5 Ganguan Syaitan Semasa Solat Yg Anda Perlu Tahu!

5 Ganguan Syaitan Semasa Solat - 5 Ganguan Syaitan Semasa Solat Yg Anda Perlu Tahu!

1. Was- Was Semasa Takbiratul Ihram.

Saat mulai membaca takbiratul ihram “Allahu Akbar” , ia ragu apakah takbir yg dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. Sehingga ada yg mengulanginya lagi dgn membaca takbir. Peristiwa itu terus menerus terulang, terkadang sampai imamnya hampir rukuk. Ibnul Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yg byk menggangu mereka adalah was-was dlm ber-suci (berwuduk) dan niat atau semasa takbiratul ihram dlm solat”.

2. Tidak Khusyuk Ketika Membaca Bacaan Dlm Solat

Sahabat Rasulullah SAW Iaitu Uthman bin Abil Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dlm solatku dan membuat bacaanku salah”. Rasulullah SAW menjawab, “Itulah syaitan yg disebut dgn Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu drku”. (HR. Muslim)

3. Lupa Jumlah Rakaat Yg Telah Di kerjakan

Abu Hurairah r.a berkata,“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, “Jika salahseorang dr kalian solat, syaitan akan datang kepadanya utk menggodanya sampai ia tidak tahu be-rapa rakaat yg ia telah lakukan. Apabila salah seorang dr kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) semasa masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam”. (HR Bukhari dan Muslim)

4. Hadirnya Fikiran yg Mengganggu

Abu Hurairah r.a berkata,“Rasulullah SAW bersabda, “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari sambil terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muazin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamah dikumandangkan ia berlari. Apabila telah selesai iqamah, dia kem-bali lagi. Ia akan selalu bersama orang yg solat seraya berkata kepadan-ya, ingatlah apa yg tadinya tidak kamu ingat! Sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia solat”. (HR Bukhari)

5. Tergesa-Gesa Utk Menyelesaikan Solat

Ibnul Qayyim berkata, “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datangnya dr syaitan, karena tergesa-gesa adalah sifat gegabah, yg menghalangi seseorang utk hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pd tempatnya.”
Tentu saja bila solat dlm keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya asal blh. Asal blh mengerjakan, asal selesai dan asal jadi. Tidak ada ketenangan atau tukmaninah. Pd zaman Rasulullah SAW ada orang solat dgn tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya utk mengulanginya lagi karena solat yg telah ia kerjakan belum sah.

Rasulullah SAW bersabda kepadanya,“Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dr Al-Qur‟an yg mudah bgmu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk, lalu bangkitlah dr rukuk sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujud-lah sampai kamu benar-benar sujud dan lakukanlah hal itu dlm setiap rakaat solatmu”. (HR Bukhari dan Muslim)

The post 5 Ganguan Syaitan Semasa Solat Yg Anda Perlu Tahu! appeared first on Islam Itu Indah.

Loading...

Tags: #anda #Ganguan #Perlu #Semasa #Solat #Syaitan #Tahu

author
Author: 
    Muat Turun Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran – RBT
    Penyediaan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran merupakan nilai tambah dlm memastikan sistem pengurusan
    Muat Turun Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran – Pendidikan Moral
    Penyediaan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran merupakan nilai tambah dlm memastikan sistem pengurusan
    Muat Turun Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran – PJPK
    Penyediaan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran merupakan nilai tambah dlm memastikan sistem pengurusan
    Muat Turun Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran – SEJARAH
    Penyediaan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran merupakan nilai tambah dlm memastikan sistem pengurusan

    Comments are closed.