5 Jenis Biji Kopi Penggemarnya Patut Ambil Tahu. Pilihlah Sesuai Citarasa.

Loading...

Untitled design 30 3 1 - 5 Jenis Biji Kopi Penggemarnya Patut Ambil Tahu. Pilihlah Sesuai Citarasa.

Biji kopi ni nampak sama aje, tapi sebenarnya berbeza rasa. Jika anda tahu dan kenal jenis dan spesis kopi pastinya ia memberi satu persepktif baru terhadap kopi dan menjadikan anda lebih menghargai nikmat kopi.

Perasan tak kadang-kadang kopi tu tidak memberi kenikmatan rasa yg tidak seperti anda harapkan, itu mungkin anda sebenarnya ‘mengidamkan’ kopi spesis yg lain.

Meh, min tunjukkan 5 spesis kopi popular dan profilnya. Jadi bila anda ke pasaraya nanti ,dah tahu jenis kopi yg ingin dibeli dan sesuai dgn citarasa anda.

1. ARABIKA 

Untitled design 20 6 - 5 Jenis Biji Kopi Penggemarnya Patut Ambil Tahu. Pilihlah Sesuai Citarasa.

Foto : teavillage.com

Jenis biji kopi ini menguasai lebih 60 peratus keluaran kopi dunia. Pohon arabica ini rendng dan tidak melebihi enam meter tinggi dan mudah dituai. Kopi jenis ini biasanya berasal dr Brasil atau Etopia.Biji kopi Arabika adalah paling asidik berbanding jenis lain dan ia biasanya dipanggang tidak terlalu gelap atau terlalu ‘terang’ warna biji kopinya.

Untitled design 22 6 - 5 Jenis Biji Kopi Penggemarnya Patut Ambil Tahu. Pilihlah Sesuai Citarasa.

Foto : dankoff.com.my

Biji kopi arabika juga memiliki bentuk yg lebih ‘membujur’/oval dibandingkan biji kopi jenis robusta. Arabika sangat digemari ramai, kandungan kafeinnya juga lebih rendah berbanding jenis lain, tetapi harus diakui rasa dan aromanya lebih nikmat. Sudah pastilah ia lebih mahal drpada robusta. Arabika adalah kopi yg paling mendapat ‘recommendation’ dan penilaian terbaik drpada pengkaji kopi.

2.ROBUSTA

Untitled design 23 - 5 Jenis Biji Kopi Penggemarnya Patut Ambil Tahu. Pilihlah Sesuai Citarasa.

Foto : ecplaza.net

Kopi robusta dpt tumbuh di tempat-tempat yg tidak sesuai utk penanaman kopi arabika namun lokasi yg paling baik adalah pd ketinggian tanah 400-800 meter dr aras laut dan saiz pokoknya lebih besar. Kopi robusta menjangkaui hampir 30% pasaran kopi dunia.

Hampir sama rupa dgn kopi Arabika, tapi ukuran biji kopinya lebih berbentuk membulat, memiliki kadar kafein yg lebih tinggi dan aroma kurang harum. Ia kurang asidik dan lebih ‘terangkat’ dibancuh dgn gula dan susu. Kandungan kafeinnya lebih tinggi menjadikan kopi robusta pilihan terbaik utk campuran espreso dan kopi o ais ‘americano’.

3. LIBERIKA

Untitled design 24 3 - 5 Jenis Biji Kopi Penggemarnya Patut Ambil Tahu. Pilihlah Sesuai Citarasa.

Foto :misteransel.com

Jika anda memilih kopi jenis ini, bererti anda telah memilih jenis kopi yg berasal dr Afrika, tepatnya dr Liberia, Afrika Barat. Tumbuhan kopi jenis ini dpt tumbuh sehingga 9 meter tingginya

Di Asia Tenggara liberika diperkenalkan hasil pengeluarannya oleh Amerika Syarikat di Filipina. Hingga Filipina menjadi pembekal kopi liberika terbesar , byk negara di dunia masih menggunakan campuran kopi Filipina dan liberika.

Rasanya seakan rasa bunga, buah-buahan dan aroma salai. Menambahkan 10 peratus drpada kopi liberika ke dlm sebarang campuran kopi akan menyebabkan rasanya menjadi lebih sedap dan baik lagi.

4. KOPI LUWAK

Untitled design 21 6 - 5 Jenis Biji Kopi Penggemarnya Patut Ambil Tahu. Pilihlah Sesuai Citarasa.

Foto :bali-divine-island.blogspot.com

Sebelum anda memilih kopi ini, ketahuilah bahwa kopi luwak berasal dr biji kopi arabika atau robusta yg dimakan oleh haiwan luwak atau sejenis spesis musang.

Musang ini akan menelan buah kopi yg sudah berwarna merah lalu memprosesnya dgn enzim yg berada di dlm perutnya. Tahap berikutnya adalah biji dr buah kopi itu akan keluar bersama najisnya.

Untitled design 27 3 2 - 5 Jenis Biji Kopi Penggemarnya Patut Ambil Tahu. Pilihlah Sesuai Citarasa.

Foto : grubstreet.com

Mengapa kopi ini menjadi istimewa sehingga kerap menjadi kegemaran saat memilih kopi? Ini kerana musang ini sebenarnya hanya mencari buah kopi yg sudah 90% matang.Ia menggunakan daya baunya yg tajam dan selalu mencarinya di malam hari. Blh dikatakan kopi diambil oleh musang ini mempunyai nilai kematangan tertinggi yg berpengaruh pd ketika kopi dihidangkan. Kopi ini adalah yg paling mahal di dunia.

5. EXCELSA

Untitled design 25 5 - 5 Jenis Biji Kopi Penggemarnya Patut Ambil Tahu. Pilihlah Sesuai Citarasa.

Foto :amazon.com

Pengeluaran kopi excelsa adalah sejumlah 7 peratus dr pengeluaran kopi dunia. Ia biasanya tumbuh di Asia Tenggara. Meminumnya menyebabkan deria rasa pd lidah terasa melekat lama dgn rasa buah-buahan tapi dgn rasa kopi hitam.

Rasanya memang unik dan rasa yg amat menarik deria rasa. Tetapi biasanya penggemar kopi akan memasukkan dlm campuran jenis kopi lain.
Jadi mana satu yg lebih menarik citarasa anda. Cubalah variasi kopi yg ada ni. Mana tau mungkin anda akan lebih tertarik dgn jenis kopi yg lain pula.

Loading...

Tags: #Ambil #Biji #Citarasa #JENIS #KOPI #Patut #Penggemarnya #Pilihlah #Sesuai #Tahu

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.