5 Sajian Cina Kesukaan Rakyat Malaysia Dari CRG. Pasti Sedap Dibuat Berbuka.

Loading...

Untitled design 10 4 1 - 5 Sajian Cina Kesukaan Rakyat Malaysia Dari CRG. Pasti Sedap Dibuat Berbuka.

Min gerenti korang mesti gemar mkn sajian Cina. Setuju kan kalau Min kata sajian cina mendapat tempat di hati rakyat negara ini tanpa mengenal kaum. Menu masakan laut, tofu dan sajian kukus berasaskan resipi autentik cina telah menjadi sebahagian dr rutin pemakanan warga Malaysia.

Untitled design 9 4 - 5 Sajian Cina Kesukaan Rakyat Malaysia Dari CRG. Pasti Sedap Dibuat Berbuka.

Kalau masih fikir nak buat apa utk menu berbuka ni, jom kita cuba reseipi dr Chef Imran Audi Mohd Yap dan Firman Fauzi dr restoran Chicken Rice Guys (CRG), di seksyen 7 Shah Alam, Selangor. Ini bukan resipi biasa ya,tapi diwarisi dr nenek moyang mereka yg berketurunan Cina.

STIR FRIED BLACK PEPPER BEEF

Untitled design 8 5 - 5 Sajian Cina Kesukaan Rakyat Malaysia Dari CRG. Pasti Sedap Dibuat Berbuka.

BAHAN-BAHAN :

  • 100 gm daging | dihiris nipis (bahagaian batang pinang)
  • 2 sudu mkn sos tiram
  • 3 sudu mkn lada hitam | serbuk kasar
  • 1 biji bawang | dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih | diketuk
  • 2.5 sm halia | dihiris
  • 3 biji cili api | diketuk
  • Sedikit daun bawang | dipotong 2 sm
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dlm kuali.
2. Tumiskan bawang besar, bawang putih, biarkan sehingga naik bau wangi.’
3. Kemudian masukkan daging ke dlm kuali.
4. Masukkan pula sos tiram, serbuk lada, cili api, daun bawang dan bawang besar.
5. Tumiskan dan gaul sehingga sebati. Perasakan dgn garam dan gula secukp rasa
6. Apabila daging empuk, pdmkan api.

Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 15 minit
Keistimewaan : Gabungan rasa pedas lada hitam dan sos tiram yg lazat

INFO CHEF : Utk melembutkan daging , perapkan dgn gula, garam dan minyak masak dan biarkan utk 2- 3 jam.

STEAM TOFU WITH BRAISED MUSHROOM AND BROCCOLI

Untitled design 3 7 - 5 Sajian Cina Kesukaan Rakyat Malaysia Dari CRG. Pasti Sedap Dibuat Berbuka.

BAHAN-BAHAN :

  • 350 gm tofu putih | kukus selama 20 minit
  • 50 gm cendawan shitake kering | dibasuh dan rendam air semalaman
  • 50 gm brokoli
  • 1/2 biji bawang besar | dihiris
  • 4 ulas bawang putih | dihiris
  • 4 sm halia | dihiris
  • 500 ml stok ayam | atau air rebusan ayam
  • 4 sudu mkn sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit tepung jagung yg dibancuh tepung jagung | jika mahu pekat

CARA MEMASAK :
1.  Pijarkan minyak dlm kuali.
2. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia’
3. Masukkan stok ayam, sos tiram dan air rendaman cendawan.


4. Masukkan cendawan shitake dan brokoli dan masak sehingga lembut.
5. Perisakan dgn sedikit garam dan gula secukup rasa.
6. Pekatkan kuah dgn menggunakan air yg dibancuh tepung jagung (opsyen )
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Tuangkan di atas tofu yg telah dikukus terlebih dahulu. Siap utk dihidangkan.

Saiz hidangan : 3 orang
Waktu memasak : 20 minit
Keistimewaan :Sajian ‘vegetarian’ yg sihat dan enak

INFO CHEF : Tekstur taufu sangat halus dan lebih lembut berbeza dr tauhu . Ia mudah hancur dan tidak sesuai utk masakan tumis bergoreng.

BRAISED GINGER CHICKEN WITH MUSHROOM

RAS 20180801 3 36TO38 CHIC RICE GUY Ayam Kukus Hainan NN220618025 2 - 5 Sajian Cina Kesukaan Rakyat Malaysia Dari CRG. Pasti Sedap Dibuat Berbuka.

BAHAN-BAHAN :

  • 1/2 ekor ayam | dipotong lapan bahagian
  • 3 biji cendawan shitake | dihiris nipis
  • 1 biji bawang besar | dicincang
  • 500ml air masak
  • 5ulas bawang putih | dicincang
  • 3 sm halia | dihiris nipis
  • 8 sudu mkn kicap pekat
  • 4 sudu mkn kicap masin
  • 4 sudu mkn kicap manis
  • 4 sudu mkn sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit daun bawang | dipotong 2.5 sm
  • 2 biji bawang besar | dibelah 4

CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dlm kuali.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia, biarkan sehingga bau wangi.
3. Masukkan ayam ke dlm kuali
4. Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap masin dan kicap masin.
5. Masukkan air masak.
6. Masukkan cendawan shitake yg telah dihiris.
7. Tutup kuali dgn penutup dan biar didih sehingga ayam masak
8. Perisakan dgn gula dan garam
9. Taburkan daun bawang dan bawang besar yg telah dipotong, kacau sebentar. Pdmkan api.
10. Hidangkan bersama nasi putih yg panas.

Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 25 minit
Keistimewaan :Sajian asli cina yg menyatukan 4 jenis kicap

INFO CHEF : Biarkan mereneh dlm keadaan kuali bertutup supaya cepat masuk dan lebih sebati rasanya

HOKKEIN PRAWN MEE

Untitled design 5 5 - 5 Sajian Cina Kesukaan Rakyat Malaysia Dari CRG. Pasti Sedap Dibuat Berbuka.

BAHAN-BAHAN :

  • 500gm mi kuning | dicelur dlm air panas
  • 10gm taugeh
  • 10gm sayur kangkung
  • 2 biji telur rebus | dibelah dua
  • 10 gm dada ayam | direbus
  • 12 ekor udang saiz sederhana | direbus
  • 5gm bawang goreng

Bahan kuah udang:

  • 1kg kulit udang
  • 1liter air
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu mkn minyak masak

Bahan sambal:

  • 50gm bawang putih | dikisar halus
  • 150gm bawang besar | dikisar halus

  • 4 sm halia | dikisar halus
  • 50gm cili padi merah | dikisar halus
  • 100gm cili kering | direbus dan dikisar halus
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
Cara memasak sambal:
1. Panaskan minyak dlm kuali.
2. Tumis kan bawang putih, bawang besar, halia sehingga naik bau
3. Masukkan cili padi merah dan cili kering, tumis sehingga pecah minyak dan garing.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa

Cara memasak kuah udang:
1. Panaskan minyak dlm periuk
2. Tuangkan kulit udang kedalam periuk
3. Tumiskan sehingga kulit udang tukar berwana merah
4. Tuangkan air kedalam periuk
5. Biarkan mendidih selama 2 jam, tudungkan
6. Letak garam dan gula secukup rasa. Pdmkan api.
Cara hidangkan mi udang :
1. Celurkan mee kuning, tauge, kangkung
2. Susun ke dlm mangkuk sekalikan dgn isi ayam, udang dan telur rebus
3. Letakkan sambal di atas mi tersebut
4. Tuangkan kuah udang yg panas

Saiz hidangan :4 orang
Waktu memasak : 2 jam
Keistimewaan :Mi udang dgn sup yg pedas dan manis

INFO CHEF : Anda blh juga menambah pelbagai mknan laut lain seperti ketam, lala atau kepah utk mendapatkan lebih rasa kemanisan mknan laut dlm kuah tersebut.

 AYAM STIM HAINAN

Untitled design 46 - 5 Sajian Cina Kesukaan Rakyat Malaysia Dari CRG. Pasti Sedap Dibuat Berbuka.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor ayam | berat 2 ke 2.2 kg
  • 5 sm halia ketuk
  • 3 liter air | atau paras ayam blh tenggelam
  • 5 batang daun bawang | dipotong panjang

CARA MEMASAK :
1. Basuhkan ayam dgn bersih
2. Masukkan air sehingga ayam blh tenggelam
3. Masukkan halia, taburkan daun bawang
4. Masak sehingga mendidih
5. Masukkan ayam dan kecilkan api dan biarkan ia mereneh selama 30minit
6. Selepas ayam masak, angkat ayam dan rendam di dlm bekas yg berisi air dan ais selama 20 minit
7. Toskan. Sewaktu menghidang, tuang sedikit air rebusan ayam yg masih panas dan dimasak tadi.

Saiz hidangan : 10 orangng
Waktu memasak : 1 1/2 jam
Cara memasak : Rebus dan reneh
Keistimewaan : Sedap dimakan bersama nasi ayam

INFO CHEF : Terdapat pelbagai versi ayam stim hainan selain merebus dan reneh anda blh juga mengukus dgn memerap dahulu ayam dgn kicap cair, minyak bijan dan lada hitam.

RESEPI : CHEF IMRAN AUDI MOHD YAP
TERIMA KASIH ; FIRMAN PAIZI@FAUZI, CHEF DANIEL SOON, CRG CHICKEN RICE GUYS, 40, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

Loading...

Tags: #Berbuka #Cina #CRG. #Dari #dibuat #KESUKAAN #Malaysia #pasti #Rakyat #Sajian #Sedap

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.