5 Menu Ayam Sempoi Tapi Sedap.

Loading...

fusion1 1 - 5 Menu Ayam Sempoi Tapi Sedap.

 Mak-mak pening kepala, anak tak  reti jemu dgn menu ayam, sampai tak ada idea nak masak apa dgn ayam.  Jangan risau, RASA kongsikan lagi lima menu ayam yg gerenti jilat jari mkn. Semuanya sedap dan mudah je nak masak, pilih je mana satu yg berkenan di hati, atau masukkan semua dlm senarai menu harian anda semua.

fusion3 - 5 Menu Ayam Sempoi Tapi Sedap.

AYAM KICAP CILI PADI BERSERAI

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ayam | potong kecil, cuci bersih dan tos
  • 3 batang serai | titik
  • 12 biji cili padi | hiris memanjang
  • 2 biji bawang besar | hiris bulat
  • 3 ulas bawang putih | titik
  • 3cm halia muda | hiris memanjang
  • 2 sudu mkn kicap pekat
  • 2 sudu mkn kicap manis
  • 1 sudu mkn air asam Jawa
  • Garam,gula dan perasa secukupnya
  • 4 sudu mkn minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dlm kuali.
  2. Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih,halia, cili padi dan serai sehingga wangi.
  3. Masukkan ayam kacau rata. Tunggu ayam kecut dan tambah sedikit air.
  4. Biarkan isi ayam empuk dan air ayam kering sedikit baru masukkan kicap pekat dan air asam Jawa.
  5. Seterusnya masukkan kicap manis, diikuti dgn garam, gula dan perasa secukupnya.
  6. Setelah timbul minyak dan kuah kering, tutup api.
  7. Ayam sedia dihidangkan.

fusin2 - 5 Menu Ayam Sempoi Tapi Sedap.

 AYAM JINTAN BERCILI

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ayam | potong sederhana, cuci dan tos
  • 2 biji bawang besar | hiris
  • 5 batang serai | titik
  • 3 sudu mkn pes cili kering
  • Garam, gula dan perasa secukup rasa
  • 4 sudu mkn minyak masak
  • 2 keping asam gelugor

BAHAN  GORENG SANGAI & KISAR KASAR:

  • 1 sudu mkn jintan manis
  • 1 sudu mkn jintan putih
  • 1 sudu mkn ketumbar biji

BAHAN KISAR:

  • 10 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 3cm lengkuas
  • 4 biji buah keras

 CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis hirisan bawang besar bersama dgn serai sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar dan pes cili kering. Kacau rata.
  3. Apabila timbul minyak, masukkan bahan sangai yg dikisar kasar tadi.
  4. Seketika kemudian masukkan ayam pula, kacau sehingga ayam kecut.
  5. Tambah sedikit air dan masukkan asam gelugor.
  6. Biarkan mereneh sehingga ayam empuk.
  7. Perasakan dgn garam, gula dan perasa secukupnya.
  8. Apabila kuah kering dan timbul minyak. Tutup api.
  9. Ayam sedia dihidangkan.

fusion1 1 - 5 Menu Ayam Sempoi Tapi Sedap.

AYAM GORENG  CILI BUNGA KANTAN

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm isi dada ayam | hiris kecil, bersih dan tos
  • 2 batang bunga kantan | hiris
  • 1 biji bawang besar | potong dadu
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 3cm halia muda | hiris halus
  • 2 batang serai | hiris halus
  • 8 biji cili padi | hiris halus
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dgn sedikit garam, serbuk kunyit dan lada sulah. Perap 10 minit.
  2. Panaskan minyak dlm kuali, goreng ayam sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit utk menumis.
  4. Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai sehingga naik bau.
  5. Kemudian masukkan ayam ygtelah digoreng, hirisan bunga kantan dan cili.
  6. Perasakan dgn garam, gula dan perasa secukupnya. Kacau rata.
  7. Tutup api, hidangkan panas-panas.

fusion5 - 5 Menu Ayam Sempoi Tapi Sedap.

AYAM TUMIS SERAI

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm kepak ayam | cuci bersih dan tos
  • 4 batang serai | titik kasar
  • 1 biji bawang besar | potong dadu halus
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2cm halia muda | hiris halus
  • 6 biji cili padi | hiris memanjang
  • 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • 3 sudu mkn minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dlm kuali, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan serai sehingga wangi.
  2. Masukkan ayam, kacau rata, setelah ayam kecut, masukkan serbuk kunyit dan hirisan cili.
  3. Tambahkan sedikit air dan masukkan jus limau nipis. Biarkan mereneh seketika.
  4. Akhir sekali perasakan dgn garam, gula dan perasa secukupnya.
  5. Sedia dihidangkan panas-panas.

fusion4 - 5 Menu Ayam Sempoi Tapi Sedap.

AYAM PERCIK DAUN PEGAGA

BAHAN-BAHAN:

  • 2 paha atas bawah ayam | bersih dan tos
  • 500ml santan pekat
  • Daun pegaga secukupnya
  • 1 keping asam keping
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 3cm halia muda
  • 3cm kunyit hidup
  • 8 biji cili padi

 CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dgn sedikit bahan kisar kemudian balut dgn daun pisang kukus lebih kurang 10 minit. Angkat dan ketepikan.
  2. Sementara itu, masukkan santan, asam gelugor dan bahan kisar dlm periuk, renehkan sehingga kuah pekat.
  3. Perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
  4. Kecilkan api dan reneh sehingga timbul minyak. Tutup api.
  5. Bentangkan aluminium foil dan lapiskan di atasnya dgn daun pisang, ambil sedikit bahan tumisan ratakan di atas daun pisang.
  6. Letakkan daun pegaga diikuti dgn ayam yg telah dikukus .
  7. Seterusnya ratakan bahan tumisan di atas ayam dan diikuti daun pegaga.
  8. Balut ikan dan bakar sehingga masak.
  9. Setelah masak ayam percik sedia dihidangkan

Komen anda

Loading...

Tags: #Ayam #MENU #Sedap #Sempoi #Tapi...

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "5 Menu Ayam Sempoi Tapi Sedap."