5 Gaya Masak Sambal, Inspirasi Sambal Utk Menu Ramadan Ni.

Loading...

Untitled design 42 3 - 5 Gaya Masak Sambal, Inspirasi Sambal Utk Menu Ramadan Ni.

Sajian sambal tradisional Melayu kini bukan sekadar hidangan di kampung lagi. Tengok aje hidangan sambal makin lumrah didapati dlm menu bufet dan sajian ala carte di hotel bertaraf 5 bintang dan juga di restoran ‘fine dining.’

Ni min kongsikan 5 variasi sambal berasaskan ikan talang, jering, sotong, udang dan ikan siakap. Himpunan resipi ni adalah menu sambal terhangat dr beberapa hotel di Kuala Lumpur dan Shah Alam yg mendapat permintaan tinggi dr pelanggan dlm dan luarnegara pun tau.

Boleh jadi inspirasi utk sahur dan berbuka nanti

1. JERING BERLADO IKAN TALANG MASIN

Untitled design 38 3 - 5 Gaya Masak Sambal, Inspirasi Sambal Utk Menu Ramadan Ni.

BAHAN-BAHAN :

  • 10 biji jering /dibuang kulit dan belah dua
  • 100 gm ikan masin talang /digoreng terlebih dahulu

Bahan dikisar:

  • 10 biji cili merah
  • 10 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji jus lemon
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dlm kuali. Tumiskan bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak..
2. Masukkan jering dan ikan talang masin yg telah digoreng tadi.
3. Gaul sebati dan masukkan sedikit garam dan gula dan masukkan jus lemon yg telah diperah.
4. Sedia utk dihidang.

Saiz hidangan : 3- 4 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Sambal
Keistimewaan : Jangan dikisar terlalu halus, seeeloknya cili ditumbuk kasar sahaja

INFO CHEF :Pilih jering yg tua kerana rasanya lebih enak. Jering dipercayai mempunyai khasiat kesihatan dan nilai perubatan.

2. SAMBAL TUMBUK BUNGA KANTAN

Untitled design 39 3 - 5 Gaya Masak Sambal, Inspirasi Sambal Utk Menu Ramadan Ni.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 kuntum bunga kantan
  • 3 biji bawang kecil
  • 1 ulas bawang putih
  • 30 gm ikan bilis (Jika suka digoreng dahulu)
  • 10 biji cili padi
  • 1 biji jus limau nipis
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Satukan semua bahan di atas dan tumbuk menggunakan lesung batu sehingga lumat.


2. Simpan di dlm peti sejuk

Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 5 minit
Cara memasak : Dihidang mentah
Jenis masakan : Sambal
Keistimewaan : Sambal ini tidak ditumis dan dihidang mentah

INFO CHEF : Sedap dimakan bersama nasi putih sahaja. Jika buat lebih bakinya blh dijadikan rencah nasi goreng bunga kantan.

3. SAMBAL SOTONG PETAI

Untitled design 41 2 - 5 Gaya Masak Sambal, Inspirasi Sambal Utk Menu Ramadan Ni.

BAHAN-BAHAN :

  • 800 gm (2 ekor sotong saiz besar) /dihiris kecil
  • 5 ulas bawang merah
  • 1/2 biji bawang besar /dikisar
  • 3 ulas bawang putih/dikisar
  • 15 biji cili kering/rebus dan dikisar
  • 200 gm petai /dibuang kulit dan belah
  • 1 asam keping
  • Gula secukupnya
  • Garam secukupnya

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang yg dikisar bersama cili kisar sehingga ia benar-benar garing.
2. Masukkan petai dan gula secukupnya, kacau seketika sebelum dimasukkan sotong.
3. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan asam. Sesuaikan ikut rasa kepekatan yg anda suka.
4. Sambal sotong siap utk hidangan.

Saiz hidangan : 8 orang
Masa memasak :25 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Lauk sampingan, sambal
Keistimewaan : Petai akan rasa lebih enak jika digoreng sedikit dahulu.

INFO CHEF :Tidak perlu memasukkan air kerana sotong mengeluarkan air yg byk.

4. SIAKAP BAKAR SAMBAL OLAHAN BARU

Untitled design 31 2 - 5 Gaya Masak Sambal, Inspirasi Sambal Utk Menu Ramadan Ni.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor ikan siakap saiz sederhana

Bahan sambal ikan bakar :

  • 220 gm biji cili merah /buang biji dan potong kecil
  • 2 sm belacan bakar
  • 150 gm bawang kecil
  • Garam secukupnya
  • 2 sudu teh sos ikan
  • 2 1/2 sudu teh gula /atau secukupnya
  • 3 biji limau kasturi/ perah jusnya
  • 2 batang serai /dihiris halus
  • 1 sudu mkn serbuk kunyit
  • 4 sudu mkn minyak masak

Pencicah sambal belacan dan bawang :

  • 5 biji cili merah
  • 2 biji cili padi
  • 1.5 sm belacan
  • 2 biji bawang kecil/dihiris nipis
  • Gula secukupnya
  • Garam secukupnya
  • 1/2 cawan air asam jawa

CARA MEMASAK :
1. Sambal ikan bakar : Sediakan sambal dgn mengisar cili, bawang, belacan dan serai dlm pemproses mknan.
2. Pastikan ia halus dan bahan-bahan dikisar rata.
3. Panaskan minyak dlm kuali dan tumis pes sambal tadi sehingga naik bau dan pecah minyak.
4. Pastikan cili benar benar masak dan garing.
5. Perisakan dgn garam, gula dan sos ikan. Ketepikan.
7. Cara masak sambal belacan bawang : Rendamkan biji asam jawa dlm air utk 15 minit dan ambil jusnya.
8.Di dlm pemproses mknan kisarkan cili merah, cili padi, belacan bakar.
9.Tambahkan jus asam jawa, gula, garam dan hirisan bawang. Kisar rata dan ketepikan.
10.Memanggang ikan :Bentangkan daun pisang dan griskan permukaannya dgn minyak masak.
11.Letakkan ikan di atas daun pisang dan sapu rata-rata 2-3 sudu mkn sambal adi atasnya.
12.Letakkan ikan di atas gril (rak atas dgn kepanasan ‘indirect) dan tutup gril. Tunggu dua belas minit dan balikkan ikan. Tambahkan 2-3 sudu mkn sambal di belah ini.
13.Masak lagi 5 minit dan alihkan ikan ke rak bawah dgn kepanasan langsung ‘direct heat’ utk 2 minit.
14.Keluarkan dan hidangkan bersama sambal belacan dan bawang.

Saiz hidangan : 7-8 orang
Masa memasak : 25 minit
Cara memasak : Tumis dan gril/panggang
Jenis masakan : Sambal, hidangan sampingan
Keistimewaan : Ikan bakar sambal yg pedas makin sedap dimakan bersama pencicahnya

INFO CHEF : Sambal ikan bakar ini blh sahaja dibuat lebih sbg stok utk disimpan dlm peti sejuk. Apabila teringin nak mkn ikan atau mknan laut bakar, sambalnya sudah tersedia.

5. SAMBAL UDANG BERSAMA TERUNG PIPIT

Untitled design 36 3 - 5 Gaya Masak Sambal, Inspirasi Sambal Utk Menu Ramadan Ni.

BAHAN-BAHAN :

  • 250gm udang saiz sederhana
  • 1 mangkuk kecil terung pipit
  • 5 sudu mkn cili kering/yang telah dikisar
  • 5 biji bawang kecil/ ditumbuk lumat
  • 3 ulas bawang putih/ditumbuk lumat
  • 2 sudu mkn asam jawa /diperah bersama setengah cawan air
  • 1 biji bawang besar/dihiris nipis
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan udang digoreng seketika. Angkat cepat bila udang berubah warna. Blh gunakan minyak goreng udang tadi utk menumis bahan tetapi pastikan panas semula minyak itu sehingga hilang air udang.
2. Goreng terung pipit sebentar.
3.Tumiskan cili kisar sehingga garing dan kemudian masukkan bawang kecil dan bawang putih sehingga garing .Biarkan sampai terbit minyak.
4. Masukkan air asam garam, jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mereneh sekejap
5. Masukkan bawang besar yg dihiris nipis dan biarkan sehingga bawang besar layu.
6. Masukkan udang dan dibalik-balikan sebentar.
7. Angkat dan sedia utk dimakan.

Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Terung pipit menambah keenakan sambal udang.

INFO CHEF : Biarkan udang meresap dlm sambal dan keluar air manisnya, baru ditutupkan api.

Loading...

Tags: #Gaya #Inspirasi #Masak #MENU #Ramadan #Sambal

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.