5 Jenis Serunding Sesuai Utk Lauk Sahur, Blh Juga Buat Bisnes Bulan Puasa Ni.

Loading...

untitled design7 05 29 852287 1 - 5 Jenis Serunding Sesuai Utk Lauk Sahur, Blh Juga Buat Bisnes Bulan Puasa Ni.

5 Jenis Serunding Sesuai Utk Lauk Sahur, Blh Buat Bisnes Bulan Puasa Ni.

Bila dekat dgn bln puasa ramai yg cari serunding utk lauk berbuka, rasa garing dan pedas  memang memancing selera bersahur tak kala mata masih kelat. Kebanyakan dr kita selalunya beli je serunding, tapi harganya blh tahan mahal. Apa kata kali ini kita buat siap-siap beberapa jenis serunding utk simpan bln puasa yg tak sampai sebulan lagi. Atau bboleh je jadikan jual utk tambah pendapatan.

 untitled design1 05 20 694903 - 5 Jenis Serunding Sesuai Utk Lauk Sahur, Blh Juga Buat Bisnes Bulan Puasa Ni.

SERUNDING DAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg daging batang pinang
  • Minyak masak utk menumis
  • 5 senduk cili boh
  • 1 kg santan
  • Gula merah dan garam secukupnya
  • Sepeket kerisik
  • Secawan air asam jawa

Bahan A:

  • ½ kg bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  •  2 cm kunyit hidup
  • 2 cm lengkuas

Bahan B:

  • 2 genggam jintan manis
  • 2 genggam ketumbar

 CARA MEMASAK:

Rebus daging sehingga empuk dan disiat halus.

Kisar semua bahan A.

  • Goreng bahan B tanpa minyak dan kemudian dikisar kasar.
  • Tumis bahan A bersama cili boh sehingga naik minyak.
  • Kemudian masukkan bahan B dan santan. Kacau sebati.
  • Masukkan daging yg telah disiat.
  • Masukkan gula, garam dan kerisik.
  • Masukkan air asam jawa.
  • Masak dgn api perlahan sehingga garing dan angkat.

 untitled design6 05 27 892114 - 5 Jenis Serunding Sesuai Utk Lauk Sahur, Blh Juga Buat Bisnes Bulan Puasa Ni.

SERUNDING AYAM

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg ayam
  • Minyak masak utk menumis
  • 5 senduk cili boh
  • 1 kg santan
  • Gula merah dan garam secukupnya
  • Sepeket kerisik
  • Secawan air asam jawa.

Bahan A

  • ½ kg bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 cm lengkuas

Bahan B

  • 3 genggam jintan manis
  • 3 genggam ketumbar

 CARA MEMASAK:

  1. Rebus isi ayam sehingga empuk dan disiat halus.
  2. Kisar semua bahan A.
  3. Goreng bahan B tanpa minyak dan kemudian dikisar kasar.
  4. Tumis bahan A bersama cili boh sehingga naik minyak.
  5. Kemudian masukkan bahan B dan kacau.
  6. Masukkan santan dan kacau sebati.
  7. Masukkan isi ayam yg telah disiat.
  8. Masukkan gula, garam dan kerisik.
  9. Masukkan air asam jawa.
  10. Masak sehingga garing dan angkat.

untitled design7 05 29 852287 1 - 5 Jenis Serunding Sesuai Utk Lauk Sahur, Blh Juga Buat Bisnes Bulan Puasa Ni.

SERUNDING IKAN

BAHAN-BAHAN

  • 2 kg ikan
  • Minyak masak utk menumis
  • 5 senduk cili boh
  • 1 kg santan
  • Bahan A
  • 1/2 kg ulas bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 cm halia
  • 2 cm lengkuas

Bahan B

  • 3 genggam jintan manis
  • 3 genggam ketumbar

CARA MEMASAK:

  1. Rebus ikan dan asingkan bahagian isi dan tulang.
  2. Kisar semua bahan A.
  3. Goreng bahan B tanpa minyak dan kemudian dikisar kasar.
  4. Tumis bahan A bersama cili boh sehingga naik minyak.
  5. Kemudian masukkan bahan B dan kacau.
  6. Masukkan santan dan kacau sebati.
  7. Masukkan isi ikan yg telah diasingkan tulang.
  8. Masukkan gula, garam dan kerisik.
  9. Masukkan air asam jawa.
  10. Masak dgn api perlahan sehingga garing dan angkat.

untitled design5 05 25 647096 - 5 Jenis Serunding Sesuai Utk Lauk Sahur, Blh Juga Buat Bisnes Bulan Puasa Ni.

SERUNDING IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN:

  • 250 gm ikan bilis putih
  • Minyak masak utk menumis
  • 5 senduk cili boh
  • Gula merah dan garam secukupnya
  • Sebiji kelapa parut
  • Sepeket kerisik
  • Secawan air asam jawa

Bahan A:

  • ½ kg bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 cm halia
  • 2 cm lengkuas

Bahan B:

  • 3 genggam jintan manis
  • 3 genggam ketumbar

CARA MEMASAK:

  1. Rendam ikan bilis putih dan kisar.
  2. Kisar bahan A.
  3. Goreng bahan B tanpa minyak dan kemudian dikisar kasar.
  4. Tumis bahan A bersama cili boh sehingga naik minyak.
  5. Kemudian masukkan bahan B dan kacau sebati.
  6. Masukkan ikan bilis yg telah dikisar kasar.
  7. Masukkan gula merah, garam, kelapa parut dan kerisik.
  8. Masukkan air asam jawa.
  9. Masak dgn api perlahan sehingga garing dan angkat.

baru 05 12 143270 - 5 Jenis Serunding Sesuai Utk Lauk Sahur, Blh Juga Buat Bisnes Bulan Puasa Ni.

SERUNDING UDANG GERAGAU

BAHAN-BAHAN:

  • 250 gm udang geragau
  • Minyak masak utk menumis
  • 5 senduk cili boh
  • Gula merah dan garam secukupnya
  • Sebiji kelapa parut
  • Sepeket kerisik
  • Secawan air asam jawa

Bahan A:

  • ½ kg bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 cm halia
  • 2 cm lengkuas

Bahan B:

  • 3 genggam jintan manis
  • 3 genggam ketumbar

CARA MEMASAK:

  1. Rendam udang geragau dan kisar kasar.
  2. Kisar bahan A.
  3. Goreng bahan B tanpa minyak dan kemudian dikisar kasar.
  4. Tumis bahan A bersama cili boh sehingga naik minyak.
  5. Kemudian masukkan bahan B dan kacau sebati.
  6. Masukkan udang geragau yg telah dikisar kasar.
  7. Masukkan gula merah, garam, kelapa parut dan kerisik.
  8. Masukkan air asam jawa.
  9. Masak dgn api perlahan sehingga garing dan angkat.
Loading...

Tags: #BISNES #Buat #Bulan #JENIS #Juga #Lauk #Puasa #Sahur #Serunding #Sesuai

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.