5 TIPS UNTUK POTONGAN KEK BATIK KEMAS DAN CANTIK

Loading...

ASSALAMUALAIKUM..

5 tips utk potongan kek batik kemas dan cantik

5 TIPS UNTUK POTONGAN KEK BATIK KEMAS DAN CANTIK || Ada sekali terpost gambar kek batik seperti di atas, ramainya berpusu komen cakap potongan cantik dan kemas. :D..Dan ada yg tanya macam mana nak potong kemas dan cantik. Makin kembang senyum kita, makin kembang pipi ni jugak. Dulu, tak pandai juga nak buat kek batik, asyik comot jerr terutama sekali bab potongan.

Terfikir – fikir la jugak macam mana nak nampak potongan cantik kemas dan bersih kek batik tu. Gambar di bawah antara kek batik yg Wani buat ya, walaupun resepi sama cuma yg ada kelainan letak nestum. Dan memang buat kek batik tak letak telur.

C360 2015 04 28 12 15 40 783 - 5 TIPS UNTUK POTONGAN KEK BATIK KEMAS DAN CANTIK

C360 2016 09 09 13 57 57 701 - 5 TIPS UNTUK POTONGAN KEK BATIK KEMAS DAN CANTIK

Image 1445928786973 - 5 TIPS UNTUK POTONGAN KEK BATIK KEMAS DAN CANTIK

Jom nak kongsikan macam mana tips nak bagi potongan kek batik kemas dan cantik, sudah tentu tak nak comot juga kan.

5 TIPS UNTUK POTONGAN KEK BATIK KEMAS DAN CANTIK 

1. Pastikan alas dgn cling wrap di dlm bekas  Pastikan juga  lebihkan cling wrap bahagian luar bekas
2. Kemudian letak adunan kek batik ke dlm bekas, ratakan sekejap dlm bekas
3. Yg ini lah peranan penting, letak cling wrap lagi sekali atas permukaan kek batik, pastikan ke semua ruang ditutupi dgn cling wrap
4. Kemudian, ambil lah sudip bersih yg lain atau apa – apa alat yg blh dibuat utk tekan, tekan permukaan atas tersebut semampat mungkin. Faham ke tak bahasa ni hii.. Sebab permukaan atas dah ditutup dgn cling wrap, jadi sudip tu tak kotor.
5. Simpan dlm peti semalaman, esok ambil keluarkan dr peti, buang cling wrap permukaan atas, kemudian guna pisau yg tajam utk potong. Pastikan lepas keluarkan dr peti, potong terus jangan tinggal lama sangat takut kek batik jadi lembut sikit, potongan tak kemas dan mungkin comot.

Ada juga yg tanya, kalau nak keluarkan terus dlm peti nak potong  kek batik terus, kek keras macam batu, kalau guna pisau yg tajam rasa tak ada masalah. Kalau ikut cara Wani, kalau memang dah keluarkan dr peti terus potong, tak nak tunggu lama.

Itu sahaja lah 5 tips macam mana utk dapatkan potongan kek batik cantik dan kemas macam gambar. Disebabkan buat kek batik tak ada telur, kadang- kadang dlm 2 hari juga simpan dlm peti :D. Kemudian baru nak potong. Tapi makin lama dlm peti, bila potong, layer kek batik makin cantik, sebab biskut makin kembang. Nanti, korang cuba ya 🙂

Boleh baca >>>  SINI  dan langkah bergambar ada kat sana

Loading...

Tags: #BATIK #Cantik #KEMAS #POTONGAN #tips #untuk

author
Author: 
    Sebelum ‘Cendol Dawet’ Viral, Abah Lala Berjuang Mati-Matian Sampai Rela Dihujat!
    slidegossip.com – Para pecinta lagu dangdut, khususnya di Pulau Jawa pasti tahu dgn
    Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
    Assalamualaikum semua… Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 kembali lg thn ni. Ni kali
    (Video) Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah
    Penjaminan kualiti merupakan piawaian utk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yg
    Nikita Mirzani Siap Bayari Tiga Setia Gara Pulang ke Indonesia, Tapi Jawabannya Malah Begini!
    slidegossip.com – Artis asal Indonesia, Tiga Setia Gara yg kini tinggal di Amerika

    Leave a reply "5 TIPS UNTUK POTONGAN KEK BATIK KEMAS DAN CANTIK"