5 Cara Masak Kambing Dari Tiga Benua. Hebatnya Mknan Sunnah Ni.

Untitled design 9 5 1 - 5 Cara Masak Kambing Dari Tiga Benua. Hebatnya Mknan Sunnah Ni.

Daging kambing sering dimomokkan kononnya ia amat memudaratkan. Pdhal daging kambing adalah amalan pemakanan sunnah yg digemari oleh bgnda Rasulullah s.a.w.

Menurut kajian oleh Persatuan Jantung Amerika, daging kambing baik utk mereka yg mempunyai masalah berkaitan jantung kerana daging ini mempunyai tinggi kualiti proteinnya dgn nisbah kandungan lemak yg sihat.

Daging kambing lebih mudah dihadam kerana struktur molekul daging kambing yg berbeza. Daging kambing juga mengandungi zat besi dan kandungan potasium yg rendah kandungan mineral.

Ni min kongsikan aneka menu kambing dr Timur Tengah, Fusion Barat dan India. Dari tiga benua, jom cuba esok…

1. BETIS KAMBING BUKHARY

Untitled design 1 14 - 5 Cara Masak Kambing Dari Tiga Benua. Hebatnya Mknan Sunnah Ni.

BAHAN-BAHAN :

  • 4 ketul betis daging kambing (shank, bahagian kaki bawah lutut /betis)
  • 4 sudu mkn rempah bukhary
  • 3 sudu mkn puri tomato
  • 1.5 liter air stok rebusan daging
  • 2 biji bawang besar /dikisar
  • 10 ulas bawang putih/ diketuk
  • 5 sm halia
  • 2 batang kayu manis
  • 50 gm daun ketumbar /dihiris halus
  • 5 biji bunga cengkih
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 biji bunga lawang
  • 5 biji cili hijau /dipotong 2.5 sm
  • 2 biji tomato dipotong empat
  • 2 sudu mkn minyak masak
  • 2 sudu mkn minyak sapi
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit pewarna saffron

CARA MEMASAK :
1. Rebus daging sehingga 30 minit
2. Angkat dan keluarkan daging, ketepikan.
3. Panaskan oven pd suhu 250 celcius selama 10 minit.
4. Panaskan minyak masak dan masukkan sekali minyak sapi.
5. Tumis bawang besar dan bawang putih dan masukkan cili hijau berserta rempah ratus empat sekawan.
6. Masukkan pula rempah bukhari dan puri tomato, kacau dan tumis sehingga pecah minyak.
7. Masukkan hirisan daun ketumbar dan tomato
8. Masukkan air rebusan kambing
9. Masukkan garam dan pindahkan kesemua bahan di dlm dulang pembakar dan tutup dgn kertas aluminium
10. Bakar di dlm oven selama 1 setengah jam pd suhu 250 celcius. Keluarkan dan ia siap dihidang.

Saiz hidangan : 4 – 6 orang
Waktu memasak : 1 jam 40 minit
Cara memasak : Rebus, tumis dan bakar
Jenis hidangan : Lauk utama Arab
Keistimewaan : Sedap dimakan bersama nasi bukhari atau roti Naan/roti Arab

INFO CHEF : Semasa membersihkan daging buangkan tisu liat agar ia mudah empuk.

2. DAGING KAMBING MASAK LADA HIJAU

Untitled design 6 16 - 5 Cara Masak Kambing Dari Tiga Benua. Hebatnya Mknan Sunnah Ni.

BAHAN -BAHAN :

  • 1 kg daging kambing /direbus terlebih dahulu

Bahan dikisar :

  • 200 gm cili hijau /dikisar
  • 50 gm cili padi /dikisar
  • 2 sm kunyit hidup /dikisar
  • 100 gm lengkuas /dikisar
  • 3 biji bawang besar /dikisar
  • 5 ulas bawang putih/dikisar
  • 2 batang serai /dikisar
  • 5 helai daun limau purut/dihiris halus
  • 100 gm daun ketumbar/dihiris halus
  • 3 batang kulit kayu manis
  • 2 keping asam keping
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya utk menumis

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak di dlm kuali dan tumiskan bahan yg dikisar.
2. Masukkan kulit kayu manis, dan tumis kesemua bahan sehingga naik bau.
3. Masukkan daging kambing yg telah direbus, dan balik-balikkan sehingga sebati.
4. Kemudian masukkan daun limau purut dan daun ketumbar.
5 .Tambahkan garam secukup rasa bersama asam keping
6. Masak lagi selama 5 minit.
7. Sedia utk dihidang

Saiz hidangan : 10 orang
Masa memasak : 45 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Sambal
Keistimewaan : Daging kambing masak lada hijau ini juga disebut sbg sambal hijau daging kambing

INFO CHEF: Gabungan lada hijau dan cili padi hijau menjadikan kuahnya berwarna hijau menyelerakan dgn aroma dan rasa rempah kulit kayu manis.

3. SUP KAMBING MALABARI

Untitled design 21 - 5 Cara Masak Kambing Dari Tiga Benua. Hebatnya Mknan Sunnah Ni.

BAHAN-BAHAN :

  • 800 gm daging kambing dipotong kiub (bertulang)
  • 50 ml minyak sapi

Bahan sup A:

  • 6 ulas bawang putih /dicincang
  • 2 sm gm halia /dihiris nipis
  • 5 gm kulit kayu manis
  • 5 gm biji pelaga
  • 5 gm daun kari
  • 2 gm ketumbar biji
  • 2 gm habatus sauda
  • 2 gm biji poppy
  • 1 biji limau/dipotong baji
  • 5 gm serbuk lada hitam
  • 4 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • 25 gm daun ketumbar/dihiris
  • 120 gm bawang goreng
  • 35 gm tomato / dipotong baji

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak sapi di dlm periuk dan masukkan bahan-bahan sup (A). Tumiskan selama 2 minit sehingga naik bau..
2. Masukkan 4 cawan air dan biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan daging kambing dan masak sehingga daging empuk. Renehkan dan masukkan tomato..
4. Kemudian tabur bawang goreng dan daun ketumbar dan blh dihidangkan. Perahkan jus limau di atasnya.

Saiz hidangan : 8- 9 orang
Masa memasak :30-40 minit
Cara memasak :Didih dan reneh
Jenis masakan : Sup India
Keistimewaan : Sedap dihidangkan bersama nasi dan roti

INFO CHEF : Sup kambing Malabari ini adalah resipi sup istimewa dr India. Sup yg kaya dgn rempah ratus.

4. GULAI KAWAH BETIS KAMBING

Untitled design 2 11 - 5 Cara Masak Kambing Dari Tiga Benua. Hebatnya Mknan Sunnah Ni.

BAHAN-BAHAN :

  • 4 kg betis kambing/direbus dgn air selama 1 jam
  • 300 gm bawang besar /dikisar
  • 5 sm halia /dikisar
  • 7 ulas bawang putih /dikisar
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 10 gm bunga cengkih
  • 2 sudu mkn serbuk cili
  • 2 sudu mkn serbuk jintan manis
  • 1 sudu mkn serbuk jintan putih

  • 200 gm rempah kari daging
  • 2 keping asam keping
  • 1/2 biji santan kelapa
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Rebus kambing dgn kadar menutupi daging, apabila masak keluarkan dagingnya.
2. Pijarkan minyak dan tumis bahan kisar bersama rempah 4 sekawan.
3. Masukkan serbuk kari, jintan dan ketumbar,tumis sehingga pecah minyak dan masukkan air rebusan daging
4. Kemudian masukkan kambing dan didihkan
5. Masukkan asam keping, dan perisakan dgn garam .Masukkan santan dan reneh selama 20 minit
6. Biarkan daging empuk
7. Gulai kawah siap dihidang

Saiz hidangan : 7- 8 orang
Waktu memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis dan renih
Jenis hidangan : Lauk utama fusion
Keistimewaan : Lauk ini bertambah lazat apabila sudah semalaman

INFO CHEF : Sedap dimakan bersama roti dan nasi. Anda blh menggunakan rempah gulai yg siap dijual, didalamnya tersedia segala campuran rempah ratus.

5. MOUSAKKA KAMBING

Untitled design 3 12 - 5 Cara Masak Kambing Dari Tiga Benua. Hebatnya Mknan Sunnah Ni.

BAHAN-BAHAN :

Bahan A (inti) :

  • 800 gm daging kambing cincang
  • 250 gm puri tomato
  • 1 sudu mkn serbuk jintan manis
  • 1 sudu mkn serbuk jintan putih
  • 1 sudu mkn serbuk ketumbar
  • 300 gm bawang besar /dihiris
  • 7 ulas bawang putih /dihiris
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji terung panjang / potong bulat menjadi beberapa keping

Bahan B:

  • 1 liter susu segar
  • 250 gm mentega
  • 250 gm tepung gandum
  • 250 gm keju mozarella

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga wangi dan kemudian masukkan puri tomato.
2. Tumis selama 7 minit dan masukkan semua rempah setelah tumisan sebati dan wangi.
3. Kemudian masukkan daging cincang, perlahankan api dan biarkan sejuk.
4. Ambil kuali lain panaskan mentega sehingga cair dan kemudian masukkan tepung gaul sehingga kelihatan seperti doh dan masukkan susu.
5. Kacau sehingga pekat dgn suhu 60-70 celcius, tutup api. (becahamel sos siap)
6. Sediakan dulang pembakar, susun terung sehingga menutupi bahagian dulang
7. Kemudian masukkan inti daging cincang tadi dan diikuti bancuhan susu
8. Ulangi sebanyak 2 lapisan dan taburkan keju di atas lapisan tadi
9. Bakar dlm ketuhar selama 25 minit, dgn suhu 160 darjah celcius. Siap dihidang.

Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan bakar
Jenis hidangan : Mediterranean
Keistimewaan : Inti daging dilapisi bechamel dan terung ciri utama moussaka

INFO CHEF : Moussaka dipercayai berasal dr Greece tetapi cukup terkenal di negara Arab dan Mediterranean.

Loading...

Tags: #Benua #Cara #Dari #Hebatnya #KAMBING #Masak #Mknan #Sunnah #Tiga

author
Author: 
    Idea Hebat Pencuci Mulut Lemak Manis Santan Kelapa
    Menu pencuci mulut berasaskan santan kali ni memang gerenti sedap. Dahlah ringkas bahannya,
    Kek Buah Versi Bakar Dan Berpati Oren, Resipi Ni Mudah Dibuat.
    Kek buah memang paling legend dlm koleksi kek raya. Memang evergreen lah, langsung
    2 Biskut Badam Paling Enak & Rangup, Biskut Raya Betul-betul ‘Yummy’..
    Kacang badam atau ‘almond’ adalah kacang yg kaya dgn pelbagai nutrisi dan khasiat
    5 Hidangan Berbuka 4 Nasi + 1 Mi Terbaik Dari Azian Hasan
    Nak kelainan dlm hidangan berbuka, ni dia 4 aneka nasi istimewa dan mi

    Comments are closed.