5 Cara Masak Mknan Gerai Jepun Popular. Gerenti ‘Laris’ Lah…

Untitled design 29 4 1 - 5 Cara Masak Mknan Gerai Jepun Popular. Gerenti ‘Laris’ Lah…

Makanan Jepun adalah antara sajian popular dunia. Bahan mknan rendah lemak dan tidak menjadi pemangkin kepada obesiti. Pemakanan yg sihat blh menjadikan tubuh sihat juga.

Hari ni Min nak kongsi resipi dr Chef Qayyum Irwanzi , chef muda yg kreatif dan gigih. Chef ni pernah bertugas di restoran Korea Selatan. Tapi cukup berbakat dgn sajian Jepun juga. Jom semak resipinya…

1. YAKITORI (ALA SATE AYAM)

Untitled design 34 2 - 5 Cara Masak Mknan Gerai Jepun Popular. Gerenti ‘Laris’ Lah…

BAHAN-BAHAN :

  • 2 kepingan isi tanpa tulang | dipotong dadu
  • Sedikit daun bawang | dipotong 2.5 sm
  • 2 ulas bawang putih |dicicang halus
  • 2 sudu mkn kicap
  • ½ sudu mkn cuka
  • ½ sudu teh tepung jagung
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Biji bijan utk hiasan

CARA MEMASAK:
1. Gaulkan isi ayam, daun bawang, kicap, cuka, bawang putih, tepung jagung, garam dan gula
secukup rasa. Biarkan ayam diperap seketika.
2. Cucukkan isi ayam ke lidi diselang selikan bersama daun bawang. Blh juga menggunakan
cili dan cili benggala.
3. Grill ayam di atas api yg sederhana besar sehingga masak sepenuhnya setiap sisi.
4. Taburkan bijan ke atas ayam yg siap dimasak.

Saiz Hidangan : 2 Orang
Waktu Memasak : 30 minit
Cara Memasak : Gril/panggang
Jenis Masakan : Ala sate, cucuk ayam Jepun
Keistimewaan : Mudah dibuat dgn bahan masakan yg ringkas

Info Chef : Antara street food Jepun paling popular. Resepi yg sama blh juga digunakan utk daging lembu.

2. MOCHI (KUIH BEBOLA PULUT )

Untitled design 30 3 - 5 Cara Masak Mknan Gerai Jepun Popular. Gerenti ‘Laris’ Lah…

BAHAN-BAHAN :

  • 200gm tepung pulut
  • 4 sudu besar gula castor
  • Sedikit tepung katakuriko | utk menyalut mochi
  • Beberapa titik pewarna mknan

Bahan inti :

  • 200 gm buah kundur (rock melon)
  • 100 gm gula
  • 250 ml air

CARA MEMASAK :
1. Campurkan tepung pulut bersama gula, garam dan sedikit pewarna mknan, gaul sebati.
2. Kukus adunan mocha lebih kurang 15 minit di dlm bekas pengukus.
3. Taburkan tepung katakuriko di atas dulang dan golekkan mocha yg telah dikukus.
4. Bahagikan tepung mochi kepada beberapa bahagian bebola kecil.
5. Masukkan inti mengikut perisa citarasa anda dibahagian tengah mochi.
Cara masak inti :
1 . Potong dadu (kecil) buah kundur.
2. Rebus dgn air sehingga lembut dan hampir hancur.
3. Kemudian masukkn gula sehingga larut, kacau sehingga sebati.

Saiz Hidangan : 10 biji
Waktu Memasak : 45 minit
Cara Memasak : Kukus
Jenis Masakan : Manisan Jepun
Keistimewaan : Rasa kenyal dan manis

Info Chef : Anda juga blh menggunakan buah-buahan segar sbg inti mochi.

3. SENBEI (KEROPOK BERAS PANGGANG)

Untitled design 29 3 - 5 Cara Masak Mknan Gerai Jepun Popular. Gerenti ‘Laris’ Lah…

BAHAN-BAHAN :

  • 120 gm tepung beras
  • 40 gm nasi putih
  • ¼ sudu teh garam
  • 2 sudu mkn minyak sayuran
  • 4 sudu mkn air

CARA MEMASAK :
1. Masukkan tepung besar, nasi putih, garam dan minyak ke dlm pemproses mknan. Kisar
sehingga halus.
2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga campuran basah dan berketul.
3. Uli adunan sehingga sebati.
4. Bahagikan adunanan kepada beberapa bahagian. Bulatkannya dan ratakan sehingga nipis.
5. Letakkan kertas pembakar di atas dulang pembakar. Kemudian letakkan adunan yg telah di nipiskan.
6. Bakar lebih kurang 6-8minit. Kemudian terbalikkannya dan bakar sekali lagi 6-8minit.
7. Pastikan biskut tersebut tidak hangus dan sebelum dihidangkan biskut beras hendaklah sejuk sepenuhnya.

Saiz Hidangan : 4 Orang
Waktu Memasak : 45 minit
Cara Memasak : Bakar
Jenis Masakan : Keropok
Keistimewaan : Kudapan rangup dimakan

Info Chef : Blh dicampur rumpai laut kering dan bijan jika suka.

4. OKONOMIYAKI (JAPANESE PANCAKE)

Untitled design 31 3 2 - 5 Cara Masak Mknan Gerai Jepun Popular. Gerenti ‘Laris’ Lah…

BAHAN-BAHAN :

  • 150 gm tepung gandum
  • 150gm keladi jepun | diparut
  • 10 gm dashi * sejenis stok masakan Jepun
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 200 ml air
  • 250 gm kobis | dihiris halus
  • 50 ml mayonis

CARA MEMASAK :
1. Campurkan tepung gandum, garam, dashi dan serbuk penaik.
2. Masukkan air, telur serta keladi jepun. Kacau hinggga sebati.
3. Panaskan kuali bersama minyak masak.
4. Tuangkan adunan ke atas kuali yg sudah panas dan ratakan ke sekeliling kuali.
5. Kemudian terbalikkan adunan dan biarkan ia masak sehingga kuning keemasan.
6. Hiaskan okonomiyaki dgn mayonis di atasnya.
7. Anda juga blh menggunakan hirisan bonita (sejenis ikan) sbg hiasan

Saiz Hidangan : 4 orang
Waktu Memasak : 1jam 15minit
Cara Memasak : Bakar
Jenis Masakan : Sajian Jepun
Keistimewaan : Lempeng Jepun yg enak dan lembut berperisa

Info Chef : Dashi ada dijual pasaraya utama,bahagian rak produk runcit antarabangsa. Di antara lain ramuannya adalah rumpai laut, kepingan halus tuna, sardin atau ikan bilis dan cendawan shiitake .Dashi adalah bahan asas dlm kebanyakan masakan Jepun.

5. EBIYAKISOBA (SHRIMP FRIED NOODLE)

Untitled design 32 2 1 - 5 Cara Masak Mknan Gerai Jepun Popular. Gerenti ‘Laris’ Lah…

BAHAN-BAHAN :

  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 biji bawang besar | dihiris
  • 1 biji lobak merah | diparut
  • 2 helai daun kobis | diracik halus
  • ¼ cili benggala hijau
  • 500 gm udang
  • 1 ikat daun bawang | dihiris kasar
  • ½ sudu teh bijan
  • 1 sudu teh kicap
  • 1 paket mi soba yg sudah direbus

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak. Tumis bawang sehingga naik bau.
2. Masukkan bawang merah,lobak merah, kobis, cili benggala dan udang. Biarkan ia masak seketika.
3. Masukkan mi bersama kicap dan goreng seketika.
4. Akhirnya taburkan daun bawang dan bijan.

Saiz Hidangan :4 orang
Waktu Memasak : 30 minit
Cara Memasak : Tumis
Jenis Masakan : Sajian Mi Jepun

Info Chef: Mi soba adalah mi yg halus helaiannya yg dibuat dr ‘buckwheat’ iaitu dr jenis gandum kuda atau gandum hitam.

Komen anda


Loading...

Tags: #Cara #Gerai #Gerenti #Jepun #Lah… #Laris #Masak #Mknan #Popular

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "5 Cara Masak Mknan Gerai Jepun Popular. Gerenti ‘Laris’ Lah…"