5 Menu Diet Sihat, Sayuran Dimakan Mentah Atau Dicelur…

Untitled design 35 6 1 - 5 Menu Diet Sihat, Sayuran Dimakan Mentah Atau Dicelur…

Bagi yg berdiet dan penggemar sayur-sayuran.,Samada dicelur atau dimakan mentah dgn ‘dressing’ bersesuaian, kombinasi sayur yg lazat dan rangup pasti mengenyangkan anda.

Ni min kongsikan idea menu diet sihat buat mereka si pengamal diet. Cubalah nanti, kejap aje buatnya..

1. HO CHI MINH SPRING ROLL

Untitled design 31 8 - 5 Menu Diet Sihat, Sayuran Dimakan Mentah Atau Dicelur…

BAHAN-BAHAN :

  • 170 gm soo hoon (dicelur)
  • 6 ekor udang saiz sederhana (dicelur)
  • 12 keping kulit popia (dicelur)

BAHAN INTI :

  • 1/2 kubis china (dihiris halus)
  • 200 gm lobak merah (dihiris halus)
  • 200 gm timun (dihiris halus)
  • 200 gm saderi (dihiris halus)
  • 200 gm salad Cina (chinese lettuce) (dihiris halus)
  • 50 gm parsli Cina (dihiris halus)
  • 50 gm selasih Thai (sehelai-helai)
  • 50 gm daun ketumbar (dihiris halus)
  • 50 gm taugeh

BAHAN SOS :

  • 1/2 sudu teh sos ikan
  • 1/4 sudu teh gula
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 biji cili padi
  • Air panas secukupnya (1-2 sudu mkn)

CARA MEMASAK :

1. Celur soo hoon dlm air mendidih dan terus tos. Kemudian celurkan udang dlm air mendidih sehingga masak. Kulit popia direndam air biasa sehingga lembut.

2. Kemudian sediakan dan susun bahan inti di dlm dulang.

3. Susun dan tebarkan kulit popia letakkan 2 ekor udang sedikit soo hoon, daun selasih, taugeh, lobak merah, saderi, daun ketumbar dan salad cina dlm setiap popia.. Biarkan sedikit ruang kosong di kedua hujung kulit popiah utk membalut.

4. Gulung atau balut ikut kreativiti anda.

5. Di dlm mangkuk kecil campurkan sos ikan, air panas, bawang putih, gula dan cili padi. Jika suka anda blh masukkan kacang tumbuk.

6. Hidangkan popia Ho Chi Minh dgn sos .

INFO CHEF :
Sajian ini adalah sajian salad yg menyihatkan pdt dgn sayur-sayuran segar.

Saiz hidangan : 4 orang
Waktu Memasak : 3 jam
Cara Memasak : Celur
Jenis masakan : Vietnam
Keistimewaan : Kudapan sesuai utk mereka yg mementingkan menu sihat.

2. KERABU DIY THE PEARL

Untitled design 24 17 - 5 Menu Diet Sihat, Sayuran Dimakan Mentah Atau Dicelur…

BAHAN-BAHAN :

  • 1 biji mangga muda /dihiris

  • 1 batang lobak merah /dihiris
  • 1 batang timun /dihiris
  • 10 tangkai cili padi/ hiris halus
  • 1 biji bawang merah /dimayang nipis
  • 1 biji jus limau nipis
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu mkn sos ikan
  • 1 sudu kacang tumbuk (kasar) /sudah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya
  • 10 gm suhu /direndam lembut
  • Sedikit udang kering
  • Sedikit kelapa parut

CARA MEMASAK :
1. Kupas mangga muda, kemudian rendam dlm air 15 minit utk membuang getahnya. Toskan dan hiris halus.
2. Masukkan ke dlm mangkuk bersama hirisan bawang dan lobak merah. Gaul rata. Ketepikan.
3. Satukan sos ikan, gula, bawang putih, cili padi dan jus limau nipis dlm mangkuk, kacau rata2 dan masukkan dlm mangkuk berisi mangga hiris dan bahan-bahan lain. Gaul rata.
4. Tambah kacang tanah dan udang kering, gaul lagi dan sesuaikan rasa. 
5. Kerabu mangga siap dihidangkan.

Saiz hidangan : 3- 4 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Gaul dan di saji mentah
Jenis masakan : Kerabu
Keistimewaan : Menu sihat dan sesuai utk mereka yg berdiet

INFO CHEF : Anda blh menambah kacang panjang, taugeh dan tomato dan sayuran lain ikut suka. Blh dihidang sejuk.

3. AVOCADO SALAD WITH TURKEY HAM

Untitled design 25 13 - 5 Menu Diet Sihat, Sayuran Dimakan Mentah Atau Dicelur…

BAHAN-BAHAN :

  • 1 biji avocado | dihiris panjang
  • ½ sudu kecil lada hitam | hancur
  • 500 gm salad campur | dihiris panjang
  • 1 biji lada benggala | dihiris panjang
  • 1 biji bawang Holland | dihiris panjang
  • 2 keping ham ayam belanda| disiat
  • ½ sudu kecil minyak zaitun

CARA MEMASAK :
1. Panggang ham ayam belanda separuh masak sahaja.
2. Masukkan kesemua bahan yg dihiris panjang dan taburkan lada hitam, Gaul rata.
3. Gaulkan pula dgn minyak zaitun

Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 8 minit
Cara memasak : Panggang ayam belanda sahaja
Jenis masakan :Salad
Keistimewaan : Pembuka selera yg juga sesuai utk mereka yg berdiet

Info Chef : Sajian yg mengandungi potassium yg tinggi dan kaya berserat dgn sayur-sayuran yg segar dan rangup.

4. URAP PEGAGA SELOM DAN TAUGEH

Untitled design 29 12 - 5 Menu Diet Sihat, Sayuran Dimakan Mentah Atau Dicelur…

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg taugeh
  • 1kg daun pegaga | dihiris kasar
  • 1kg daun selom | dihiris kasar
  • 40 sudu mkn udang kering | dikisar halus
  • 50sm cekur | dikisar halus
  • 100 biji bawang besar | dikisar halus
  • 40 biji bawang putih | dikisar halus
  • 100 tangkai cili kering | direbus dan dikisar
  • 1kg kelapa parut
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK:


1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan wangi, masukkan kelapa parut dan perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
2. Sejukkan bahan tumis seketika.
3. Sementara itu masukkan semua bahan hirisan di dlm mangkuk besar.
4. Kemudian masukkan bahan urap yg telah disejukkan tadi.
5. Gaul rata dan sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Kelapa parut ambil bahgian putih sahaja lebih lemak dan sedap.

Saiz hidangan : 60 orang
Masa Memasak : 20min
Cara Memasak : Tumis
Jenis Masakan : Kerabu / pembuka selera
Keistimewaan : Ulam-ulaman yg baik utk kesihatan

5. ROJAK BETIK

Untitled design 23 15 - 5 Menu Diet Sihat, Sayuran Dimakan Mentah Atau Dicelur…

BAHAN-BAHAN :

BAHAN ROJAK :

  • ½ biji betik muda /diparut (saiz sederhana)
  • ½ biji nenas /dihiris nipis
  • 1 biji timun /dihiris nipis
  • Taugeh (opsional)

BAHAN KUAH:

  • 6 ekor ikan kembung atau ikan selayang/direbus dan dikisar
  • 750 ml air
  • 3 sudu mkn cuka
  • 2 ketul gula melaka
  • 5 ½ sudu mkn cili boh
  • 5 sudu mkn gula
  • 2.5 sm belacan
  • 6 biji cili padi
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
Cara sediakan bahan rojak:
1. Parut betik dan rendam di dlm bekas berisi air.  
2. Hancurkan kapur mkn dgn sedikit air. Tapiskan dan masukkan dlm rendaman betik. 
3. Rendam 15 minit, bilas dan toskan.
4. Hiris nipis timun dan nenas. Blh meletakkan taugeh jika suka.
Cara masak kuah:
1. Masukkan ikan yg telah ditumbuk lumat isinya ke dlm periuk.
2. Kemudian ambil periuk lain dan masukkan kesemua bahan dan masak sehingga mendidih.
3. Cedukkan 2 atau 3 senduk kuah tu ke dlm isi ikan yg ditumbuk dan gaul sebati. Kemudian barulah tuang isi ikan ke dlm periuk kuah dan biarkan mendidih. 
4. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Tuangkan kuah ke atas bahan rojak . Rojak betik sedia dinikmati.

INFO CHEF : Jangan tuangkan isi ikan terus ke dlm kuah utk mengelakkan ikan berketul.

Saiz hidangan : 12 orang
Masa memasak :20 minit
Cara memasak : Rebus dan reneh
Jenis masakan : Laksa
Keistimewaan : Rojak betik ini sedap dimakan dgn keropok dan kuah rojak yg sejuk.

Komen anda

Loading...

Tags: #Atau #Dicelur… #DIET #Dimakan #Mentah #MENU #Sayuran #Sihat

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "5 Menu Diet Sihat, Sayuran Dimakan Mentah Atau Dicelur…"