5 Kebaikan susu pediasure & kesan sampingan jika tersalah ambil!

Betul ke susu pediasure ni bagus utk tambah berat anak? Ada kesan sampingan ke kalau salah beri?

kebaikan susu pediasure dan kesan sampingannya


Susu pediasure memang dikenali ramai sbg mknan tambahan yg membantu anak kita memperoleh nutrien dan mineral penting utk pembesarannya.

Baca artikel ini sehingga habis & anda dijamin akan

  1. Memahami kebaikan khasiat yg ada di dlm pediasure complete.
    .
  2. Kesan sampingan yg blh berlaku jika mengambil susu ini tanpa pengetahuan.
    .
  3. Cara mengelakkan kesan sampingan dr berlaku.
    .




Faedah PediaSure Utk Kanak-kanak.

Di sini, Ibu berikan beberapa manfaat kesihatan yg bakal diperolehi anak kita dgn pengambilannya.

1. Pertambahan berat badan.

Bagi ibu bapa yg mengalami masalah anak tidak berselera mkn, sudah tentu sangat berharap selepas meminumnya akan berlaku peningkatan berat.

Susu ini dirumus khas utk  membantu kanak-kanak kurus meningkatkan berat badan.

Sebab itu, susu ini sering disyorkan oleh pakar kanak kanak / pediatrician kepada ibu bapa utk anak anak yg cerewet soal mkn minumnya.

Bacaan menarik: Ini sebabnya susu pediasure sangat disyorkan oleh pakar kanak!


2. Membekalkan Lemak.

Bagi orang dewasa macam kita ni, dengar saja perkataan lemak mesti kita kaitkan dgn gemuk.

Tapi, bagi anak anak yg sedang pesat perkembangannya, penting utk kita pastikan mereka mendapat bekalan lemak yg cukup setiap hari.

1 saiz hidangan pediasure comple yg disarankan mengandungi kira kira 9 g lemak yg sebahagiannya adalah lemak tepu.


3. Membekalkan tenaga.

Anak anak yg sedang membesar memerlukan banyak tenaga utk belajar dr persekitarannya.

Tapi, kalau mereka kurang selera mkn macam mana nak bertenaga?

Sebab itu, setiap gelas susu 54 ml membekalkan sebanyak 240 kalori kepada anak kita.

Selain itu, terdapat beberapa pilihan rasa yg enak, seperti vanila dan coklat. Rasanya yg sedap pasti digemari anak anak.


4. Mengandungi Vitamin dan mineral penting.

Kita semua tahu buah, sayur mengandungi vitamin & mineral yg bagus utk kesihatan anak.

Tapi, nak mengajar mereka mkn mknan ini memang mencabar.

Apatah lagi jika anak kita ni memilih mkn. Segelas pediasure mempunyai khasiat yg diperlukan anak kita. Sekurang kurangnya kita usaha beri mereka susu ini setiap hari utk pastikan mereka dapat zat secukupnya.

5. Sumber Protein.

Badan manusia memerlukan protein setiap hari utk membina sel baru & memulihkan kerosakan.

Nutrien ini sangat penting dlm membantu anak kita utk mendapatkan tenaga dan mencapai jisim otot yg diingini.

Setiap hidangan PediaSure mengandungi 7 g protein yg terdiri dr asid amino penting, yg membantu dlm proses pertumbuhannya.

Tamat senarai.


Ok, sekarang ni kita dah maklum kebaikan susu ni.

Tapi, betul ke semuanya bagus saja?

Tak juga.

Sebab, kalau salah gaya blh bawa mudarat juga.

Di bawah ini Ibu kongsikan beberapa keadaan yg blh menyebabkan mudarat kepada anak kita selepas mengambil susu ini.

3 Kesan sampingan pengambilan Pediasure secara salah & cara mengatasinya!

kesan sampingan susu pediasure complete

1. Mengganggu rutin diet anak kita.

Salah satu kerisauan utama kita selepas menggunakan produk ini ialah anak kita semakin kurang mkn mknan lain.



Walaupun pediasure blh membantu membekalkan khasiat kepada anak kita, elakkan ia menjadi sumber utama anak mendapat keperluan nutrisinya.

Cara mengatasi: 

Usaha juga berikan anak kita mknan berkhasiat seperti buah, sayur & ayam.

Jadikan pediasure sbg pelengkap saja.


2. Alahan pd Susu.

Sebelum kita memberi susu ini pd anak, perlu kita pertimbangkan sama ada anak kita ada alahan pd produk tenusu atau tidak.

Ini kerana bahan pediasure ada dr sumber tenusu yg blh menyebabkan anak kita menghadapi masalah pencernaan.

Malah tindak balas alahan seperti ruam kulit, gatal-gatal, loya, blh timbul selepas mengambilnya.

Cara mengatasi:

Dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan produk ini. Selepas itu, cuba dapatkan sampel percuma dan cuba dahulu dlm kuantiti kecil.

Kalau tak ada masalah blh teruskan. Sebaliknya, berhenti segera jika ada tanda tanda alah.


3. Kandungan gula berlebihan.

Walaupun anak kita memerlukan tenaga yg banyak, ini tidak bermakna kita blh berikan mknan & minuman manis tanpa kawalan.

Susu ini mengandungi gula yg blh menyebabkan kanak kanak obes jika diambil secara tidak sihat.

Cara mengatasi:

Bancuh susu ini berdasarkan sukatan yg dicadangkan di belakang tin / kotak. Jangan bancuh susu ini melebihi had yg ditetapkan.


Kesimpulan.

Walaupun susu pediasure ni blh membantu mak ayah yg mempunyai anak kurang selera mkn.

Namun harus diingat, kita perlu gunakan juga dgn cermat & dgn kawalan.

Barulah anak kita dapat manfaat dr wang yg kita belanjakan.

Sekiranya anda pernah menggunakan pediasure complete utk anak anak, dan ingin berkongsi pengalaman. Ruangan komen terbuka luas utk kita manfaatkan.

Dapat jadi rujukan mak ayah lain. Dapat pahala & sebarkan kebaikan.

Semoga sama sama dapat kebaikan. Jumpa lagi.

Assalamualaikum Wrmbth.

Loading...

Tags: #Ambil #Jika #Kebaikan #Kesan #pediasure #Sampingan #Susu #tersalah

author
Author: 
    Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2019
    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yg berkelayakan, berpotensi,
    Lunch di Black Canyon Coffee
    Lunch di Black Canyon Coffee | Kawan-kawan dekat opis ni dah tahu yg
    Slot Akasia: 30 Pesanan Suara
    Salam. Gandingan Hannah Delisa dan Shukri Yahya serta Sharul Ridwan akan datang di
    Game Online Streaming PlayStation Exclusive
    Game Online Streaming Percuma Twitch.com  dan Parsecgaming.com merupakan “Game Online Streaming” permainan menawarkan

    Leave a reply "5 Kebaikan susu pediasure & kesan sampingan jika tersalah ambil!"