5 Menu Stim Yg Senang & Sedap, Korang Blh Cuba Ni.

sotong 1 1 - 5 Menu Stim Yg Senang & Sedap, Korang Blh Cuba Ni.

Ramai beranggapan menu kukus atau stim  leceh nak buatnya sebab malas nak keluarkan pengukuskan hehe… sebab min pun ada pengalaman ini. Tapi tau tak menu kukus ni paling senang  ringkas dan cepat masak. Sementelah lagi jika sos atau kuahnya sudah disediakan awal.   Berikut dikongsikan lima  resipi kukus  ekspres dan sihat  yg blh dicuba.

 ayam kukus - 5 Menu Stim Yg Senang & Sedap, Korang Blh Cuba Ni.

AYAM KUKUS TAUCHU

BAHAN-BAHAN:

  • 2 paha ayam  | bersih, kelar dan toskan
  • 3 sudu mkn tauchu  | kisar 
  • 4  ulas bawang merah | cincang halus
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • Sedikit daun bawang  | hiris memanjang
  • 2 biji cili merah | cincang halus
  • Sedikit  hirisan lobak merah
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • 1 sudu teh  jus limau nipis
  • 1 sudu teh  minyak bijan
  • Sedikit garam | jika perlu
  • Gula secukup rasa
  • 1/2 sudu mkn minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 3cm halia muda
  • 2 ulas bawang putih

 CARA MEMASAK:

  1. Panaskan pengukus.
  2. Gaulkan ayam yg telah dicuci bersih dgn bahan kisar.
  3. Kukus lebih kurang 15-20 minit.
  4. Sementara itu sediakan sos.
  5. Panaskan sedikit minyak masak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
  6. Seterusnya masukkan cili merah cincang dan tauchu. Kacau rata dan tambahkan sedikit air.
  7. Perasakan dgn sedikit gula,jus limau nipis dan minyak bijan. Jika kurang masin blh tambah sedikit garam halus.
  8. Setelah cukup rasa, tuangkan sos di atas ayam kukus tadi.
  9. Sebelum hidang, taburkan di atasnya dgn hirisan daun bawang, lobak merah dan daun ketumbar.

ikan - 5 Menu Stim Yg Senang & Sedap, Korang Blh Cuba Ni.

IKAN BAWAL KUKUS HALIA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan bawal hitam | siang,  bersih dan tos
  • 1 sudu mkn  sos tiram
  • 1 sudu mkn  sos ikan
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu the lada sulah
  • 4cm halia muda | hiris memanjang
  • 1/2 biji bawang merah | hiris
  • 2 ulas bawang putih | hiris
  • 5 biji cili padi | titik
  • 1 batang serai | titik
  • 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2  sudu mkn minyak

BAHAN HIASAN:

  • Sedikit hirisan daun bawang
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • Sedikit hirisan cili merah
  • Sedikit hirisan limau nipis
  • BAHAN KISAR:
  • 2cm halia muda
  • 1 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan pengukus.
  2. Gaulkan ikan yg telah dibersihkan dgn bahan kisar dan sedikit minyak bijan.
  3. Kukus lebih kurang 10-15 minit.
  4. Sementara itu sediakan sos,panaskan sedikit minyak.
  5. Tumiskan bawang merah, bawnag putih, halia dan serai sehingga wangi.
  6. Masukkan sedikit air, sos ikan, sos tiram dan minyak bijan.
  7. Masukkan cili ttitik dan perasakan dgn garam (jika perlu), gula, jus lemon, serbuk lada sulah.
  8. Setelah cukup rasa tutup api. Tuangkan sos di atas ikan yg telah dikukus tadi.
  9. Taburkan di atasnya dgn hirisan daun bawang, daun ketumbar, hirisan cili dan limau nipis.
  10. Ikan kukus sedia dihidangkan.

sotong 1 1 - 5 Menu Stim Yg Senang & Sedap, Korang Blh Cuba Ni.

SOTONG SUMBAT  MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong sederhana besar | bersihkan dan tos
  • 2 sudu mkn sos cili Thai
  • 1 sudu mkn sos cili
  • 1 sudu mkn sos plum
  • 1/2  sudu mkn  minyak masak
  • 1 biji  bawang besar | cincang
  • 2 ulas bawang putih | cincang
  • 2cm halia muda | hiris halus
  • 2 biji cili merah | cincang halus
  • Garam secukup rasa

BAHAN SUMBAT:

  • 1 biji tauhu putih | kisar kasar
  • 1/2 cawan isi telah direbus | kisar kasar
  • 1 biji telur
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh  serbuk lada sulah

 CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan sumbat dlm mangkuk dan gaul rata.
  2. Panaskan pengukus.
  3. Sumbut sotong dgn bahan sumbat sehingga paras 3/4 sotong .
  4. Kemudian masukkan kepala dan kemaskan dgn lidi.
  5. Susun dlm pinggan,kemudian kukus lebih kurang 10-2 minit.
  6. Sementara itu sediakan sos.
  7. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang merah, putih, halia dan cili sehingga wangi.
  8. Bahan semua bahan sos dan tambahkan sedikit air.
  9. Kacau rata dan perasakan dgn sedikit garam.
  10. Setelah siap, tuangkan sos dlm pinggan sotong yg telah dikukus tadi.
  11. Sotong sedia dihidangkan.

tahu telur - 5 Menu Stim Yg Senang & Sedap, Korang Blh Cuba Ni.

TELUR KUKUS SOS MUSTARD MADU

BAHAN-BAHAN:

  •  5 biji telur
  • 2 sudu mkn susu cair
  • 1/2 cawan  sudu mkn isi ayam | cincang  halus
  •  Sedikit hirisan cili benggala merah
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • 1 sudu teh lada sulah
  • Garam secukup rasa

BAHAN SOS:

  • 3 sudu mkn mustard
  • 1 sudu mkn mayomes
  • 2 sudu mkn jus lemon
  • 2 sudu mkn madu
  • 1 biji cili merah | dadu halus
  • Secubit haram

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan dlm mangkuk dan kacau rata.
  2. Panaskan pengukuks.
  3. Sementara menunggu kukus panas, isikan bancuhan telur tadi dlm acuan.
  4. Lakukan sehingga habis adunan telur, kemudian kukuks lebih kurang 10-15 minit.
  5. Bancuh semua bahan sos dlm mangkuk, jika terlalu pekat tambahkan sedikit air panas.
  6. Tuangkan di atas tahu yg telah kukus tadi.
  7. Tauhu sedia dihidangkan.

tauhu - 5 Menu Stim Yg Senang & Sedap, Korang Blh Cuba Ni.

TAUHU  JEPUN   SAMBAL ISI AYAM CINCANG

BAHAN-BAHAN:

  • 2  pek tauhu Jepun | buangkan plastiknya
  • 100gm  isi dada ayam | cincang
  • 1/2 biji cili besar | cincang
  • 2 ulas bawang putih | cincang
  • 2 biji cili merah | cincang
  • 1/2 sudu mkn pes cili kering
  • 1 sudu mkn sos tiram
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu teh  sos ikan
  • Garam dan  perasa secukupnya
  • 1/2 sudu mkn,  minyak masak
  • Hirisan daun bawang | untuk hiasan
  • Hirisan  lobak merah | untuk hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan pengukus, kemudian kukus tauhu lebih kurang 10 minit
  2. Sementara itu sediakan sambal .
  3. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, putih dan cili merah sehingga wangi.
  4. Masukkan pes cili cili kering, kacau rata dan masukkan sos tiram, sos ikan .
  5. Seterusnya masukkan isi ayam dan kacau rata.
  6. Perasakan dgn garam, lada sulah dan perasa secukupnya.
  7. Setelah masak, tutup api dan tuangkan sambal di atas tauhu yg telah di kukus tadi.
  8. Taburkan di atasnya dgn hirisan daun bawang dan lobak merah sebelum dihidangkan.

 

Komen anda

Loading...

Tags: #Cuba #Korang #MENU #Sedap #Senang #Stim

author
Author: 
    Ondeh Ondeh Ubikayu
    Ondeh-Ondeh UbikayuBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan : 500 gm ubikayu parut1/4 sudu teh
    Cara Buat Kuih Koci Pulut Hitam Paling Mudah & Rasa Sedap.
    Kuih Koci Pulut Hitam antara kuih melayu yg digemari ramai. Kena yg sedap,
    Ini Cara Simpan Bawang Supaya Tak Busuk.
    Bawang,  tidak kira bawang besar, merah, Holland mahupun bawang putih, ia adalah keperluan
    Koleksi Resipi Lauk Ringkas Blh Masak Dlm 30 Minit
    Tercari-cari resipi lauk pauk ringkas? Maklumlah, nak pancing selera mkn, kadang-kala agak sukar.

    Leave a reply "5 Menu Stim Yg Senang & Sedap, Korang Blh Cuba Ni."