5 Kandungan susu Anmum Materna utk ibu hamil & janin dlm rahim!

Ramai ibu hamil ragu ragu nak cuba susu Anmum Materna. Apa khasiat yg ada di dlmnya yg bagus semasa mengandung?

Kandungan susu anmum materna

Bagi setiap wanita yg merancang utk bergelar ibu, haruslah mempersiapkan diri dgn mengubah tabiat pemakanan kepada lebih baik.

Ini kerana, khasiat yg diambil setiap hari sangat memainkan peranan pd kesihatan anak yg dikandungnya.

Selepas membaca artikel ini, anda dijamin akan

  1. Mengetahui khasiat yg terkandung dlm Anmum Materna.

    .

  2. Fungsi penting zat ini utk ibu hamil & anak yg di kandung.

    .

Kita mulakan dgn soalan paling penting.



Apa kandungan susu Anmum Materna & kenapa kita elok amalkan semasa hamil?

Di bawah ini Ibu kongsikan beberapa zat penting yg terkandung di dlm Anmum Materna & manfaatnya.

Bacaan menarik: Apa itu Anmum Materna & mengapa ibu menjadi pilihan ramai ibu mengandung di Malaysia?


1. Kalsium.

Kebanyakan wanita yg dah berusia akan mengalami sakit sakit badan & berisiko mengalami osteoprosis.

Ini disebabkan semasa muda, mereka kurang mengambil berat tentang pengambilan sumber kalsium.

Apatah lagi semasa hamil, mineral ini memainkan peranan dlm pembentukan tulang janin dr mknan yg diambil ibunya.

Kegagalan mencukupkan keperluan kalsium harian dr diet akan menyebabkan janin mengambil kalsium dr tulang & gigi ibunya, lalu menyebabkan kerosakan gigi & kehilangan jisim tulang. 

Ibu mengandung memerlukan kalsium setinggi 1000 mg / hari. 

Di bawah ini Ibu kongsikan manfaat kalsium utk wanita hamil.
  • Memelihara kesihatan tulang ibu.
  • Penting dlm pertumbuhan gigi dan tulang janin.
  • Terlibat dlm pembentukan tisu jantung, otot & sistem saraf.
  • Memainkan peranan dlm mengekalkan denyutan jantung yg sihat pd janin. 
Sebenarnya ada banyak lagi khasiat kalsium, sebab itu kita wajib minum susu setiap hari tau.
khasiat susu anmum materna diperlukan ibu hamil

2. Zat besi.

Selepas kita hamil dan menghadiri temunjanji dgn doktor, mesti doktor akan cek darah kita.


Sekiranya bacaan darah merah dlm badan kita kurang dr tahap normal, mesti doktor & nurse nurse semua bising.

Kenapa agaknya?

Bacaan darah merah ni sangat bergantung kepada zat besi yg kita ambil dlm diet harian.

Kita wajar mengambil mknan & minuman yg kaya mineral ini semasa merancang kehamilan lagi. Maklumlah, ada ibu hamil yg mengalami alahan mengandung yg teruk.

Cukup teruk, sampai terbaring je lesu kerana gangguan hormon. Sampai nak mkn pun tak ada selera.

Paksa mkn keluar semula.

Manfaat zat sangat banyak, antaranya ialah
  • Membantu peredaran oksigen ke seluruh badan.
  • Membuatkan badan kita terasa lebih cergas bermaya.
  • Memainkan peranan dlm pembentukan plasenta.

Apa jadi sekiranya kita Kekurangan zat besi semasa hamil?

Semasa mengandung, kita memerlukan lebih banyak sel darah merah kerana kini bukan saja perlu menjaga keperluan ibu, malah perkembangan janin dlm rahim.

Kekurangan zat besi yg kritikal menyebabkan anemia yg pastinya menjejaskan kesihatan anda & bayi.

3. Folat

Ibu hamil sangat memerlukan khasiat ini utk kesihatan dirinya sendiri & anak yg di kandung.

Antara kepentingan zat ini semasa hamil adalah seperti berikut.
  • Menyokong pertumbuhan otak si manja.
  • Memainkan peranan dlm pembentukan tiub saraf bayi & saraf tunjang.
  • Mengurangkan risiko keguguran.
  • Membantu wanita hamil mengekalkan mood yg baik.
  • Mengurangkan risiko anak yg lahir nanti mengalami kecacatan.
  • Terlibat dlm penghasilan tisu badan.
  • Mengurangkan risiko kerosakan otak bayi.

Saintis telah melakukan banyak kajian tentang cara yg bagus utk ibu hamil memperolehi folat yg mencukupi, dan telah mendapati meminum susu yg kaya kandungan folat mampu meningkatkan tahap folat dlm darah. 

4. Asid Docosahexaenoic (DHA).

Ibu yakin, kita mesti pernah dengar tentang DHA. Terutama sekali kalau kita lihat iklan susu utk kanak kanak.

Apa sebenarnya DHA ni?

Sebatian bernama DHA ni sebenarnya wujud dlm otak manusia. Jadi, kita perlukan bekalan DHA dr mknan yg kita ambil utk kesihatan otak.

Di bawah ini Ibu senaraikan beberapa khasiat DHA yg telah dibuktikan kajian sains moden.
  • Bagi wanita hamil, DHA memainkan peranan dlm pembangunan pesat sel sel otak utk bayi. 
  • Diet yg mengandungi DHA yg cukup blh membantu otak kanak-kanak lebih mudah memahami apa yg dipelajarinya setiap hari. 
  • Malah, selepas bersalin pun kita digalakkan mengambil mknan yg kaya sumber DHA kerana anak kita blh memperolehinya dr susu ibu yg diberikan kepada mereka.


5. Inulin.

Zaman sekarang ni ramai betul mengalami sembelit, lebih teruk lagi kanser usus.

Salah satu puncanya adalah tabiat mkn yg tidak sihat.

Salah satu cara utk mendapatkan usus yg sihat adalah dgn mengamalkan pemakanan yg mengandungi prebiotik.


Wanita hamil sangat kerap mengalami sembelit, ini disebabkan mknan bergerak lebih perlahan di dlm usus kerana perubahan hormon yg berlaku semasa mengandung.

Inulin adalah sejenis prebiotik yg berfungsi utk saluran pencernaan ibu lebih sihat semasa kehamilan. 

Usus yg sihat akan memudahkan penyerapan zat yg telah dihadam. 

Selain itu, inulin juga bermanfaat utk
  • Menghalang sembelit.
  • Mempengaruhi badan kita mengawal metabolisme.
  • Memelihara usus kita dimasuki bakteria jahat.
  • Menambah baik sistem imun badan.

Kesimpulan.

Pemakanan yg seimbang sangat penting semasa hamil, kalau tak selera mkn nanti hb turun. Berat pun tak naik. Bahaya tu.

Terlebih mkn pula blh jadi kencing manis.

Itu memang kita nak elakkan.

Sebab itu, apa yg paling penting ialah keseimbangan. Pengambilan susu semasa hamil dapat membantu memenuhi keperluan nutrisi ini.

Memang banyak jenama dipasaran, sekiranya anda memilih Anmum Materna utk diamalkan sepanjang 9 bulan mengandung, pastikan kita mengetahui cara pengambilan yg tepat.

Elakkan pengambilan yg melebihi sukatan dibenarkan supaya tiada kesan sampingan buruk yg berlaku.

Bacaan menarik: Ini cara ibu bijak mengelak kesan sampingan akibat salah cara minum Anmum Materna!


Sampai kita ke hujung artikel, sekiranya anda mahu berkongsi pengalaman atau pun pendapat. Ibu alu alukan ruangan komen anda setiap masa.

Semoga blh meriahkan perbincangan. Sama sama dapat manfaat.

Hari ini kita tolong kawan kawan lain, pahala mengalir berterusan pd kita utk bekalan akhirat.

Sampai jumpa lagi. Assalamualaikum Wrmbth. Insyaallah.
Loading...

Tags: #Anmum #Hamil #janin #Kandungan #Materna #Rahim #Susu

author
Author: 
    Download Ramadhan Penuh Berkah
    Download ramadan penuh berkah ramadhan, download ramadan penuh berkah energi, download ramadan penuh
    During Ramadan Quotes
    During ramadan, during ramadan muslims, during ramadan muslims fast, during ramadan most muslims,
    Hukum Puasa Syawal Bg Wanita
    Hukum puasa, hukum puasa di hari jumat, hukum puasa nazar, hukum puasa rajab,
    Lagu Lebaran Tiba
    Lagu tiba, lagu tiba tiba kau minta maaf pd ku, lagu tiba saatnya,

    Leave a reply "5 Kandungan susu Anmum Materna utk ibu hamil & janin dlm rahim!"