
Tengah panas terik minum air kelapa muda memang menyamankan. Dpt pulak hirup isinya sekali, memang puas rasanya.
Tapi kesedapan air kelapa muda dan isinya ini bergantung kepada kualiti buah kelapa yg dipilih. Kalau tersalah pilih memang ke laut lah hasilnya. Kelapa muda yg elok tekstur isinya lembut dan tidak keras serta mempunyai kandungan air yg agak byk.

Foto : Thinkstock
Di sini min kongsikan 5 perkara yg perlu diperhatikan apabila membeli atau memilih kelapa muda yg berkualiti.
1. Warna Kulit

Foto : Thinkstock
Ramai yg menganggap kelapa muda harus berwarna hijau keseluruhannya. Pdhal warna buah kelapa sebenarnya dipengaruhi oleh tempat tumbuhnya. Kelapa yg tumbuh di kawasan pantai biasanya berwarna agak kekuningan, manakala di kawasan berbukit bukau berwarna hijau muda. Dikatakan kelapa yg tumbuh di kawasan berbukit lebih byk dan isinya lebih manis.
2. Serat Kelapa

Foto : Thinkstock
Selain mengelakkan drpada memilih kelapa berwarna coklat tua, pastikan kelapa yg dipilih ada serat berwarna perang di bahagian luarnya. Serat berwarna perang menunjukkan ia masih dlm keadaan segar dan muda.
3.Tangkai Kelapa

Foto : Thinkstock
Jika anda perhatikan di bahagian pangkal atass kelapa terdapat lingkaran atau kelopak yg bersambung dgn bahagian tangkainya. Lingkatan pd hujung tangkai itu menandakan usia kelapa. Jika kelapa muda biasanya memiliki garis pusat lingkaran yg tidak terlalu lebar. Tetapi kelapa tua pula kelopak lingkarannya sangat lebar.
4. Kandungan Air

Foto : Thinkstock
Kalau nak tahu kandungan air dlm kelapa, senang aje goncang-goncangkan buahnya. Kelapa muda sudah pasti kandungan airnya byk, jadi sikit atau byknya blh diagak melalui bunyi airnya bila digoncang.
5. Isi kelapa

Foto : flickr /muh jember
Tesktur dan rasa isi kelapa yg manis memang sedap. Nak tahu kelapa yg memiliki isi yg tipis lembut dan muda, cubalah menepuk-nepuk buah kelapa tersebut. Kalau terasa bergetar tandanya isinya elok dan lembut dan mudah disudukan
Sumber : Kumparan.com
Di bawah ni min kongsikan resipi menggunakan air kelapa muda dan isinya. Resipi dr perkongsian Mat Gebu yg popular dr lamannya tiffinbiru.com
AGAR-AGAR PANDAN KELAPA MUDA
BAHAN-BAHAN :
- 600 ml air kelapa muda dr 2 biji kelapa muda * tambah air mineral jika kurang
- Isi kelapa muda secukupnya
- 5 gram serbuk agar-agar
- 2 camca besar gula * ikut tahap kemanisan yg anda suka
- 1 helai daun pandan.disimpul
- 3-4 titik pewarna hijau mknan
CARA MEMBUATNYA :
1. Sediakan acuan kegemaran anda. Isi kelapa muda dipotong kecil dan masukkan ke dlm acuan. Ketepikan.
2. Dlm periuk masukkan serbuk agar2, gula dan daun pandan. Tuang air kelapa tadi dan kacau sehingga rata.
3. Masak dgn api kecil sehingga mendidih dan gula larut. Masukkan pewarna hijau mknan, kacau sehingga rata.
4. Tapis bancuhan agar-agar dan blh tuang ke dlm bekas yg berisi isi kelapa muda tadi. Biarkan hilang wap panas dan blh simpan dlm peti sejuk. Sedap dimakan dingin sbg pencuci mulut.
Tags: #Cubalah #Elok #Isinya. #Kelapa #Muda #PILIH #Resipi #sekali