5 Resipi Salmon Berjus Paling Sedap .Ikan Usah DiMasak Lama.

Untitled design 68 6 1 - 5 Resipi Salmon Berjus Paling Sedap .Ikan Usah DiMasak Lama.

Khasiat ikan salmon memang popular. Seperti ikan perairan sejuk yg lain seperti mackerel, hering, kod ia kaya dgn sumber asid lemak Omega 3 yg mengandungi EPA dan DHA yg baik utk kesihatan.

Sudahlah rasanya sedap byk pula khasiat kesihatanya. Ia dipercayai dpt mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah dan juga mengurangkan kolestrol. Rasanya berlemak dan paling best ikan salmon adalah sumber mknan sihat, walaupun harganya agak tinggi sedikit.

Ni min kongsikan aneka cara memasak ikan salmon, bukan sahaja sajian barat aje, ikan salmon pun blh dimasak sajian Asia mcm kari dan lauk india tikka.Salmon ni biasanya dihidang di kafe dan hotel, nak beli agak mahal juga walau cuma sepotong aje. Kalau ‘umat’ ramai eloklah masak sendiri kan.

1.PAN FRY SALMON WITH VEGETABLES

Untitled design 16 5 - 5 Resipi Salmon Berjus Paling Sedap .Ikan Usah DiMasak Lama.

BAHAN-BAHAN :

  • 120 gm keping ikan salmon
  • 50 gm lada benggala merah/ dipotong dadu
  • 50 gm lada benggala hijau/ dipotong dadu
  • 60 gm bawang besar/ dipotong dadu
  • 30 gm bawang putih/ dipotong dadu
  • 50 gm kacang buncis/ dipotong dadu
  • 100 gm jus oren/dipotong dadu
  • 30 gm halia/ dihiris
  • 20 gm mentega
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Perasakan garam dan lada sulah di atas salmon.
2. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak.
3. Masukkan ikan dan balikkan apabila masak (hanya dua sehingga tiga minit sahaja)
4. Panaskan kuali yg lain utk penyediaan sayur.
5. Tumis bawang dan bawang putih dan masukkan semua sayuran. Ketepikan.
6. Bg sos pula panaskan kuali lain dan tumis halia.
7. Masukkan jus oren dan masak dgn api yg perlahan.
8. Masukkan mentega dan kacau sebati
9. Letakkan garam secukup rasa
10. Tuangkan sos dan sayur di atas hidangan salmon

INFO CHEF : Bg melazatkan lagi salmon, perap ikan salmon dgn lada hitam dan garam sekurang-kurangnya 45 minit di dlm peti sejuk agar perisanya menyerap dan mesra.

Saiz hidangan : 1 orang
Waktu Memasak : 20 minit
Cara Memasak : Tumis , gril dgn minyak sedikit dan blh juga dimasak dlm oven
Jenis masakan : Sajian Barat
Keistimewaan : Kandungan omega 3 di dlm salmon baik utk kesihatan

2. SALMON TIKKA

Untitled design 19 4 - 5 Resipi Salmon Berjus Paling Sedap .Ikan Usah DiMasak Lama.

BAHAN-BAHAN :

Bahan A:

  • 180 gm hirisan ikan salmon
  • 150 gm yogurt
  • 30 gm jintan manis /dikisar
  • 30 gm jintan putih /dikisar
  • 1 sm halia/dikisar
  • 2 ulas bawang putih /dikisar
  • Garam secukup rasa

Bahan B:

  • 40 gm timun /dipotong dadu kecil
  • 30 gm bawang besar /dipotong dadu kecil
  • 40 gm yogurt

CARA MEMASAK :
1. Campurkan bahan A ke dlm bekas utk perapan hirisan ikan salmon. Perap selama 4 jam.
2. Utk bahan B, ambil timun dan bawang besar campurkan dgn yogurt. Masukkan sedikit garam utk menyeimbangkan rasa masam yogurt. Sejukkan.
3. Panaskan kuali @ pemanggang. Letakkan sedikit minyak dan pastikan kuali cukup panas supaya isi tidak melekat di kuali.
4. Kemudian masak ikan salmon selama 5-7 minit setiap belah bahagian, balikkan dan masak sebelah lagi dgn durasi masa yg sama. Pastikan tidak membalik-balikan ikan supaya isinya tidak hancur.
5. Setelah isi ikan masak, hidangkan bersama campuran timun, bawang dan yogurt yg telah disediakan tadi
6. Hiaskan bersama lemon dan daun salad jika suka.
7. Siap utk dihidangkan.

Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 10 minit
Cara memasak : Goreng minyak sedikit atau gril
Jenis hidangan : Lauk utama fusion
Keistimewaan : Rasa yogurt dan rempah, sajian berkrim dan kaya aroma rempah

INFO CHEF: Ikan salmon mudah masak dan apabila ia telah bertukar warna lebih pucat, itu tandanya ia sudah masak.

3. KARI IKAN SALMON

Untitled design 18 5 - 5 Resipi Salmon Berjus Paling Sedap .Ikan Usah DiMasak Lama.

BAHAN-BAHAN :

  • 800 gm isi ikan salmon
  • 150 gm bawang merah /dihiris
  • 5 sm halia /dihiris
  • 5 ulas bawang putih /dihiris
  • 20 gm halba campur
  • 1/2 biji santan kelapa
  • 100gm yogurt
  • 200 gm serbuk kari ikan
  • 1 tangkai daun kari
  • 60 gm asam jawab
  • Garam secukupnya
  • Minyak utk menumis

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hirisan bersama daun kari.
2. Masukkan halba campur dan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan serbuk kari ikan masak (dicampur sedikit air jadikan pes), dan tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan sedikit air asam jawa dan didihkan, masukkan santan dan yogurt
5. Kemudian masukkan isi ikan salmon dan perasakan dgn garam secukup rasa.
6. Perlahankan api dan didih lebih kurang 7-8 minit dan tutup api.
7. Kari ikan sedia dihidang bersama nasi putih atau roti

Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 15-20 minit
Cara memasak : Tumis dan didih
Jenis hidangan : Lauk utama fusion
Keistimewaan : Ikan salmon lembut sedap dimasak kari
Anggaran kos : RM 50

INFO CHEF : Ikan salmon dimasukkan setelah kuah mendidih, dan jangan masak lama. Pastikan bahan tumis dan serbuk kari betul2 masak utk dptkan kari yg sedap.

4. SALMON WELLINGTON

Untitled design 62 17 - 5 Resipi Salmon Berjus Paling Sedap .Ikan Usah DiMasak Lama.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 kg ‘fillet’ salmon
  • 30 gm bawang kecil | dihiris
  • 20 gm bawang putih |dihiris
  • 20 gm krim keju
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa | ditumbuk
  • Stok ikan secukup rasa
  • 60 gm bayam (baby spinach)
  • 40 gm serbuk roti
  • 40 gm keju parmesan | diparut
  • 1 lapis pastri paf
  • 1 biji kuning telur | dipukul

CARA MEMASAK :
1. Pijarkan mentega di dlm kuali dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
2. Masukkan krim keju dan perisakan dgn garam, lada hitam dan air stok ikan.
3. Biarkan didih dan masukkan bayam, serbuk roti dan keju parmesan.
4. Masakkan sebentar di atas api yg kuat fillet salmon (sear) di atas kuali, tebarkan pastri paf dan letakkan salmon tadi di atas dan bungkuskan salmon.
5. Sapukan pastri puff dgn kuning telur dan bakar dlm oven yg dipanaskan dlm suhu 390 darjah celcius selama 30 minit.
6. Sedia utk dihidangkan.

Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 45 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Lauk utama
Keistimewaan: Salmon yg dibalut pastri , sajian rangup dan berkrim

Info Chef : Bg menjimatkan masa memasak blh menggunakan pastri paf yg ada dijual di kedai bakeri.

5. GRIL SALMON WITH CREAM PENGAGA

Untitled design 66 10 - 5 Resipi Salmon Berjus Paling Sedap .Ikan Usah DiMasak Lama.

BAHAN-BAHAN :

  • 4 filet salmon
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh lada hitam
  • 2 sudu mkn minyak zaitun

BAHAN SOS :

  • 7.5 ml susu
  • 118 ml krim keju
  • 2 sudu mkn daun pengaga (dicincang)
  • 1 sudu mkn parsli (dicincang halus)

CARA MEMASAK :
1. Panaskan gril sehingga kepanasan sederhana.
2. Sapukan kedua belah filet salmon dgn minyak zaitun, dan taburkan dgn garam dan lada hitam, perapkan sebentar. Gril bahagian berkulit ke bawah utk sepuluh minit atau sehingga kulitnya
lekang dan mudah ditanggal dgn garfu. Balikkan.
3 .Sementara itu masak krim keju dan susu dlm saucepan dgn api sederhana selama dua sehingga tiga minit. Atau sehingga krim keju benar-benar cair dan sosnya sudah cukup sebati.
4. Kemudian masuk daun pengaga yg telah dicincang halus. Kacau perlahan-lahan.
5. Hidangkan filet salmon yg siap dipanggang dgn sos pengaga. Taburkan dgn daun parsli.

INFO CHEF :
Usap jari anda di atas filet salmon utk memastikan tiada tulang yg tertinggal. Sekiranya terdapat benjolan kecil itu tandanya tulangnya masih ada lagi. Cabut tulang menggunakan penyepit kecil .
(tweezers).

Saiz hidangan : 4 orang
Waktu Memasak : 20 minit
Cara Memasak : Gril dan didih
Jenis masakan : Fusion
Keistimewaan : Sos pengaga memberi citarasa tempatan

Komen anda


Loading...

Tags: #Berjus #DiMasak #IKAN #lama #Paling #Resipi #Salmon #Sedap #Usah

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "5 Resipi Salmon Berjus Paling Sedap .Ikan Usah DiMasak Lama."