5 Senarai Semak Ini Wajib Utk Ibu Bapa Sbg Panduan Pemilihan Pengasuh Di Rumah

5 Senarai Semak Ini Wajib Utk Ibu Bapa Sbg Panduan Pemilihan Pengasuh Di Rumah || Salam semua, sejak kebelakangan ini kerap kali isu penderaan kanak – kanak dan bayi yg selalu muncul dlm berita. Sampaikan tak sanggup nak dengar, ada jerr berita yg menyedihkan. :(. Kalau bukan setakat isu pengasuh yg dera bayi, paling menyedihkan apabila dengar berita baru – baru ini, ada juga manusia yg bertopeng syaitan merogol bayi. Perogolnya tu pulak suami kepada pengasuh, tak tahu nak kata ini manusia ke ini binatang ke apa. Hancur luluh rasa hati ini, apatah lagi buat ibu bapa kepada bayi yg menjadi mangsa.

Entah bila isu begini blh dibendung, tak tahu nak salahkan siapa, pengasuh pun manusia bukan robot, jadi emosi setiap manusia itu berbeza, itu yg risau sangat nak hantar anak di rumah pengasuh. Baru – baru ini, dlm berita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat telah mengeluarkan satu senarai semak atau panduan kepada ibu bapa sekiranya mereka ingin menghantar anak mereka kepada pengasuh tidak kira lah pengasuh tersebut merupakan saudara mereka ke, ataupun yg tidak mempunyai talian persaudaraan.

5 Senarai Semak Ini Wajib Utk Ibu Bapa Sbg Panduan Pemilihan Pengasuh Di Rumah

Biasanya kalau nak pilih pengasuh ni, mesti dengar orang lain cadangkan kan, ya lah kita tak ada pengalaman nak tahu pengasuh tu macam mana, jadi dengar cerita pengalaman orang lain yg hantar anak mereka kepada pengasuh. Anak saudara yg duduk kat Johor macam tu lah, tak hantar TASKA, hantar rumah pengasuh, itupun adik cakap ada orang yg cadangkan hantar kat rumah pengasuh tu. Setakat ini baru bertukar 2 orang pengasuh. Biasanya, kita memang tanya adik,pertama sekali soalan pertama, suami pengasuh tu kerja apa huu.Kadang- kadang rasa takut jugak lebih lagi anak saudara tu perempuan.

Tahu tak, negara kita ni sebenarnya kekurangan pengasuh yg berkelayakan. Statistik pendaftaran JKM, bilangan TASKA yg berdaftar pun hanya berjumlah 4,378 sahaja. Bilangan ini memang terlalu sedikit. Kementerian pun susah nak buat penguatkuasaan ke atas pengasuh sekiranya bayi atau kanak – kanak yg diasuh tidak melebihi 3 orang.

Kadang- kadang kerjaya ibu bapa yg biasanya kerja shift malam, susah nak letak anak di bawah jagaan TASKA

Infografik Panduan pemilihan Pengasuh Di Rumah 

Untuk ibubapa, ini 5 senarai semak yg perlu ambil berat ketika memilih pengasuh. Bagus juga ada senarai semak macam ini, nanti senang nampak dan faham dlm bentuk infografik.

1. Persekitaran
2. Peribadi pengasuh
3. Pengalaman dan kelayakan pengasuh
4. Keluarga / ahli isi rumah yg tinggal bersama pengasuh
5. Perkhidmatan pengasuh sedia ada

Untuk details,boleh lah lihat gambar infografik di bawah sebelum dan selepas menghantar anak ke rumah pengasuh.

Semoga ibu bapa prihatin juga terhadap isu – isu semasa dan info yg terkini yg dikeluarkan oleh kementerian terutamanya isu keselamatan kanak-kanak. Sekiranya ada sebarang aktivti yg mencurigakan ataupun yg menyalahi undang- undang samada di TASKA ataupun di rumah pengasuh, segera hubungi Talian Kasih 15999.

Kalau pendapat diri sendiri, samada nak hantar TASKA ataupun ke rumah pengasuh, banyak faktor yg perlu diambil kira, kejadian yg tidak diingini di TASKA pun ada juga yg terjadi. Semoga anak- anak kecil kita sentiasa dilindungi. Semoga panduan infografik ini  dapat membantu

Untuk maklumat lanjut tentang infografik ini, blh download di SINI

2018 11 29B10 36 28 panduanBmemilihBpengasuhBdirumah.pdfB BAdobeBAcrobatBReaderBDC - 5 Senarai Semak Ini Wajib Utk Ibu Bapa Sbg Panduan Pemilihan Pengasuh Di Rumah

2018 11 29B10 37 02 panduanBmemilihBpengasuhBdirumah.pdfB BAdobeBAcrobatBReaderBDC - 5 Senarai Semak Ini Wajib Utk Ibu Bapa Sbg Panduan Pemilihan Pengasuh Di Rumah

2018 11 29B10 37 39 panduanBmemilihBpengasuhBdirumah.pdfB BAdobeBAcrobatBReaderBDC - 5 Senarai Semak Ini Wajib Utk Ibu Bapa Sbg Panduan Pemilihan Pengasuh Di Rumah

2018 11 29B10 38 15 panduanBmemilihBpengasuhBdirumah.pdfB BAdobeBAcrobatBReaderBDC - 5 Senarai Semak Ini Wajib Utk Ibu Bapa Sbg Panduan Pemilihan Pengasuh Di Rumah

2018 11 29B10 40 53 panduanBmemilihBpengasuhBdirumah.pdfB BAdobeBAcrobatBReaderBDC - 5 Senarai Semak Ini Wajib Utk Ibu Bapa Sbg Panduan Pemilihan Pengasuh Di Rumah

2018 11 29B10 42 35 panduanBmemilihBpengasuhBdirumah.pdfB BAdobeBAcrobatBReaderBDC - 5 Senarai Semak Ini Wajib Utk Ibu Bapa Sbg Panduan Pemilihan Pengasuh Di Rumah

2018 11 29B10 44 42 panduanBmemilihBpengasuhBdirumah.pdfB BAdobeBAcrobatBReaderBDC - 5 Senarai Semak Ini Wajib Utk Ibu Bapa Sbg Panduan Pemilihan Pengasuh Di Rumah

Loading...

Tags: #bapa #Panduan #Pemilihan #Pengasuh #Rumah #Semak #Senarai #Wajib

author
Author: 
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat (LAGU RAYA BARU)
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat Lagu Raya Ayda Jebat 2019, Lagu
    Sinopsis Telefilem Tiga Lima; Cereka Ahad TV3
    SINOPSIS TIGA LIMA Halim, baru kematian ayahnya, Daud. Kini ibunya, Hasnah perlu menyara
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam | Hai korang, aduh-aduh sejak bulan
    GOT7 Terbang Tinggi Ke Luar Angkasa Pakai Baju Astronot Di Dance Practice ‘Eclipse’!
    Sepertinya  GOT7 baru saja mendarat dr luar angkasa, dan terjun utk melapor kepada

    Leave a reply "5 Senarai Semak Ini Wajib Utk Ibu Bapa Sbg Panduan Pemilihan Pengasuh Di Rumah"