5 Fantasi vs Realiti Guru Di Hujung Minggu

Fantasi 1 - 5 Fantasi vs Realiti Guru Di Hujung Minggu

Tahniah rakan-rakan guru sekalian! Anda berjaya juga ‘survive’ di sekolah sehingga Hari Jumaat. Tiba masa utk rehatkan minda dan fizikal drpada minggu yg sangat meletihkan.

Hurmmm…apa perancangan hari minggu guru-guru sebenarnya ya? Jom kita tengok…

1. Menanda kerja murid yg diberikan sepanjang hari persekolahan

SASARAN: Setelah dpt merehatkan diri dgn tidur yg agak panjang, anda telah menyediakan diri utk menyemak buku dan lembaran kerja murid yg mana telah diberikan sepanjang minggu persekolahan. Yg mana dok menyemak karangan, dgn berhati-hati markah diberikan agar tidak tertinggal isi penting yg telah ditulis. Kemudian markah diberikan seadil-adilnya dgn hasil kerja tersebut.

REALITI: Ya, segala lembaran kerja dan buku semua diangkut pulang. Seraga, dua beg dimasukan dlm bonet kereta sejak pulang dr petang Jumaat lagi. Satu beg berjaya dikeluarkan, selebihnya masih lagi di dlm kereta. Itu pun beg berada di hujung meja di depan sofa atas coffee table utk dua hari yg akan datang. Masuk bilik, sambil berdoa keajaiban berlaku kot-kot semua kerja tersebut telah siap bertanda pd malam Ahad.

via GIPHY
p/s: KEAJAIBAN TIDAK PERNAH BERLAKU…

2. Pergi bersenam di gimnasium

SASARAN: Anda sedar bersenam itu satu keperluan utk sentiasa sihat dan tingkatkan tenaga yg telah hilang sepanjang minggu persekolahan. Ini juga akan menjadikan seorang guru yg produktif. Jadi perancangan dibuat dgn teliti agar hujung minggu ini anda akan dpt membuat sedikit kardio dan senaman utk kurangkan berat badan sekurang-kurangnya dpt meningkatkan keyakinan diri anda sendiri.

REALITI:

Anda masih lagi berbaring di katil, cuba meyakinkan diri utk bangun dan aktif bersenam. Dan tiba-tiba anda tersedar di sekolah anda sudah pun terkejar-kejar masuk kelas, kejar murid nak lompat pagar sekolah, naik tangga turun tangga utk pdp, dan pelbagai lagi aktiviti fizikal selama 5 hari. Jadi anda merasakan ianya satu senaman yg bagus selama 5 hari dan terus tarik selimut utk menyambung tidur dihujung minggu yg indah…

via GIPHY
3. Berjumpa dan bersosial dgn rakan-rakan Jumaat malam.

SASARAN: Seminggu perancangan dibuat utk lakukan aktiviti sosial pd Jumaat malam dgn rakan-rakan. Nak tengok wayang lah, nak main futsal lah. Siap suruh kawan tempat tiket awal!

REALITI: Setelah sampai di rumah petang Jumaat, terus melompat masuk bilik air, mandi dan bersihkan diri. Keluar dr bilik air, dgn masih bertuala, baring kejap atas katil, ingat nak pejamkan mata seminit dua, 6 jam kemudian baru terbangun, dgn 12 missed calls dan 30 mesej Whatsapp bertanyakan di mana anda berada.

via GIPHY
4. Mendapatkan tidur yg lebih di hujung minggu

SASARAN: Jam sengaja tidak dikunci, kalau berbunyi pun dgn tenangnya di ‘snooze’ kan. Sengaja dibiarkan sehingga matahari terbit. Anda merancang utk bangun dgn segara selepas 10 jam punya tidur. Minda dan tubuh terasa ringan dan segar.

REALITI: Anda memang tidak mengunci jam. Tetapi ada terlupa jam loceng biologi dlm diri anda. Dgn sendirinya terjaga. Adakalanya terjaga dlm keadaan kelam kabut nak ke sekolah dan lima saat kemudian baru tersedar ianya hujung minggu.

via GIPHY
5. Bersantai dan bermalas-malasan di hujung minggu

SASARAN: Cuba melupakan keserabutan 5 hari bekerja dgn bermalas-malasan di rumah. Harapan hujung minggu ini adalah utk lepak di sofa, kaki atas coffee table, pasang tv, movie maraton.

REALITI: Tiba-tiba terfikir tentang apa nak dimakan tengahari ni, hurmm..tak blh nak relax juga, kena masak dulu utk anak-anak, tengok lantai, melekit-lekit, ish..nak kena mop dulu ni, baju tak basuh lagi, nak kena ke dobi ni. Setelah buat semua chores yg disenaraikan, adalah tinggal 10 minit lagi utk petang Sabtu/Ahad melabuhkan tirainya dan esok kena ke sekolah semula!

via GIPHY
6. Mendobi

SASARAN: Oleh kerana mendobi menjadi satu bebanan yg paling malas utk difikirkan oleh setiap manusia dlm dunia ini, maka anda letakkan ia sbg keutamaan pd hari minggu ini. Perancangan awal dgn mengasingkan baju berwarna dan putih utk dimasukkan di dlm mesin basuh. Tudung dibasuh berasingan dgn basuhan tangan. Dan pd penghujung harinya, semuanya baju selesai dibasuh, dilipat dan dimasukkan di dlm almari.

REALITI: Bermula dgn memasukkan baju di dlm mesin basuh dan anda terus terlupa sehingga penghujung hari. Sehinggalah anda tercium bau yg tidak menyenangkan drpada mesin basuh tersebut. Ah…mesin dah lama berhenti, tapi terlupa pula nak sidai baju. Maka mesin tersebut diputarkan sekali lagi dan penghujung harinya tak sempat juga nak melipat segala baju yg dibasuh sebentar tadi…

via GIPHY
7. Lesson Planning

SASARAN: Anda keluarkan buku RPH, buku rujukan guru dan bersedia utk menulis perancangan yg teliti utk pembelajaran pd hari Isnin. Semua ditulis dgn teliti mengikut DSKP yg telah ditetapkan malah ada idea baru yg selari dgn PAK 21 utk anda laksanakan di dlm kelas kelak.

REALITI: Anda terlupa bawa pulang RPH, dan buku panduan guru. Anda pun tak ingat apa yg telah diajar minggu lps dan buat keputusan utk datang awal hari Isnin ke sekolah dan cuba melaksanakan apa yg terdaya atau mengulang semula pdp yg sama pd hari Jumaat sbg ulangkaji bersama murid.

via GIPHY

Apa yg paling leceh antara semua perkara yg kami senaraikan adalah apabila hari minggu anda dipenuhi dgn aktiviti sekolah seperti PLC, LADAP, mesyuarat, Hari Sukan Sekolah, Merentas Desa, program-program peringkat daerah dan negeri dan kenduri kahwin!

Maka hilanglah satu hari utk hujung minggu anda…hikhikhik!

Loading...

Tags: #Fantasi #Guru #hujung #Minggu #Realiti..

author
Author: 
    Drama Curi-Curi Cinta Episod 13
    Drama Curi-Curi Cinta Episod 13 : Cik akak pernah baca novel ini. Memang kisah
    Ramadan Mubarak Sayings
    Ramadan sayings, ramadan sayings and quotes english, ramadan sayings with image, ramadan sayings
    Greeting Card Lebaran Day Bahasa Inggris
    Greeting card clearance, greeting card brands, greeting card brand list, greeting card brand
    Ramadan 2019 Jumma Mubarak Images
    Ramadan 2019 june 5, ramadan 2019, ramadan 2019 calendar, ramadan 2019 dates, ramadan

    Leave a reply "5 Fantasi vs Realiti Guru Di Hujung Minggu"