5 Pastri Lapis Manis , Rangup Kaya Dgn Rasa Mentega…

Loading...

Untitled design 46 2 1 - 5 Pastri Lapis Manis , Rangup Kaya Dgn Rasa Mentega…

Pastri Lapis atau Puff Pastry memang kaya dgn rasa mentega yg enak. Rapuh dgn rasa lemak memang gerenti sedap.

Satu ciri utama pastri lapis ni adalah doh yg dilipat dan dicanai beberapa kali. Setiap kali ulangan langkah ini, doh kena direhatkan dlm peti sejuk. Terbentuk lah pastri yg mengembang naik yg gebu dan lembut.

Pasti berperasa mentega ni jadi tambah enak bila diletak inti atau topping. Ni min kongsikan 5 pastri manis utk menceriakan hari mu.

1. PARISIAN FLAN

Untitled design 44 3 - 5 Pastri Lapis Manis , Rangup Kaya Dgn Rasa Mentega…

BAHAN-BAHAN :

Bahan A: Crème Patisserie / Kastard

  • 1 liter susu segar
  • 10 ml esen vanilla
  • 240gm kuning telur
  • 200gm gula halus
  • 90gm tepung jagung
  • 100gm mentega | biar dlm suhu 40 darjah Celcius

Bahan B: Pastri Lapis :

  • 425gm mentega | tidak bergaram ‘unsalted’
  • 312gm tepung roti
  • 190gm tepung kek
  • 15gm garam
  • 75gm mentega
  • 250ml air sejuk | dr peti sejuk

CARA MEMASAK :
1. Satukan Bahan B ke dlm mesin adunan sehingga sebati.
2. Ulikan doh, ratakan menjadi segi empat tepat.
3. Lipatkan dgn mentega 425gm ke dlmnya. Pd proses lipatan pertama rehatkan dlm peti sejuk ‘chillers’ sekurangya sejam.
4. Kemudian ulangi proses mencanai dan melipat sebanyak 10 kali membentuk segi empat. Setiap kali proses lipatan dan canai pastikan ia direhatkan dlm peti sejuk selama 20 minit
5. Lakukan langkah ini sampai mentega dan doh tercampur dan membentuk lapisan-lapisan.
Cara membuat kastad :
1. Panaskan susu dan esen vanilla dlm periuk.
2. Tambahkan telur kuning, gula, telur dan tepung jagung ke dlm mangkuk adunan dan kacau sehingga pekat.
3. Kemudian masukkan mentega dan kacau sebati.
4.Leperkan dan tekan rata doh pastri lapis dlm loyang bulat dan isikan dgn kastard.
5. Bakar dlm ketuhar pd suhu 180oC selama 1 jam.

Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 2 jam
Cara Memasak : Bakar
Jenis masakan : Pastri Puff Manis
Keistimewaan : Kelembutan kastad bersama dgn kerangupan pastri lapis dgn keharuman mentega

Info Chef : Pastikan anda membakar sehingga permukaan kastad menjadi warna keperangan (caramelized). Anda blh juga menggunakan doh pastri puff sedia yg di jual di pasaraya.

2. CHOCOLATE 72% MILLE-FEUILLE

Untitled design 41 5 - 5 Pastri Lapis Manis , Rangup Kaya Dgn Rasa Mentega…

BAHAN-BAHAN :

Bahan A : Creme Patisserie Chocolate/ Kastad Coklat

  • 500 ml susu segar
  • 100gm krim
  • 90gm kuning telur
  • 75gm gula halus
  • 30gm tepung jagung
  • 210gm coklat | dicairkan
  • 100gm mentega

Bahan B: Pastri Lapis Berperisa Coklat

  • 1200gm mentega ‘unsalted’
  • 75gm tepung koko
  • 1500gm tepung gandum
  • 30gm garam halus
  • 750ml air sejuk
  • 180gm mentega ‘unsalted’
  • 120gm coklat gelap | dicairkan

CARA MEMASAK :
1. Satukan Bahan B (kecuali coklat gelap) dlm mesin adunan sehingga menjadi doh.
2. Tambahkan coklat gelap cair dan ulikan doh sehingga sebati.
3. Lipatkan doh sebanyak 10 kali bersama mentega. Lakukan proses sama seperti resipi sebelumnya .
4. Leperkan doh setebal 4cm dan potongkan lapisan doh secara memanjang.
5. Bakarkan dlm ketuhar pd suhu 180 oC selama 30 minit, dan pastikan dulang diletakkan ke atas doh semasa proses pembakaran.

Cara memasak kastad coklat :
1. Panaskan krim dan susu dlm periuk.
2. Ambilkan mangkuk adunan dan campurkan telur kuning, gula dan tepung jagung.
3. Tunggu sehingga krim dan susu mengelegak, kemudian tambahkan ke dlm mangkuk adunan dan gaulkan.
4. Masukkan coklat cair ke dlm mangkuk bersama mentega.
5. Biarkan sejuk ,sapukan kastad coklat di antara lapisan doh yg dibakar tadi

Saiz hidangan : 6 orang
Waktu memasak : 2 jam
Cara Memasak : Bakar dan didih (kastad)
Jenis masakan : Pastri Puff Manis
Keistimewaan : Kaya dgn rasa coklat gelap dgn koko tulen lebih 70 peratus

Info Chef : Letakkan dulang di atas doh pastri supaya ianya tidak mengembang atau menaik semasa proses pembakaran. Pastri dlm keadaan leper dan nipis setelah dibakar.

3. ALBINAO RED BERRIES BAND

Untitled design 38 5 - 5 Pastri Lapis Manis , Rangup Kaya Dgn Rasa Mentega…

Bahan A:

  • 425gm mentega
  • 1kg beri campuran IQF *Ada dijual di pasaraya
  • Krim badam secukupnya | *Rujuk resipi Alsation Apple Tart utk cara buat.

Bahan B Pastri Lapis:

  • 425gm mentega tanpa garam
  • 312gm tepung roti
  • 190gm tepung kek
  • 15gm garam
  • 75gm mentega
  • 250ml air sejuk

CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan B di dlm mesin adunan. Ulikan doh
2. Kemudian lipatkan doh dgn mentega (425g) sebanyak 15 kali. Canai dan ratakan.
3. Potong doh pastri lapis memanjang,bakar dlm ketuhar bersuhu 180 darjah celcius selama 30 minit
4. Letakkan pastri lapis ke dlm loyang bersama krim almond, dan isikan dgn beri campuran IQF.

Saiz hidangan : 3 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Pastri Puff Manis
Keistimewaan : Keunikan rasa beri yg masam manis dgn krim badam

INFO CHEF : Pastikan anda meletakkan dulang di atas doh pastri supaya ianya tidak mengembang naik terlalu besar semasa proses pembakaran.

4. ALSATION APPLE TART

Untitled design 39 5 - 5 Pastri Lapis Manis , Rangup Kaya Dgn Rasa Mentega…

BAHAN-BAHAN :

Bahan A : Krim badam

  • 1kg gula
  • 1kg mentega
  • 2 biji epal
  • 1kg tepung badam
  • 10gm tepung gandum
  • 12 biji telur


    * Baki blh disimpan dlm peti sejuk
    Doh pastri lapis secukupnya *Resipi dan cara buat sama seperti Parisian Flan.

Bahan B : Epal rebus

  • 2kg epal merah atau hijau
  • 3 batang kayu manis
  • 6 biji bunga lawang
  • 1kg puri rasberi

CARA MEMASAK :
1. Mulakan dngan bahan B, sediakan periuk besar dan isikan air sehingga 1/4.
2. Buangkan kulit epal dan biarkan tangkai bersama semasa merebus.
3. Masukkan puri apabila sudah mengelegak berserta dgn kesemua epal, kulit kayu manis, bunga lawang.
4. Tutup periuk dan biarkan ia direbus selama sejam lebih.
5. Apabila sejuk potong epal dlm bentuk wedges.
Cara membuat krim badam:
1. Sediakan bahan A, mulakan dgn masukkan gula dan mentega dlm mesin campuran putar sehingga kelihatan kuning pucat.
2. Kemudiam masukkan tepung badam tepung biasa dan telur secara selang seli sehingga dicampur dgn rata.
3. Kemudiankan ambil doh pastri lapis dan tekan rata dan sedia dlm tart ring.(acuan berbentuk segi empat.
4. Isikan krim almond sehingga 80% dan susunkan epal yand dihiris dlm bentuk yg dikegemari.
5. Panaskan dlm ketuhar 170oC selama 30 minute, tunggu sehingga warna atas bertukar ke warna coklat terang.

Saiz hidangan : 6 orang
Waktu memasak : 2 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Pastri Puff Manis
Keistimewaan : Gabungan rasa epal dgn keharuman kulit kayu manis

Info Chef :  Pastikan epal tidak terlalu masak supaya tidak menjadi lembik

5. CINNAMON PALMIERS

Untitled design 42 6 - 5 Pastri Lapis Manis , Rangup Kaya Dgn Rasa Mentega…

BAHAN-BAHAN :

Bahan-bahan Pastri Lapis:

  • 425gm mentega tanpa garam
  • 312gm tepung roti
  • 190gm tepung kek
  • 15gm garam
  • 75gm mentega
  • 250ml air sejuk

Gula halus dan serbuk kayu manis secukupnya |dicampurkan

CARA MEMASAK :
1. Lakukan langkah membuat pastri seperti membuat pasteri dlm resipi sebelumnya. Ulangi proses mencanai dan melipat sebanyak 10 kali. Setiap kali lipatan dan canai, simpan dan rehatkan doh dlm peti sejuk.
2. Ulikan adunan doh pastri dan canai rata sehingga 4sm tebal
3. Taburkan gula dan serbuk kayu manis ke atas doh pastri.
4. Potong secara memanjang dan bentukkan dan lilit sehingga menyerupai hati.
5. Bakarkan dlm ketuhar pd suhu 180 oC selama 30 minit.

Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 2 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Pastri Puff Manis
Keistimewaan : Keharuman kulit kayu manis sepadan pastri lapis bergula

Info Chef : Blh dimakan begitu sahaja atau bersama aiskrim vanilla. Palmiers bermaksud pastri berbentuk telinga gajah atau daun palma.


Carian Berkaitan

Peti sejuk mail
Loading...

Tags: #Kaya #Lapis #Manis #Mentega #PASTRI #RANGUP #Rasa

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "5 Pastri Lapis Manis , Rangup Kaya Dgn Rasa Mentega…"