
Korang pernah mkn mknan Barat atau Cina yg menggunakan sos lada hitam yg sangat sedap sbg pelengkap rasa pd mknan seperti daging, ayam dan ikan yg dipanggang, dibakar ataupun dikukus. Bagaikan terasa di hujung lidah rasa sos yg hangat, manis, masam dan kaya aroma herba ygmenyempurnakan mknan yg dinikmati.Daripada t kerap ke restoran mahal utk menikmati sos lada hitam yg sedap ini, korang buat je sendiri sos ini kerana ia mudah disediakan. Bahan-bahannya juga mudah tau…
Tak percaya inilah caranya:
Tumis Bawang Holland Dgn Mentega
Perkara pertama perlu lakukan adalah tumis bawang Holland yg telah dicincang halus dgn mentega (lebih kurang satu sudu mkn), kerana aroma mentega dan rasa manis bawang memberikan rasa sedap pd sos. Jika tidak ada bawang Holland blh je guna bawang putih atau bawang merah, tetapi ia tidak sesedap bawang Holland.
Tambahkan Hirisan Cili Banggala Sbg Penambah Aroma & Rasa
Kalau nak tahu cili banggala sangat kuat aromanya, utk menjadikan sos lada hitam lebih sedap tambahkan hirisan atau potongan dadu cili benggala (warna ikut selera), tumis sehingga aromanya keluar. Jika korang hanya mahukan aromanya sahaja dan tidak mahu cili tersebut, blh saja keluarkannya selepas ditumis.
Tambahkan Sos Tiram, Gula Dan Stok Ayam
Setelah tumisan layu dan wangi, masukkan satu sudu mkn sos tiram, 200ml air dan stok ayam dan 1/2 sudu the gula. Kacau rata dan biarkan mendidih atas api kecil. Ketiga bahan ini akan menjadikan tekstur sos lembut dan sedap. Utk stok, korang blh je gunakan stok daging, ayam atau cendawan. Sesuaikan saja dgn apa mknan yg akan dicampurkan dgn sos tersebut. Sebaiknya jika ingin membuat steak, korang gunakan stok daging, begitulah sebalikknya utk ayam.
Gunakan Lada Hitam Biji Yg Di Tumbuk Kasar
Rahsia penting bg mendapatkan sos lada hitam yg sedap, adalah disarankan menggunakan lada hitam biji, kemudian dikisar kasar utk mendapatkan aroma dan rasanya yg lebih kuat. Jika tidak ada blh saja menggunakan serbuk lada hitam, cuma rasa saja yg kurang sedikit. Utk sos ini anda blh masukkan satu sudu mkn lada hitam yg telah dikisar kasar.
Pekatkan Sos Dgn Tepung Jagung:
Untuk memekatkan sos lada hitam, korang perlu campurkan satu sudu teh tepung jagung yg telah dilarutkan dgn sedikit air. Kemudian campurkan larutan itu dlm tumisan sos, kacau rata sehingga pekat, blh tambah lagi tepung jagung kalau kurang pekat.
Tags: #Buat #HITAM #LADA #langkah #Mewah #RESTORAN #Sedap