5 Kek Hebat Dari Dill Cakes, Gebu & Sedap Berasaskan Buah-Buahan

Untitled design 11 5 1 - 5 Kek Hebat Dari Dill Cakes, Gebu & Sedap Berasaskan Buah-Buahan

Buah-buahan antara ramuan istimewa melazatkan kek anda . Selain buah-buahan citrus dan beri, buah-buah tempatan seperti nenas dan durian juga tidak kurang hebat rasanya.

Pemilik kedai Dill Cakes dr, Apartment Sri Nuang, Taman Bukit Bandaraya Shah Alam Fadzil Md Salleh sudi berkongsi 5 jenis kek buah-buahan yg sungguh enak ini. Cubalah, ya

Untitled design 18 - 5 Kek Hebat Dari Dill Cakes, Gebu & Sedap Berasaskan Buah-Buahan

Pakar Kek Fadzil Mohd Salleh, Pemilik Dill Cakes

1. KEK BUAH PRUN

Untitled design 6 6 2 - 5 Kek Hebat Dari Dill Cakes, Gebu & Sedap Berasaskan Buah-Buahan

BAHAN-BAHAN :

  • 200 gm prun yg dibuang biji | rebus prun hancur dan sejukkan
  • 1 cawan air
  • 1 cawan gula hangus @ karamel
  • 8 biji telur
  • 340 gm gula kastor
  • 340 gm tepung naik sendiri | diayak
  • 1 ½ buku mentega

CARA MEMASAK :
1. Putar mentega dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji sebiji dan putar perlahan sehingga kembang.
3. Masukkan prun yg dihancurkan tadi dan putar lagi.
4. Kemudian masukkan pula gula hangus @ karamel dan kacau rata
5.  Masukkan tepung dan kacau rata.
6. Masukkan di dlm tin pembakar berukuran 25 sm x 25 sm yg telah digriskan dgn mentega dan ditabur dgn sedikit tepung.
7. Panaskan oven dan bakar dlm suhu 160 darjah celcius (api atas bawah). Bakar selama 60 minit atau sampai masak bergantung kpd oven masingmasing.

Saiz hidangan: 1 tin pembakar empat segi (25 sm x 25 sm)
Waktu memasak: 1 jam
Keistimewaan: Rasa buah prun yg hebat

INFO :Kek ini menjadi lebih sedap lagi jika disimpan semalaman dlm peti sejuk. Jika suka hiaskan dgn butter cream dan hirisan buah prun.

2.KEK NANAS TERBALIK

Untitled design 5 1 1 - 5 Kek Hebat Dari Dill Cakes, Gebu & Sedap Berasaskan Buah-Buahan

BAHAN-BAHAN :
  • 8 biji telur
  • 425 gm gula perang
  • 1 ½ buku mentega
  • 1 kg tepung naik sendiri | diayak
  • 1 tin nenas keping | kisar 2 keping nanas dgn air yg dlm tin

Sedikit ceri merah hiasan :

CARA MEMASAK :
1.  Putar mentega dgn gula sampai kembang.
2.  Masukkan tepung dan telur sebiji demi sebiji sampai kembang.
3. Masukkan mentega dan putar dgn kelajuan perlahan sampai rata.
4. Masukkan nanas yg telah dikisar tadi dan kacau rata.
5. Masukkan tepung dan kacau rata. Masukkan tepung beransur.
6. Masukkan dlm loyang bulat yg sudah digriskan dgn mentega dan ditabur sedikit tepung, bersaiz 28 sm
7. Panaskan oven pd suhu 160 darjah celcius, dan bakar selama 30 – 40 minit, sehingga kek masak.

Saiz hidangan: 1 loyang bulat bersaiz 28 sm
Waktu memasak: 40 minit
Keistimewaan: Kek nanas dgn bahan yg ringkas, rasa nanas masam manis

INFO : Kek yg tahan lama dan sedap dimakan ‘plain’ tanpa hiasan krim.

3.KEK KEJU KIWI

Untitled design 4 1 1 - 5 Kek Hebat Dari Dill Cakes, Gebu & Sedap Berasaskan Buah-Buahan

BAHAN-BAHAN :

  • 1 kg krim keju
  • 2/3 tin susu pekat
  • 1 cawan krim putar @ whipping cream
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 5 sudu mkn pai kiwi ‘filling’ (boleh didapati dr kedai kek)

Bahan dasar kerak :

  • 250gm biskut marie | dihancurkan
  • 125gm mentega | dicairkan

Bahan topping @ permukaan :

  • 1 sudu teh serbuk gelatin
  • 30 ml air30ml air
  • 150 gm kiwi pie filling @ inti pai kiwi

CARA MEMASAK :
Dasar kerak :
1. Hancurkan biskut marie, kemudian cairkan mentega. Gaulkan biskut yg telah hancur dgn mentega yg telah dicairkan.
2. Letakkan adunan dlm loyang bulat saiz 25 sm
3. Tekan adunan supaya pdt. Masukkan sebentar dlm peti sejuk agar dasarnya lebih padu.
Krim keju :
4. Keluarkan krim keju 20 – 30 minit sebelum digunakan.
5. Putar krim keju dan susu serta whipping cream sehingga sebati.
6. Masukkan sedikit pai kiwi dan gaulkan.
7. Tuangkan adunan ke dlm berisi biskut tadi.
8. Panaskan oven dan bakar pd suhu 170 darjah celcius selama 2 ½ jam.
9. Keluarkan dan bila sejuk, masukkan dlm peti sejuk selama 3-4 jam supaya kek benar-benar sejuk utk dikeluarkan dr loyang pembakar.
10. Hias atas kek dgn kiwi pie dan hirisan buah kiwi mengikut kreativiti anda

Hiasan permukaan /topping :

10. Campurkan gelatin dgn air dan panaskan sebentar sebentar supaya gelatin tadi larut. Selepas itu masukkan kiwi pai filling, kacau. Sedia utk disapukan atas kek.

Saiz hidangan: 1 loyang pembakar bulat bersaiz 25.4 sm
Waktu memasak: 3 jam
Cara Memasak : Bakar dgn teknik ‘water bath’
Keistimewaan: Kek keju berkrim dgn rasa kiwi asli

INFO :Sedap dimakan sejuk-sejuk dr peti ais. Keluarkan kek dr Loyang pembakar, hanya selepas ia disimpan lebih dr 4 jam dan benar-benar sejuk.

4. KEK BUTTER VANILLA STRAWBERI

Untitled design 1 3 2 - 5 Kek Hebat Dari Dill Cakes, Gebu & Sedap Berasaskan Buah-Buahan

BAHAN-BAHAN:

  • 120 gm gula kastor*
  • 10 gm ovalet*
  • 4 biji telur gred A
  • 130 gm tepung superfine / tepung kek*
  • 1 sudu teh serbuk penaik*
  • 40 ml air
  • 60 gm minyak jagung / mentega cair
  • 1 sudu mkn strawberi emulco

Bahan krim frosting:
* (Putar satu kotak fresh cream dgn mixer. Putar sehingga ia lembut dan kental dan campurkan sedikit jem strawberi)

CARA MEMASAK :
1.  Panaskan oven pd suhu 170 darjah celcius. Siapkan loyang bulat 23 sm, griskan dgn mentega dan alas dgn baking paper.
2.  Satukan semua bahan bertanda * dlm mangkuk sederhana besar.
3.  Menggunakan mesin pengadun, putar sehingga kembang dan gebu.
4.  Masukkan strawberi emulco dan air, putar lagi sehingga sebati.
5.  Masukkan minyak jagung/mentega cair, Gaulkan sehingga sebati.
6. Tuangkan adunan ke dlm loyang pembakar .
7. Panaskan oven pd suhu 170 darjah celcius dan bakar selama 45 min.
8. Selepas kek sejuk blh sapu dgn frosting fresh cream yg telah diputar.
9. Bahagikan kek kepada 3 lapisan dan lapiskan dgn fresh cream di antaranya. Sapukan ‘fresh cream’ di atas dan keliling kek dan indahkan dgn hirisan buah strawberi.

Saiz hidangan : 1 loyang bulat bersaiz 23 sm
Waktu memasak: 45 minit
Keistimewaan : Rasa strawberi dan gebu berkrim

INFO  : Goncang kotak fresh cream sebelum dituang ke dlm mangkuk mixer. Ini kerana ketika ia dinyahbekukan, kemungkinan kandungan krim dan air yg terdapat di dlmnya telah terpisah . Jika terus tuang anda mungkin hanya menuang airnya dan krimnya tertinggal di dlm.

5. KEK MARBLE DURIAN

Untitled design 2 3 - 5 Kek Hebat Dari Dill Cakes, Gebu & Sedap Berasaskan Buah-Buahan

BAHAN-BAHANNYA:

  • 425 gm gula kastor
  • 3 cawan tepung naik sendiri | diayak
  • 8 biji telur
  • 1 1/2 buku mentega | cairkan dlm suhu bilik
  • 1 cawan isi durian

Beberapa titik pewarna ikut suka

Bahan krim frosting:
* (Putar satu kotak fresh cream dgn mixer. Putar sehingga ia lembut dan kental
Campurkan satu cawan durian

CARA MEMASAK :
1. Putar putih telur sehingga kembang. Masukkan pula gula dan putar sehingga kembang dan pekat.
2.  Masukkan pula kuning telur sebiji demi sebiji dan putar perlahan sehingga naik kembang.
3. Masukkan mentega dan putar sehingga rata.
4. Masukkan pula durian dan putar lagi.
5. Kemudian masukkan tepung dan gaul rata.
6. Asingkan adunan ikut warna yg disukai.
7. Tuang selang seli dlm loyang pembakar yg sudah digriskan dgn mentega utk jadikan corak marble.
8. Panaskan oven dan dan bakar dlm suhu 160 darjah celcius 40 minit atau sehingga masak.
9. Apabila kek sejuk, potong menjadi 3 lapisan dan lapiskan dgn fresh cream yg telah dicampurkan durian.
10. Letakkan sedikit isi durian sbg hiasan.

Saiz hidangan : 1 tin pembakar segi empat saiz 17.8 sm x 17.8 sm
Waktu memasak: 45 minit
Keistimewaan : Rasa dan aroma durian yg enak, sedap dimakan ‘plain’ sahaja.

INFO : Pastikan durian segar digunakan utk mengelak rasa masam pd kek. Jika ingin kek tahan lama masak durian dgn sedikit gula sehingga menjadi pes.

TERIMA KASIH : DILL CAKES, APARTMENT SRI NUANG, JLN GUNUNG NUANG
U 11/37, TAMAN BUKIT BANDARAYA, SHAH ALAM. FB / IG:fadzilmdsalleh. https://ift.tt/2MtL5za

Komen anda


Loading...

Tags: #berasaskan #BuahBuahan #Cakes #Dari #Dill #Gebu #Hebat #Sedap

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "5 Kek Hebat Dari Dill Cakes, Gebu & Sedap Berasaskan Buah-Buahan"