6 Cara Memotivasikan Diri Anda

Loading...

Assalamualaikum dan salam sejahtera
motivations 1 - 6 Cara Memotivasikan Diri Anda
Baru-baru ini aku ada terbaca satu artikel tentang motivasi. Sebenarnya utk masa sekarang ini aku sangat perlukan motivasi utk melakukan aktiviti seharian. Bukannya apa, kadang-kadang ianya seperti tiada harapan utk hidup atau kerja-kerja seharian dilakukan sekadar mengisi waktu yg lapang sahaja. Jadi , aku mencuba mencari motivasi dgn membaca artikel dan juga tulisan-tulisan mengenai motivasi. Di sini aku kongsikan apa yg aku baca.
#1 Mulakan dr sekarang dan biarkan motivasi yg mengejar anda
Anda tak perlu menunggu motivasi utk datang menerpa, teruskan mencuba buat apa yg anda tengah usahakan sekarang ni, jangan hentikan usaha tu. Fail? Kalah? Terbuat salah? Daripada semua pengalaman ni, anda sebenarnya makin menghampiri kejayaan. Setelah kebal dgn semua ni, segalanya akan menjadi semakin mudah, lebih banyak pintu-pintu yg akan terbuka kalau sebelum ni tak nampak di depan mata.

#2 Mulakan walaupun dr perkara sekecil mana, andai kata langkah besar yg anda rancang tu blh membawa kepada penangguhan
Terlalu terperinci dgn rancangan yg nak dilakukan, anda akan tangguh drpada nak buat benda tu. Yelah, bila dah detail sangat, anda secara tak langsung membayangkan proses yg terlalu sempurna sampai teragak-agak nak mengambil langkah. Terus mula sekarang dan secara tidak langsung motivasi kepada diri utk mencapai target akan menyerap jiwa! Sedar tak sedar, anda sebenarnya makin menghampiri kejayaan yg diimpikan.
#3 Buang semua perkara dlm hidup yg mengganggu motivasi diri
Bila terlalu banyak gangguan, akan membuatkan anda hilang fokus, oleh itu, tutup internet kalau perlu, tutup pintu, silentkan phone anda dan fokus kepada diri, apa yg anda nak capai, dan langkah yg perlu diambil utk mencapainya. Dari kebolehan utk fokus ni, motivasi utk berjaya akan makin menebal dlm diri. Fikiran lebih tertumpu dan tidak mudah tergoda dgn tarikan lain yg mengganggu misi anda.
motivationsB1 - 6 Cara Memotivasikan Diri Anda
#4 Sayangi diri walaupun sedang dlm kejatuhan atau mengalami kegagalan
Sangat penting utk anda memotivasikan diri walau sedang berada di tahap yg paling rendah dan lemah dlm hidup. Secara automatiknya, ramai orang bila jatuh atau gagal, akan mula mengutuk diri sendiri, tapi percayalah, tak ada positifnya bila buat macam ni. Anda akan menambahkan rasa benci kepada diri sendiri, dan malas utk meneruskan usaha. Jadi, apa kata kalau anda cuba buat macam ni lepas ni utk memotivasikan diri: Layan diri anda macam kawan baik sendiri, apa nasihat yg anda akan bagi kalau nampak kawan baik terjatuh? Cuba bangun balik dan jangan pandang belakang lagi.

#5 Bandingkan diri dgn diri sendiri utk melihat sejauh mana anda dah pergi
Cara utk merasa bahagia dlm hidup ni adalah dgn mengelakkan dr banyak membandingkan diri dgn orang lain. Sebaliknya, utk membantu motivasi diri, anda perlu banyak membandingkan diri dgn diri sendiri. Apa beza anda dulu dan sekarang? Semakin matang? Semakin banyak asam dan garam yg anda dah lalui? Banyak yg anda dah belajar? Melalui semua pengalaman ini, anda makin menghampiri kejayaan yg diimpikan.
#6 Bersyukur dgn apa yg anda miliki
Bila motivasi diri makin menghilang, sangat mudah utk anda melihat segala aspek dlm hidup melalui kaca mata yg negatif. Utk mengembalikan aura positif diri dan motivasi diri, tanya diri anda soalan seperti: Apa 3 perkara yg saya tak pernah bagi perhatian tapi patut bersyukur sebab ada dlm hidup? Mungkin katil yg selesa utk tidur? Mknan? Tubuh badan yg sihat? Atau apa sahaja yg anda ada selama ni tapi mungkin tak semuaorang lain bernasib baik ada?
Bagaimana? Adakah 6 cara ini membantu anda? Alhamdulillah, sedikit sebanyak cara-cara ini membantu aku dlm menjalani hidup, walaupun sedikit, in shaa Allah lama kelamaan semuanya akan menjadi lebih baik.
Sumber : Maukerja.my
Loading...

Tags: #anda #Cara #Diri #Memotivasikan

author
Author: 
    Ketua Juri Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak akan diambil tindakan – KPM
    Putrajaya, 15 Okt – Isu debat Bahasa Inggeris yg tular di media sosial
    Apa Itu Deepfake dan Inilah Bahayanya
    Aplikasi kamera saat ini sudah sedemikian canggih. Para pengguna sekarang bisa membuat kaki
    [Video] Tular di media sosial, kenali insan istimewa ini secara lebih dekat
    Luar biasa. Walaupun dilahirkan tanpa tangan, Puan Nor Farrah Syahirah Shah Ikon Inspirasi
    Kementerian Pendidikan digesa ambil tindakan penganjur Debat Piala Tun Razak
    SHAH ALAM – Presiden Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar

    Comments are closed.