih, bawang besar, halia dan cili dlm mangkuk.
  4. Kemudian tambahkan garam, gula dan perahan jus limau nipis.
  5. Tuangkan bahan ini ke atas ikan dan kukus sehingga masak lebih kurang 15 minit.
  6. Angkat dan hiaskan dgn hirisan limau nipis ditepi mangkuk hidangan.
  7. Ikan kukus sedia dihidangkan.

 limau nipis - 6 Idea Masak Ikan Siakap Yg Senang & Sedap, Setanding Chef.

IKAN KUKUS SOS LIMAU NIPIS NYONYA VALLEY

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan Siakap
  • 4cm halia muda | hiris memanjang
  • 3 ulas bawang putih | hiris nipis
  • 1 tangkai daun bawang | potong memanjang
  • Sedikit daun ketumbar | hiris
  • Beberapa biji cili padi | hiris
  • 2 sudu mkn minyak masak

Bahan Sos:

  • 4 sudu mkn jus limau nipis
  • 5 sudu mkn stok ayam
  • 1/4 sudu teh minyak bijan
  • Sedikit lada sulah

CARA MEMASA

  1. Bersihkan ikan dan keringkan. Kelar dan lumur dgn lada sulah serta garam di bahagian dlm dan luar ikan.
  2. Masukkan dlm pinggang, taburkan dgn hirisan bawang putih dan halia.
  3. Panaskan pengukus, kukus ikan lebih kurang lapan minit.
  4. Sementara itu, panaskan kuali dan panaskan sedikit minyak masak.
  5. Tuang minyak panas ke atas ikan kukus tadi.
  6. Kemudian tutup pengukus semula.
  7. Setelah ikan masak, curahkan bahan sos tadi.
  8. Akhir sekali taburkan di atas ikan dgn hirisan daun bawang, ketumbar dan cili.
  9. Ikan sedia dihidangkan.

asam pedas nyinya - 6 Idea Masak Ikan Siakap Yg Senang & Sedap, Setanding Chef.

 IKAN ASAM SOS NYONYA VALLEY

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan Siakap
  • 20 tangkai cili kering | rebus utk lembutkannya
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 3cm kunyit hidup
  • 2cm lengkuas
  • 2.5cm belacan
  • 1 ketul kiub pati ikan bilis
  • Air asam jawa secukupnya
  • 5 batang kacang bendi
  • 2 biji tomato | belah empat
  • Daun kesum secukupnya
  • 1 kuntum bunga kantan
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Kisar halus cili kering, bawang merah, bawang putih, serai, buah keras, kunyit hidup, lengkuas dan belacan.
  2. Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan daun kesum. Bunga kantan dan kiub pati ikan bilis, diikuti sediki air asam jawa.
  4. Perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
  5. Masukkan ikan, kemudian biarkan mendidih baru masukkan kacang bendi dan tomato.
  6. Seketika kemudian angkat dan hidangkan.

tumis cendawan 1 - 6 Idea Masak Ikan Siakap Yg Senang & Sedap, Setanding Chef.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan siakap | bersihkan
  • 100gm cendawan tiram | carik kasar
  • 100gm lada benggala | potong
  • 40gm bawang besar | belah enam
  • 5 ulas bawang putih | belah dua
  • 2 inci halia | hiris halus
  • 50ml sos ikan
  • 5gm serbuk perasa

BAHAN SOS:

  • 100ml kicap cair
  • 10gm cili padi | hiris halus
  • 5gm air perahan limau kasturi

CARA MEMASAK:

  1. Letakkan ikan ke dlm loyang/aluminium foil. Taburkan kesemua bahan di atas ikan. Balut ikan tersebut.
  2. Kemudian kukus ikan tadi selama 15 minit atau bergantung pd saiz ikan.
  3. Sementara itu, utk membuat sos; Satukan kedua bahan sos dan tuang ke atas ikan ketika menghidang.

siakap kicap 1 - 6 Idea Masak Ikan Siakap Yg Senang & Sedap, Setanding Chef.

IKAN SOS SOYA SUPERIOR

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan Siakap
  • 4cm halia muda | kisar
  • 3 ulas bawang putih | kisar
  • 1 tangkai daun bawang  | potong 3cm
  • Sedikit daun ketumbar | kisar
  • Sedikit cili padi | hiris
  • 2 sudu mkn minyak masak
  • 4 sudu mkn kicap cair
  • 5 sudu mkn stok ayam
  • 1/4 sudu teh minyak bijan
  • Sedikit lada sulah

 CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan ikan, kemudian kelar dan lumurkan lada sulah berserta garam di bahagian luar dan dlm ikan.
  2. Letakkan halia dan bawang putih yg dikisar.
  3. Panaskan pengukus dan kukus ikan selama lapan
  4. Panaskan minyak masak dlm kuali, kemudian tuangkan minyak panas ke atas ikan tadi diikuti cili hiris, kicap caiar, stok ayam, minyak bikan dan lada sulah.
  5. Tutup semula pengukus dan kukus semula.
  6. Setelah ikan masak tuangkan masukkan hirisan daun bawang.
  7. Ikan sedia dihidangkan panas:

Komen anda

Loading...

Tags: #Chef #Idea #IKAN #Masak #Sedap #Senang #setanding #Siakap

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "6 Idea Masak Ikan Siakap Yg Senang & Sedap, Setanding Chef."