5 Resipi Biskut Coklat , Blh Masuk Dlm Senarai Biskut Raya Utk Jualan.

Loading...

Untitled design 35 1 1 - 5 Resipi Biskut Coklat , Blh Masuk Dlm Senarai Biskut Raya Utk Jualan.

Biskut Raya memang istimewa dihidang tetamu, tak payah tunggu raya pun.  Satu balang blh habis tu sambil duduk bersantai depan tv. Senang dibuat dan tahan lama, inovasi baru biskut perisa coklat dr sentuhan kreatif Zaiton Ismail pemilik Dyra Bakery & Academy ini memang patut dicuba.

Rangup, enak dgn bentuk dan rupa yg menarik,jom semak 5 biskut berasaskan koko dan coklat ini. Blh dibuat jualan masa puasa nanti.

1.DAISY CHOCOLATE COOKIES

Untitled design 30 - 5 Resipi Biskut Coklat , Blh Masuk Dlm Senarai Biskut Raya Utk Jualan.

BAHAN-BAHAN :

  • 250 gm mentega
  • 110 gm gula aising
  • 50 gm tepung ubi | diayak
  • 20 gm serbuk coklat | diayak
  • 300 gm tepung jagung | diayak
  • 50 gm tepung kastad | diayak
  • 1 sudu teh perisa coklat
  • 1 biji telur

Bahan hiasan :
Manik gula warna perak secukupnya

CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega bersama gula aising sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur, pukul rata.
3. Kemudian masukkan semua jenis tepung, adunkan menjadi doh.
4. Kemudian masukkan doh dlm acuan berbentuk bunga dan tekan di atas dulang pembakar yg telah digriskan dgn mentega.
5. Susun manik sebiji di atasnya.
6. Panaskan oven dan bakar dlm suhu 170 darjah celsius selama 15 minit

INFO : Biskut ini mudah rapuh dan lembut berderai kerana penggunaan tepung jagung dan kastad.

Untitled design 31 - 5 Resipi Biskut Coklat , Blh Masuk Dlm Senarai Biskut Raya Utk Jualan.

BAHAN-BAHAN :

  • 250 gm mentega
  • 120 gm gula perang
  • 1 biji telur
  • 350 gm tepung gandum | diayak
  • 30 gm serbuk coklat | diayak
  • 10 gm serbuk penaik | diayak
  • 50 gm corn flakes | diramas

  • 30 gm cranberi | dipotong kecil

Bahan hiasan :
Coklat cair secukupnya sbg hiasan

CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega bersama gula perang sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur, pukul rata dan masukkan tepung gandum dan serbuk penaik..
3. Masukkan pula serbuk coklat .Diikuti dgn corn flakes dan cranberi, gaul rata dan adunkan menjadi doh lembut
4. Bulat-bulatkan dan sudukan di atas dulang pembakar.
5. Panaskan oven dan bakar dlm suhu 170 darjah celcius selama 18 minit atau perang keemasan.
6. Sejukkan kemudian blh dilorekkan dgn coklat yg telah dicairkan dgn menggunakan beg piping.

INFO : Anda blh juga menggunakan buah beri jenis lain seperti strawberi dan raspberi menggantikan cranberi jika suka.

3.DYRA RAISIN COOKIES 

Untitled design 33 - 5 Resipi Biskut Coklat , Blh Masuk Dlm Senarai Biskut Raya Utk Jualan.

BAHAN-BAHAN :

  • 200 gm mentega
  • 100 gm gula perang
  • 1biji telur
  • 50 gm serbuk coklat | diayak
  • 300 tepung gandum | diayak
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 100 gm kismis hitam campur kismis kuning

Bahan hiasan :
Coklat putih cair dan kismis kuning secukupnya

CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla.
3. Putar lagi dan masukkan tepung gandum.
4. Kemudian masukkan serbuk coklat diikuti dgn kismis.
5. Adun menjadi doh lembut
6. Bulatkan dan susun atas dulang pembakar.
7. Panaskan oven dgn suhu 170 darjah celcius sehingga perang keemasan, selama 18 minit.
8. Apabila sejuk hiaskan dgn coklat putih dan kismis di atasnya.

INFO : Anda blh menambah kacang walnut atau jenis kacang lain utk rasa lebih rangup.

4. BROWNIES COOKIES

Untitled design 25 1 - 5 Resipi Biskut Coklat , Blh Masuk Dlm Senarai Biskut Raya Utk Jualan.

BAHAN- BAHAN :

  • 200 gm mentega
  • 300 gm tepung gandum | diayak
  • 50 gm serbuk koko | diayak
  • 100 gm perang
  • 10 gm serbuk penaik | diayak
  • 20 gm coklat cip
  • 1biji telur

Bahan hiasan :

  • Cip coklat secukupnya
  • Coklat cair utk dipaipkan atas biskut

CARA MEMASAK :
1. Cairkan mentega, kemudian masukkan gula perang dan telur.
2. Kemudian masukkan serbuk koko dan serbuk penaik, gaul rata.
3. Adunkan menjadi doh dan terap mengikut acuan yg disukai.
4. Hiaskan dgn cip coklat.
5. Panaskan oven dan bakar dlm suhu 180 darjah celcius selama 18 minit.
6. Sejukkan di atas redai, dan paipkan dgn coklat .

INFO : Jika mahukan rasa yg rangup bakar lama sedikit 18-20 minit, dan jika mahukan rasa ‘chewy’ pendekkan masa membakarnya kepada 15 minit

5. BUBBLE RICE COOKIES

Untitled design 29 2 - 5 Resipi Biskut Coklat , Blh Masuk Dlm Senarai Biskut Raya Utk Jualan.

BAHAN-BAHAN :

  • 150 gm mentega
  • 80 gm gula perang
  • 1 biji telur saiz C
  • 30 gm serbuk koko | diayak
  • 30 gm coklat masakan | dicairkan150 gm tepung gandum | diayak
  • 100 gm bubble rice @ bertih beras

Bahan hiasan :

  • Coklat warna merah muda yg dicairkan utk paip atas biskut

CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega bersama gula perang.
2. Masukkan telur dan kemudian masukkan tepung gandum,
3. Kemudian masukkan coklat masakan yg telah dicairkan diikuti serbuk koko.
4. Kemudian masukkan berteh beras, adunkan menjadi doh.
5. Bulat-bulatkan dan susun dlm dulang
6. Panaskan oven dgn suhu 180 darjah celcius dan bakar selama 15- 17 minit
7. Setelah biskut sejuk paipkan dgn lorekan coklat.

INFO  : Berteh beras dan koko memberi gandingan rasa yg cukup sedap dan pasti digemari tetamu.

Terima kasih :Dyra Bakery & Academy,15- 1 Jln Elektron E U16/E, Denai Alam, Shah Alam.

                          fb: nurdyracookies house, fb :Kzis Zis Zaiton Ismail  

Loading...

Tags: #Biskut #Coklat #JUALAN #Masuk #Raya #Resipi #Senarai

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.