6 CARA MUDAH UNTUK SAMBAL IKAN BILIS YANG SEDAP

Loading...

ASSALAMUALAIKUM

C360 2018 05 29 12 37 37 448 01 - 6 CARA MUDAH UNTUK SAMBAL IKAN BILIS YANG SEDAP

6 CARA MUDAH UNTUK SAMBAL IKAN BILIS YANG SEDAP || ada ke yg tak mkn sambal ikan bilis. Tertanya – tanya pulak. hii.. Sambal ikan bilis ni satu Malaysia suka tak kira bangsa. Ada orang cakap, nak buat sambal ikan bilis ni, kesedapan tu bergantung kepada air tangan masing – masing. Eh betul ke ?. Sepanjang dlm hidup masak sambal ikan bilis, kadang- kadang time orang cakap tak berapa sedap, tak sedap. Masa orang cakap sedap, tu kembang setaman lah kan. Tapi masak sekarang sambal ikan bilis sedap dah. Puji diri sendiri sikit 😀

Ada juga lah Wani google, baca tips orang kongsi nak tahu macam mana lagi cara nak bagi sambal ikan bilis ini sedap, Macam – macam petua pulak nak bagi sedap, tapi Wani tak suka yg complicated nak mudah – mudah sikit hii.. Jadi, dah jumpa 6 cara mudah bagi Wani dah cukup sedap pd tekak.6 cara mudah ini, ada kadang- kadang masukkan, kadang – kadang next time buat tak masukkan pulak hii. Mungkin korang pun dah ada tips tersendiri kan. Wani nak kongsikan yg tips biasa buat pulak.

6 CARA MUDAH UNTUK SAMBAL IKAN BILIS YANG SEDAP 

1. Letak daun pandan 
Ada orang resepi dia letak daun pandan masa menumis, Wani dah pun cuba memang letak daun pandan blh jadi wangi bau sambal. Tapi tak selalu letak daun pandan hii.. Sebab kadang – kadang tak ingat nak ambil. Nanti blh cuba ya.

2. Blend separuh ikan bilis utk dimasukkan dlm sambal
Yang ini Wani pernah mkn yg orang buat, katanya letak separuh ikan bilis yg sudah diblend separuh. Memang lain sikit rasanya, makin sedap buat macam tu. Rasanya sebab ke semua lagi sebati dlm sambal.

3. Tumis bahan tumisan biar lama utk menambahkan lagi kesedapannya
Yang ini tips yg sangat penting, sambal kalau blh tumis lagi lama, kecilkan api tu ya, lagi sedap dan utk tahan lama

4. Letak gula melaka atau gula merah utk warna sambal yg lebih gelap dan sedap
Ingat dulu, tertanya- tanya macam mana sambal orang lain gelap cantik warna, rupanya letak gula melaka atau gula merah. Biasa letak gula merah sebab senang nak larut. Tapi sekarang dah guna gula melaka. Sebab ada kes terguna gula merah yg ada pasir, Sampai sekarang tak guna. huu.. Korang pun kena berhati – hati juga ya, tapi rasa tak semua kot. Atas tempat proses tu macam mana.

5. Tumis dgn belacan
Ini pun petua penting nak bagi sambal sedap. Belacan wajib letak semasa nak tumis, baru naik rasa sambal.

6. Tumis bahan tumis dgn minyak bekas goreng ikan bilis 
Tips yg ini kan, pernah tengok kat tv, dan baca juga yg orang lain pernah buat. Masa dulu – dulu nak belajar buat sambal, Wani pergi tumis dgn minyak lain. Bila dah ikut tips ini, macam ada beza tumis dgn minyak lain dgn tumis dgn bekas minyak goreng ikan bilis. Dan sekarang memang dah tumis guna minyak bekas goreng ikan bilis. Nanti cuba lah ya.

Itu sahaja lah tips yg blh dikongsi yg biasa buat. Ikut tips mudah macam ni pun dah ada yg kata sedap, hii abah memang peminat sambal ikan bilis. Sekali dia cakap lama tak mkn sambal ikan bilis memang minta dibuat la tu. Sambal ikan bilis lagi lama lagi sedap. Kadang – kadang buat hari ini, esok baru mkn hii. baru naik rasa orang cakap. Mungkin korang pun ada tips tersendiri kan. Blh share tak 🙂

20180529 124344 01 - 6 CARA MUDAH UNTUK SAMBAL IKAN BILIS YANG SEDAP

Loading...

Tags: #Bilis #Cara #IKAN #Mudah #Sambal #Sedap #untuk #yang

author
Author: 
    6 Artis Indonesia Ini Punya Anak Sebelum Nikah, No 2 Diisukan Gay, No 4 Hamil Duluan!
    slidegossip.com – Popularitas yg diraih seorang artis turut membawa rasa penasaran publik soal
    Demo Ormas Tolak DWP Bubarkan Diri Karena Suara Speaker Kalah Keras!
    slidegossip.com – Penyelenggaraan acara Djakarta Warehouse Project (DWP) yg dihadiri byk artis dan
    Trio Ikan Asin Dipenjara, Kumalasari Makin Populer! Mbak You: 2020 Dia Akan Jatuh!
    slidegossip.com – Tak bisa dipungkiri, gara-gara kasus video ikan asin, nama Barbie Kumalasari
    Tiga muka surat pelajaran tulisan Jawi jadi pertikaian Dong Zong didedahkan
    Sejak Julai, pengkritik bertegas membantah rancangan kerajaan utk memperkenalkan tiga halaman pelajaran tulisan

    Leave a reply "6 CARA MUDAH UNTUK SAMBAL IKAN BILIS YANG SEDAP"