6 Cara Masak Kek Dari Kek Keju. Perrghh Meleleh & Cair Di Mulut.

Loading...

Untitled design 21 5 1 - 6 Cara Masak Kek Dari Kek Keju. Perrghh Meleleh & Cair Di Mulut.

Kek kalau bahannya dr krim keju, memang sedap tak terkata. Penggemar keju lagi lah pula. Biasanya kek keju asli yg menggunakan bahan asas krim keju dimasak menggunakan teknik ‘water bath’, iaitu tin pembakar kek dialas dgn bekas berisi air semasa membakarnya.

Tetapi jika digunakan sbg sapuan atau krim lapisan kek seperti Kek Red Velvet dan Kek Lobak Merah, blh dibakar seperti kek biasa aje.

Hujung minggu ni ceriakan mood anak-anak dgn kek keju yg cair di mulut ini…yummy.

1.RED VELVET CAKE

Untitled design 32 - 6 Cara Masak Kek Dari Kek Keju. Perrghh Meleleh & Cair Di Mulut.

BAHAN-BAHAN :

Bahan kek span:

  • 200 gm mentega
  • 660 gm gula halus
  • 7 biji telur
  • 30 gm esen vanila
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 100 gm tepung jagung
  • 20 gm serbuk koko
  • 400 ml minyak masak
  • 350 ml susu + air lemon 50 ml
  • Beberapa titik pewarna merah

Bahan krim :

  • 500 gm krim keju
  • 200 gm gula halus
  • 2 sudu mkn air lemon
  • 200 gm krim manis (pukul sehingga kembang)

CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2. Setelah kembang masukkan esen vanila dan telur sedikit demi sedikit, dikaup balikkan.
3. Setelah sebati masukkan tepung, soda bikarbonat, tepung jagung dan tepung koko sehingga sebati.
4. Masukkan minyak sedikit demi sedikit dan campurkan campuran susu dan lemon dan kacau sehingga sebati.
5. Titikkan pewarna merah. Dan asingkan adunan kepada bekas loyang pembakar, berasingan, ikut berapa lapisan kek yg ingin dibuat.
6. Akhir sekali masukkan ke dlm loyang dan bakar pd suhu 170 darjah celcius selama 40 minit sehingga masak.
Cara memasak bahan krim :
1. Campurkan semua bahan krim dan kacau sehingga tidak berketul.
2. Kemudian masukkan krim manis dan kacau sehingga sebati.
Cara membuat lapisan kek:
1. Buang kulit lapisan atas kek dan bersihkan permukaannya.
2. Sapu rata-rata air suam atas kek tadir.
3. Sapu adunan krim keju di atas kek
4. Ulangi langkah tadi sehingga lapisan teratas.
5. Setelah selesai, hiaskan kek ikut citarasa anda.

INFO CHEF :Bagi mendapatkan kek yg gebu gunakan susu segar penuh krim (full cream). Jangan gunakan susu rendah lemak jika mahukan kek yg berlemak, gebu dan lembut

Saiz hidangan : Kek seberat 1kg
Waktu Memasak : 1 jam setengah
Cara Memasak : Bakar
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Rasa kek gebu dan lembut dan blh dimakan begitu sahaja tanpa krim.

2. KEK LOBAK MERAH DENGAN BADAM

Untitled design 18 8 - 6 Cara Masak Kek Dari Kek Keju. Perrghh Meleleh & Cair Di Mulut.

BAHAN-BAHAN:

Bahan A:

  • 200 gm tepung gandum atau tepung kek | diayak
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat | diayak
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis | diayak
    *Satukan semua bahan A ini, kemudian di ayak. 

Bahan B:

  • 250 gm lobak merah | diparut halus dan telah di perah
  • 100 gm almond nibs | dipanggang dahulu selama 5 minit dlm oven pd suhu 160 C)
  • 240 gm gula halus
  • 180 gm minyak jagung
  • 2 biji telur saiz A

Bahan krim keju :

  • 150 gm krim keju
  • 30 gm mentega tanpa garam
  • 60 gm gula aising
  • 10 gm whipping cream

*Badam hancur (kasar) @ almond nib dan parutan keju cheddar utk hiasan

CARA MEMASAK :
Kek :
1. Putar gula dan telur sehingga kembang
2. Masukkan minyak jagung dan putar lagi sehingga sebati dgn kelajuan sederhana
3. Masukkan campuran tepung yg telah diayak tadi dan kaup balik sehingga sebati.
4. Masukkan lobak dan badam, kaup balik sehingga adunan sebati.
5. Sediakan loyang pembakar 23 sm, lapik loyang dgn kertas pembakar dan sapukan sedikit mentega pd loyang.
6. Tuangkan adunan dan bakar adunan di dlm ketuhar pd suhu 170 darjah celcius yg telah di panaskan dahulu selama 15 minit.
7. Bakar kek selama 40-50 minit bergantung kepada oven masing-masing..
8. Setelah masak, keluarkan dr oven dan biarkan sebentar dlm loyang pembakar dan kemudian terbalikkan atas redai.

Krim keju :
1. Pukul keju krim,mentega dan gula aising sehingga kembang.
2. Dlm bekas lain, pukul whipping cream sehingga kembang.
3. Masukkan whipping cream ke dlm adunan keju krim dan kaup balik adunan sehingga sebati. Krim keju sedia disapukan pd kek.

Saiz hidangan: 1 loyang pembakar bulat saiz 23 sm (1.5 kg)
Waktu memasak: 40 – 50 minit
Cara Memasak : Bakar
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan: Kek lobak merah klasik denan ‘topping’ krim keju yg lazat.

INFO CHEF : Selain badam anda juga blh menggantikan dgn kacang walnut atau jenis kekacang , panggang dahulu kekacangnya. Lobak merah hendaklah disagat kasar.

3. KEK KEJU OREO

Untitled design 17 10 - 6 Cara Masak Kek Dari Kek Keju. Perrghh Meleleh & Cair Di Mulut.

Bahan-bahan:

Bahan dasar kerak :

  • 80 gm biskut oreo | telah di asingkan intinya
  • 50 gm mentega | yg dicairkan

Bahan krim keju :

  • 250 gm krim keju @ cream cheese
  • 200 gm non dairy whipping cream
  • 150 gm yogurt biasa
  • 50gm gula kastor
  • 15 gm gelatin
  •  60 ml air panas
  •  50 gm serbuk oreo dan sedikit biskut oreo sbg hiasan

CARA MEMASAK :
Dasar kerak:
1. Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang spring form 18cm. Alas loyang dgn pembalut plastik atau kertas minyak supaya senang utk dikeluarkan.
2. Tuang mentega ke dlm biskut. Kacau rata. Tuang ke dlm loyang dan pdtkan. Simpan di dlm peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit sehingga sejam.
Kek krim keju :
3. Bancuh gelatin dgn air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan.
4. Pukul krim keju cheese dan gula sehingga gula hancur dan nampak gebu.
5. Masukkan yogut dan juga whipping cream. Pukul lagi sehingga sebati. Masukkan gelatin dan pukul lagi sehingga rata.
6. Gunakan spatula, masukkan serbuk oreo dan kacau sedikit. Tidak perlu kacau sebati.
7. Tuang separuh adunan ke dlm loyang biskut tadi. Letakkan beberapa keping biskut oreo dan tuangkan baki adunan cheese di atasnya.
6. Sejukkan semula di dlm peti ais lebih kurang 2-3jam.

Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 2 kg)
Waktu memasak: 40 minit
Cara Memasak :Gelatin panas dan didinginkan dlm peti sejuk
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan: Biskut oreo memberi kelainan rasa pd kek keju

INFO CHEF : Balut dasar loyang pembakar menggunakan plastik pembalut utk memudahkan kek dikeluarkan dr loyang pembakar.

4. KEK VANILA KEJU LELEH

Untitled design 19 5 - 6 Cara Masak Kek Dari Kek Keju. Perrghh Meleleh & Cair Di Mulut.

BAHAN-BAHAN :

Bahan kek vanilla span:

  • 150gm tepung superfine
  • 150 gm gula kastor
  • 5 biji telur gred A
  • 1 sudu besar ovalet
  • 1 sudu kecil serbuk penaik | diayak
  • 80 ml susu segar
  • 80 ml minyak jagung
  • 1 sudu teh esen vanilla

Bahan ‘topping keju leleh :

  • 250 gm keju krim
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan non dairy whipping cream
  • Parutan keju cheddar | sbg hiasan

CARA MEMASAK :
Kek vanilla span :
1. Satukan tepung, gula, telur, ovalet dan baking powder. Pukul selama 5 minit.
2. Perlahankan mixer, masukkan susu segar dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga adunan kembang dan gebu.
3. Matikan mixer, masukkan minyak jagung dan gaulkan secara kaup balik.
4. Sediakan loyang pembakar bersaiz 20 sm inci (disapu mentega serta dialas bahagian bawah loyang pembakar. Masukkan adunan dan hentakkan sedikit adunan.
5. Bakar kek pd suhu 170 darjah selama 25-30minit.
6. Setelah masak, terbalikkan loyang di atas redai dan biarkan selama 1 minit (bertujuan supaya kek tidak mengecut dan turun).
7.  Selepas itu terbalikkan semula loyang dan keluarkan kek.

Topping krim keju :
1. Satukan keju, susu pekat dan non dairy whipping cream dan kacau sebati.
2. Tuang adunan kejue ke atas kek vanilla tadi.
3. Hiaskan atas kek dgn parutan keju cheddar.

Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 2 kg) atau empat segi
Waktu memasak: 40 minit
Cara Memasak : Bakar
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan: Lemak dan berkrim menepati selera pencinta keju

INFO CHEF : Setelah kek masak perlu segera diterbalikkan dr loyang dan dikeluarkan dr loyang utk mengelakkan kek mengecut.

5. KEK KEJU BLUEBERI

Untitled design 9 13 - 6 Cara Masak Kek Dari Kek Keju. Perrghh Meleleh & Cair Di Mulut.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 kg krim keju | pilih krim keju sebenar
  • 2/3 tin susu pekat
  • 1 cawan krim putar @ whipping cream.
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu mkn pai blueberi filling | blh didapati dr kedai kek/bakeri

Bahan dasar kerak :

  • 250 gm biskut marie
  • 125 gm mentega | dicairkan

CARA MEMASAK:
Dasar kerak :
1. Hancurkan biskut marie. Kemudian cairkan mentega.
2. Gaulkan biskut yg telah dihancurkan dgn mentega yg telah dicairkan.
3. Masukkan ke dlm tin pembakar berukuran bulat berukuran 25 sm .
4. Tekan adunan supaya pdt. Masukkan sebentar dlm peti sejuk supaya ianya supaya membentuk dasar yg pdt
Krim keju :
1. Keluarkan krim keju 20 -30 minit sebelum digunakan.
2. Putar krim keju, susu dan krim putar sehingga sebati.
3. Masukkan sedikit pai blueberi, gaulkan.
4. Tuangkan adunan dlm tin pembakar yg berisi biskut tadi.
5. Panaskan oven dan bakar dlm oven dgn suhu 170 darjah celcius selama 2 ½ jam.
6. Keluarkan dan bila sejuk masukkan dlm peti sejuk selama 3-4 jam supaya kek benar-benar sejuk utk dikeluarkan dr tin pembakar.
7. Hias kek dgn inti/filling blueberi di atasnya jika suka.

Saiz hidangan : 1 tin pembakar bulat bergaris pusat 25 sm
Waktu memasak: 3-4 jam
Cara Memasak : Bakar dgn teknik water bath (letakkan tin atas bekas berisi air)
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Buah blueberi mengatasi rasa muak keju.

INFO CHEF : Sedap dimakan sejuk dr peti ais.

6. KEK KEJU KIWI

Untitled design 14 12 - 6 Cara Masak Kek Dari Kek Keju. Perrghh Meleleh & Cair Di Mulut.BAHAN-BAHAN :

  • 1 kg krim keju
  • 2/3 tin susu pekat
  • 1 cawan krim putar @ whipping cream
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 5 sudu mkn pai kiwi ‘filling’ (boleh didapati dr kedai kek)

Bahan dasar kerak :

  • 250gm biskut marie | dihancurkan
  • 125gm mentega | dicairkan

Bahan topping @ permukaan :

  • 1 sudu teh serbuk gelatin
  • 30 ml air
  • 150 gm kiwi pie filling @ inti pai kiwi

CARA MEMASAK :
Dasar kerak :
1. Hancurkan biskut marie, kemudian cairkan mentega. Gaulkan biskut yg telah hancur dgn mentega yg telah dicairkan.
2. Letakkan adunan dlm loyang bulat saiz 25 sm
3. Tekan adunan supaya pdt. Masukkan sebentar dlm peti sejuk agar dasarnya lebih padu.
Krim keju :
4. Keluarkan krim keju 20 – 30 minit sebelum digunakan.
5. Putar krim keju dan susu serta whipping cream sehingga sebati.
6. Masukkan sedikit pai kiwi dan gaulkan.
7. Tuangkan adunan ke dlm berisi biskut tadi.
8. Panaskan oven dan bakar pd suhu 170 darjah celcius selama 2 ½ jam.
9. Keluarkan dan bila sejuk, masukkan dlm peti sejuk selama 3-4 jam supaya kek benar-benar sejuk utk dikeluarkan dr loyang pembakar.
10. Hias atas kek dgn kiwi pie dan hirisan buah kiwi mengikut kreativiti anda

Hiasan permukaan /topping :

10.Campurkan gelatin dgn air dan panaskan sebentar sebentar supaya gelatin tadi larut. Selepas itu masukkan kiwi pai filling, kacau. Sedia utk disapukan atas kek.

Saiz hidangan: 1 loyang pembakar bulat bersaiz 25.4 sm
Waktu memasak: 3 jam
Cara Memasak : Bakar dgn teknik ‘water bath’
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan: Kek keju berkrim dgn rasa kiwi asli

INFO CHEF : Sedap dimakan sejuk-sejuk dr peti ais. Keluarkan kek dr Loyang pembakar, hanya selepas ia disimpan lebih dr 4 jam dan benar-benar sejuk.

Loading...

Tags: #Cair #Cara #Dari #Keju #Masak #Meleleh #Mulut #Perrghh

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.