5 Idea Lauk Berbuka Terengganu, Restoran Gamelan

untitled design 39 18 52 632840 1 - 5 Idea Lauk Berbuka Terengganu, Restoran Gamelan

Buat warga Selangor dan Kuala Lumpur kini terdapat pilihan utk menikmati sajian asli Terengganu di Restoran Gamelan,  Oasis Square, Ara Damansara, Petaling Jaya. Di antara tarikan mknan di sini Nasi Minyak Terengganu, Laksa Merah, Gulai Daging dan bermacam lagi sajian asli Terengganu

Sesuai dgn namanya Gamelan alat muzik istana, pemiliknya Tengku Norziehan Tengku Muda mempelajari sendiri sajian mknan dr bekas Chef Istana Terengganu. Memang sedaplah lauk pauk di sini, apakata anda cuba sendiri.

1. NASI MINYAK TERENGGANU

5393 18 26 763615 - 5 Idea Lauk Berbuka Terengganu, Restoran Gamelan

BAHAN-BAHAN:

  • 4 cawan beras basmati (rendam setengah jam terlebh dahulu dgn air )
  • 4 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 2 sudu mkn susu pekat manis
  • 1 biji limau nipis/perah airnya
  • 1 biji bawang besar/dimayang bulat
  • 2 helai daun pandan
  • 1 kulit kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • ¾ cengkih
  • 4 biji pelaga
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu mkn minyak sapi
  • 4 sudu mkn minyak biasa
  • Beberapa titik pewarna merah
  • Beberapa titik pewarna kuning

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak biasa dan minyak sapi dlm periuk.
2. Masukkan rempah tumis empat sekawan, bawang besar dan daun pandan (simpulkan).
3. Bila naik bau, masukkan air, susu cair, susu pekat,garam dan air limau nipis.
4. Setelah mendidih masukkan beras.
5. Bila hampir kering, renjiskan beberapa titik pewarna merah dan kuning
6. Kacau rata dan biarkan nasi masak,

INFO CHEF : Jika anda ingin memasukkan sedikit mentega atau marjerin, kurangkan kuantiti minyak masak atau tanpa minyak masak
Saiz hidangan : 13 orang
Keistimewaan : Nasi minyak beraroma ini sungguh lazat dimakan dgn lauk gulai Terengganu, lauk masak merah mahupun dalca.

2. GULAI DAGING NASI MINYAK

5396 18 30 412391 - 5 Idea Lauk Berbuka Terengganu, Restoran Gamelan

BAHAN-BAHAN :

  • 1 kg daging/dipotong kiub
  • 4 sudu mkn rempah kurma (rempah gulai nasi minyak Terengganu)
  • 3 biji bawang besar/dikisar
  • 5 sm halia/ dikisar
  • 1labu bawang putih
  • 1 tin susu cair
  • 2 tin air biasa (bekas tin susu cair)
  • 3 sudu mkn sos tomato
  • 4 biji kentang/ dibelah empat
  • ½ kg bawang merah/ dihiris dan goreng sehingga garing (simpan minyak goreng bawang 1 senduk utk masak kuah)
  • 3 helai daun pandan
  • 1 senduk minyak bawang goring
  • 2 sudu mkn minyak sapi
  • 2 sudu mkn cili boh
  • 3 sm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang

CARA MEMASAK :
1. Campurkan dan gaulkan daging dgn bahan kisar, rempah kurma, rempah,cili boh, bawang goreng (diramas-ramas) dan semua bahan tadi masukkan ke dlm periuk.
2. Panaskan minyak bawang goreng dan minyak sapi bersama daun pandan dlm periuk. Masukkan rempah penumis kayu manis, bunga cengkih ,pelaga, bunga lawang sehingga naik bau.
3. Masukkan daging bersama bahan kisar, rempah kurma, rempah,cili boh, bawang goreng(diramas-ramas) ke dlm periuk.
4. Masak sehingga mendidih, dan sentiasa kacau sehingga masak.
5. Bila daging empuk, blh dikecilkan api dan reneh seketika.
6. Gulai sedia dihidangkan.,

INFO CHEF : Gulai daging Terengganu menggunakan bawang goreng menyebabkan ia beraroma harum dan lebih perisa.
Saiz hidangan : 13 orang
Keistimewaan : Gulai daging Terengganu dimasak tanpa santan, jadi ia tidak muak

3. SINGGANG IKAN TONGKOL

5390 18 22 528945 - 5 Idea Lauk Berbuka Terengganu, Restoran Gamelan

BAHAN-BAHAN :

  • 3 ketul isi ikan tongkol yg sederhana besar
  • 2 biji bawang merah /dimayang halus
  • 4 ulas bawang putih /dimayang halus
  • 2 sm lengkuas /dimayang halus /dimayang halus
  • 2 sm kunyit hidup /dimayang halus
  • 1 ½ sudu teh garam
  • 2 keping asam keeping
  • 5 biji cili siam
  • 4 gelas air (220 ml) air utk rebus ikan
  • Sedikit gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Masukkan isi ikan tongkol ke dlm periuk bersama dgn 4 gelas air utk merebus ikan.
2. Masukkan bahan-bahan yg dimayang tadi.
3. Masukkan asam keping kemudian biarkan ia mendidih selama 10 minit.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Apabila dah masak masukkan pula cili siam hijau tadi.
6. Masak dlm 5 minit dan matikan api.
7. Singgang ikan tongkol siap dihidang.

INFO CHEF : Resipi ini mudah disediakan, tak perlu ditumis dan blh dimasukkan semua bahan sekali kecuali cili letak paling akhir.
Saiz hidangan : 13 orang
Keistimewaan : Rasanya segar dan masam serta pedas pasti membangkit selera

4. ROJAK BETIK

5391 18 24 059452 - 5 Idea Lauk Berbuka Terengganu, Restoran Gamelan
BAHAN-BAHAN :

BAHAN ROJAK :

  • ½ biji betik muda /diparut (saiz sederhana)
  • ½ biji nenas /dihiris nipis
  • 1 biji timun /dihiris nipis
  • Taugeh (opsional)

BAHAN KUAH:

  • 6 ekor ikan kembung atau ikan selayang/direbus dan dikisar
  • 750 ml air
  • 3 sudu mkn cuka
  • 2 ketul gula melaka
  • 5 ½ sudu mkn cili boh
  • 5 sudu mkn gula
  • 2.5 sm belacan
  • 6 biji cili padi
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
Cara sediakan bahan rojak:
1. Parut betik dan rendam di dlm bekas berisi air.
2. Hancurkan kapur mkn dgn sedikit air. Tapiskan dan masukkan dlm rendaman betik.
3. Rendam 15 minit, bilas dan toskan.
4. Hiris nipis timun dan nenas. Blh meletakkan taugeh jika suka.
Cara masak kuah:
1. Masukkan ikan yg telah ditumbuk lumat isinya ke dlm periuk.
2. Kemudian ambil periuk lain dan masukkan kesemua bahan dan masak sehingga mendidih.
3. Cedukkan 2 atau 3 senduk kuah tu ke dlm isi ikan yg ditumbuk dan gaul sebati. Kemudian barulah tuang isi ikan ke dlm periuk kuah dan biarkan mendidih.
4. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Tuangkan kuah ke atas bahan rojak . Rojak betik sedia dinikmati.

INFO CHEF : Jangan tuangkan isi ikan terus ke dlm kuah utk mengelakkan ikan berketul.
Jenis masakan : Laksa
Keistimewaan : Rojak betik ini sedap dimakan dgn keropok dan kuah rojak yg sejuk.

5. AYAM PERCIK

5394 18 27 869154 - 5 Idea Lauk Berbuka Terengganu, Restoran Gamelan

BAHAN-BAHAN :

  • 4 ketul isi ayam (digoreng/direbus)
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sm halia
  • Sedikit garam

*Semua bahan ditumbuk lumat dan gaul dan lumurkan pd ayam. Perap dahulu sebelum ayam digoreng atau direbus (separuh masak)

BAHAN KUAH

  • 1 sudu mkn halba
  • 3 ulas bawang merah/ dikisar
  • 1 batang serai/ dihiris halus dan dikisar
  • 2 ulas bawang putih /dikisar
  • 1.5 sm halia/dikisar
  • 3 sudu mkn cili boh
  • 1 ½ sudu gula
  • 3 cawan santan
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Nyalakan api dan masukkan santan dlm kuali.
2. Masukkan semua bahan-bahan yg dikisar tadi ke dlm santan. Masukkan garam, gula secukup rasa.
3. Masukkan ayam kemudian biarkan ia mendidih sehingga kuahnya pekat.
4. Biarkan ia pekat dan kemudian taburkan halba ke atas ayam percik tadi.
5. Ayam percik siap dihidang

INFO CHEF : Ayam juga blh dipanggang.
Saiz hidangan : 6 orang
Keistimewaan : Rasa rempah ratus menyebabkan percik ayam berperisa.

RESEPI : Tg Norziehan Tg Muda, Muhammad Syamil Othman, Muhammad Syaqir Othman
Terima kasih : RESTORAN GAMELAN, Blok B-G-05, Blok No 2, Jalan PJU 1A-7A, Oasis Square, Ara Damansara,47301 Petaling Jaya, Selangor


Loading...

Tags: #Berbuka #Gamelan #Idea #Lauk #RESTORAN #Terengganu

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Comments are closed.