5 Koleksi Resipi Nasi Goreng Terbaik

Loading...

Balik dr kerja, anda selalu pening tak tahu nak masak apa. Apalagi, masak nasi goreng la jawabnya. Ada pelbagai jenis nasi goreng, dan antara yg popular adalah seperti berikut:

1.NASI GORENG CINA

NASI GORENG CINA


Bahan bahan:
1 mangkuk nasi putih
1 – 2 sudu besar mentega
Minyak masak
Minyak bijan
3 – 4 ulas bawang putih – tumbuk
4 ulas bawang merah – hiris
Isi ayam – potong kecil
Udang secukupnya
1 sudu besar lada sulah – tumbuk
2 biji telur

Bahan Sayuran:
Karot – potong dadu
Cili padi – hiris
Sayur kubis – hiris panjang
Daun bawang – hiris halus

Cara cara:
Masukkan mentega ke dlm nasi dan kacau sehingga bergaul rata.

Panaskan minyak dan minyak bijan, tumis bawang putih, diikuti dgn bawang merah. Kemudian masukkan ayam dan karot. Masukkan sedikit air utk menghentikan bawang dr terus masak.

Masukkan pula udang, cili padi dan lada sulah. Ketepikan semua bahan, tuangkan telur dan kacau rata sehingga telur betul betul masak. Jika nampak kering blh tambah minyak.

Masukkan garam dan gula. Kemudian masukkan nasi yg telah digaul dgn mentega tadi. Kacau rata lagi.

Akhir sekali, masukkan sayur kubis dan daun bawang. Kacau rata dan biarkan sayur agak lembut, tutup api. Sedia utk dihidangkan.

2.NASI GORENG PATTAYA

NASI GORENG PATTAYA


Bahan:
Sepinggan nasi putih sejuk
1 sudu besar minyak masak


1 biji bawang merah besar + 3 ulas bawang putih diblend
1 mangkuk kecil isi ayam
3 sudu besar sayur campur
3 tangkai cili padi diketuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil kicap
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
2 biji telur ayam
Garam & kiub ayam secukup rasa

Cara Membuat:
1.Panaskan minyak. Tumis bawang yg diblend sehingga naik bau.
2.Masukkan isi ayam, kacau sehingga masak.
3.Masukkan sos tiram, garam & gula secukup rasa.
4.Masukkan sayur campur & cili padi, kemudian masukkan nasi.
5.Taburkan serbuk lada hitam & kacau sehingga sebati. Goreng sehingga masak, kemudian angkat.

Proses Membungkus Nasi dgn Telur:
1.Gunakan kuali berasingan dr kuali yg diguna utk menggoreng nasi.
2.Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar butter.
3.Ratakan butter sehingga keseluruh permukaan kuali.
4.Bila butter betul-betul panas, masukkan 2 biji telur yg telah di pukul.letak sedikit garam dan secara berpusingan bermula dr atas sehingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dlm kuali. Proses ini mengambil masa yg amat singkat.
5.Masukkan nasi yg digoreng tadi ke bahagian tengah telur yg masih dlm kuali.
6. Hujung telur dilipat menjadi 4 penjuru. Proses ini sama seperti menbuat murtabak.
7. Ambil pinggan kosong, telungkupkan di atas telur dan terbalikkan kuali dan sambut nasi goreng yg berbungkus nasi secara berhati-hati.

3. NASI GORENG KAMPUNG

NASI GORENG KAMPUNG

Bahan:
4 cawan nasi sejuk, dileraikan
1/2 cekak kangkung, siang dan cuci bersih, toskan
5 tangkai kacang panjang, potong kecil
1 keping dada ayam. hiris kecil, cuci dan toskan
1 biji telur, dipukul sedikit
1 biji bawang besar, hiris

Bahan Tumbuk Halus:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili padi merah Thai
1 camca besar ikan bilis, cuci dan rendam sekejap
Secubit belacan

Cara:
Panaskan minyak dlm kuali, tumis bahan2 tumbuk halus sehingga harum, masukkan isi ayam dan kacau rata. Masak sehingga isi ayam berubah warna. Masukkan kacang panjang dan bawang besar, kacau dan masak sekejap. Tolak ke tepi kuali. Tuang telur, masak sekejap dan kacau sehingga menjadi telur hancur. Gaul rata.
Tambah garam secukup rasa dan masukkan nasi, Gaul rata dan masukkan kangkung. Gaul lagi dan masak sehingga kangkung layu seidikit. Rasa dan jika ok blh sajikan bersama telu mata kerau atau ulam petai.

sumber resepi dr tiffinbiru aka mat gebu


4. NASI GORENG PAPRIK

NASI GORENG PAPRIK


Bahan Nasi Goreng – (3 orang mkn)
3 mangkuk nasi
2 biji bawang merah (hiris)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
2 seduk kecil cili kering blender
1 sudu besar paste tomyam
isi ayam (ikut selera)
sayur kubis (ikut selera)
2 sudu besar minyak masak
garam gula secukup rasa

Bahan Paprik Campur –
Sedikit udang, sotong, hirisan isi ayam
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 helai daun limau purut
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tomato
sayur-sayuran (contoh kubis bunga, carrot, kacang panjang)
garam dan gula secukup rasa
4 biji cili padi (diketuk)

Cara Memasak:

Nasi Goreng –
1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau, kemudian masukan cili blender dan sedikit air biar dia mendidih dan kering skit.
2. Masukkan ayam dan paste tomyam, kalau kering masukan sedikit air, kacau dan biarkan sehingga ayam masak.
3. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga bahan-bahan tadi sedikit kering, barulah dimasukkan nasi.
4. Gaul sehingga sebati, kemudian masukkan kubis dan gaul lagi sehingga sekata. Goreng sehingga masak.

Paprik campur –
1. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau, kemudian masukkan cili giling dan tumis sampai garing.
2. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sedikit air dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan udang, ayam dan sotong. Gaul sehinngga masak jika perlu tambahkan sikit air.
4. Bila semua bahan sudah empuk, blh masukkan cili padi, daun limau purut dan sayur-sayuran.
5. Gaul sehingga masak kemudian blh tutup api. Hindangkan bersama nasi goreng tadi dan telur dadar goreng.

ScreenBShotB2017 05 24BatB12.09.54Bam 11 - 5 Koleksi Resipi Nasi Goreng Terbaik

5.NASI GORENG IKAN MASIN

NASI GORENG IKAN MASIN


Bahan-Bahan:
4 – 5 cawan nasi sejuk, dileraikan
Sebesar 2 ibu jari orang dewasa, isi ikan tenggiri masin, dipotong kecil
1 camca besar sos tiram
2 sudu mkn cili kisar
2 biji telur, dipukul sedikit
2 pokok sawi bok choy, siang berasingan batang dan daunnya, cuci dan toskan
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Hirisan cili merah, utk hiasan
Hirisan daun sup, utk hiasan
Sedikit isi ikan masin tenggiri jeruk yg telah digoreng, hiris kecil, utk hiasan

Cara Memasak:
1.Panaskan 3 camca besar minyak masak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga harum, masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing.
2.Tambah sos tiram dan isi ikan masin tenggiri, kacau rata dan masak sekejap. Guna api sederhana dan kacau selalu.
3.Masukkan batang sawi, masak sekejap dan tolak ke tepi kuali. Masukkan telur, biar telur kental dan kacau sehingga hancur.
4.Gaul rata dan masukkan nasi. Besarkan api dan kacau sehingga rata. Tambah daun sawi, kacau lagi dan masak sekejap. Hidangkan.

Selamat memasak.

Sumber dr pelbagai

Loading...

Tags: #GORENG #Koleksi #Nasi #Resipi #Terbaik

author
Author: 
    Pertimbang bonus sebulan gaji, semak semula SSM – CUEPACS
    GEORGETOWN: Kerajaan diharap mempertimbangkan pemberian bonus sekurang-kurang sebulan gaji kepada penjawat awam dlm
    MATXI Corp Sambut Ulangtahun Ke 2 Penuh Gemilang
    Assalamualaikum Tahniah MATXI Corp atas ulang thn ke 2 pd 21 Sept lps.
    Dijambak Haters dan Ketahuan Botak, Lucinta Luna Ngamuk di Tempat Umum!
    slidegossip.com – Lucinta Luna kembali jadi perbincangan publik. Seperti terlihat dlm video yg
    Lirik Lagu Ilir 7 ‘Entah Apa yg Merasukimu’ Langsung Viral di Media Sosial!
    slidegossip.com – Lagu berjudul ‘Entah Apa yg Merasukimu’ tiba-tiba saja jadi viral di

    Leave a reply "5 Koleksi Resipi Nasi Goreng Terbaik"