5 Langkah Semak Atau Kesan Kanser Payudara

5 LANGKAH SEMAK ATAU KESAN KANSER PAYUDARA | ramai wanita diluar sana memandang remeh tentang hal ini, sedangkan kanser payudara ini pembunuh nombor satu bagi kaum hawa. Kita sedia maklum kanser amatlah bahaya dan jika terlambat mencari penawar mati menunggu kita. Hakikatnya kematian itu di tangan TUHAN. Ramai yg tidak sedar akan kanser ini sehingga mereka hadapi kanser oada tahap akhir baru diketahuinya.

1 1 - 5 Langkah Semak Atau Kesan Kanser Payudara

Mungkin juga cara penjagaan tubuh badan dan diet sihat yg kita amalkan sudah disempurnakan dan dipraktikkan tetapi siapa blh melawan takdirkan? Jadi, sebelum ianya terlambat, lebih baik mengesannya lebih awal agar masih ada peluang dan cara utk kita mengubatinya. Betul tak?
Jom kita semak dgn awal adakah kita ada penyakit kanser payudara atau tidak.
Simptom:

  • Perubahan rasa pd sekitar payudara atau puting.
  • Puting dan payudara kelihatan membengkak atau menebal.
  • Perubahan pd tekstur kulit atau pori kulit pd bahagian tersebut kelihatan terbuka lebih besar.
  • Ketulan yg muncul di bahagian bawah lengan. Namun tidak semua adalah tanda awal kepada kanser.
  • Perubahan pd saiz atau payudara anda.
  • Payudara kelihatan mengecut  lebih-lebih lagi jika hanya tertumpu pd satu bahagian sahaja.
  • Simetri payudara kelihatan berbeza dr sebelumnya. Sememangnya wanita mempunyai payudara yg berbeza drpada segi saiz di kedua-dua bahagian. Namun jika ianya terlalu ketara perubahan simetri tersebut, adalah digalakkan utk melakukan pemeriksaan doktor.
  • Payudara atau disekeliling puting menjadi kemerahan atau membengkak.
Cara Melakukan Pemeriksaan Payudara di Rumah

Langkah 1: 
Mulakan dgn memerhati payudara anda di depan cermin dgn postur bahu menegak dan meletakkan lengan anda di atas tulang pinggang.
Perhatikan dr segi saiz, bentuk, rona, dan mengesan terus bengkak di bahagian payudara.
Jika anda mengenal pasti sebarang kelainan pd payudara anda seperti kemerahan dan pembengkakkan, adalah lebih baik utk terus mendapatkan pemeriksaan pakar.
Langkah 2:
Angkat kedua-dua belah tangan dan lihat pd perubahan yg sama seperti di atas.
Langkah 3:
Tatkala anda berada dihadapan cermin, perhatikan sebarang tanda cecair yg keluar dr sebelah atau kedua-dua belah puting. Ianya mungkin air, susu, cecair kekuningan atau darah.
Langkah 4:
Melakukannya dlm keadaan berbaring, menggunakan tangan kanan anda utk memeriksa payudara di sebelah kiri dan seterusnya di sebelah kanan. Lakukan secara perlahan-lahan dgn lembut. Rapatkan jari dan lakukan pemeriksaan di bahagian payudara dlm pergerakan membulat. Periksa keseluruhan payudara lebih-lebih lagi di bahagian bawah lengan.
Langkah 5:
Terakhir sekali, lakukan pemeriksaan yg sama seperti langkah 4 tetapi dgn postur berdiri atau duduk. Ramai wanita mendapati ianya lebih mudah utk memeriksa secara terperinci payudara apabila kulit dlm keadaan basah dan licin. Jadi, majoriti golongan wanita suka melakukan pemeriksaan ini ketika mandi.

Selebihnya berjumpalah doktor pakar dlm bidang kanser ini. Semoga artikal INI dapat memberi manfaat pd semua.SEMAK

Loading...

Tags: #Atau #Kanser #Kesan #langkah #Payudara #Semak

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "5 Langkah Semak Atau Kesan Kanser Payudara"