5 Aneka Sajian Cina Terbaik Sempena Meriahkan Thn Baru Cina

Untitled design 8 2 1 - 5 Aneka Sajian Cina Terbaik Sempena Meriahkan Thn Baru Cina

Esok dah pun Thn Baru Cina, korang semua pun mesti tumpang suka sebab dpt cuti jugak. Sajian Cina memang terkenal di dunia kulinari antarabangsa.

Ni ada 5 aneka resipi terbaik dr Hotel Grand BlueWave, Shah Alam Selangor.
Boleh lah dicuba cuti-cuti, ni ambik mood mkn sajian Cina, kalau mkn kat luar ni agak mahal juga.

1. AYAM GORENG BERSAMA KIUB JERUK HALIA DAN SOS MADU

Untitled design 6 2 - 5 Aneka Sajian Cina Terbaik Sempena Meriahkan Thn Baru Cina

BAHAN-BAHAN

  • ½ ekor ayam | bersihkan, potong kecil
  • Air secukupnya | utk rebus
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN UNTUK KIUB JERUK HALIA MADU:

  • 200gm halia muda
  • 75gm cuka putih
  • 100gm gula
  • 30gm madu

BAHAN UNTUK PERAP:

  • 1 biji telur
  • 50gm tepung jagung
  • Sedikit serbuk ayam
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit garam

CARA-MEMASAK
1. Utk membuat kiub jeruk halia madu; potong halia menjadi kiub kecil. Jerang air dan bila panas, masukkan halia dan rebus seketika. Angkat dan tapis. Ketepikan.
2. Masak gula bersama cuka sehingga mendidih dan masukkan madu.
3. Masukkan pula potongan halia tadi dan masak seketika. Sejukkan dahulu sebelum disimpan di dlm peti sejuk selama dua hari. Keluarkan ketika hendak masak.
4. Utk memasak hidangan ini; ayam dipotong kecil dan perap dgn serbuk ayam, sos tiram, telur, tepung jagung dan sedikit garam. Gaul sebati. Ketepikan.
5. Panaskan minyak di dlm kuali, goreng ayam yg telah diperap sehingga masak sepenuhnya. Angkat, tos dan ketepikan.
6. Tinggalkan sedikit minyak di dlm kuali, panaskan dan masukkan kiub jeruk halia madu, goreng seketika dan masukkan ayam goreng tadi. Gaul sekata.
7. Angkat dan sedia dinikmati.

Info chef: Sedia dinikmati bersama nasi putih.

Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan : Cina
Keistimewaan : Rasa masam dan manis
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Rebus, tumis dan goreng

2. DAGING RUSA GORENG HALIA DAN DAUN BAWANG

Untitled design 2 6 - 5 Aneka Sajian Cina Terbaik Sempena Meriahkan Thn Baru Cina

BAHAN-BAHAN:

  • 600gm daging rusa
  • 150gm daun bawang | hiris
  • 50gm hirisan halia
  • 30gm bawang putih | cincang
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN PERAP:

  • 1 biji telur | ambil bahagian putih sahaja
  • Sedikit serbuk ayam
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit garam

BAHAN B

  • 20gm serbuk ayam
  • 10gm kicap
  • 10gm sos tiram
  • 5gm gula
  • 10gm kicap pekat

CARA MEMASAK:
1. Hiris daging rusa, bersihkan. Kemudian satukan bersama putih telur, serbuk ayam, sos tiram dan garam secukup rasa. Gaul sekata. Perap seketika. Ketepikan.
2. Panaskan minyak di dlm kuali, goreng hirisan halia sehingga terbit harum. Masukkan bawang putih dan kacau sebati.
3. Masukkan hirisan daging rusa bersama bahan B. Gaul sebati selama seminit. Masukkan daun bawang.
4. Angkat dan sedia utk dinikmati.

Info chef: Jika mahu lebih pedas, masukkan lebih cili padi.

Saiz hidangan: 2-3 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan : Cina
Keistimewaan : Aroma halia tambah kesedapan masakan
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis dan goreng

3. UDANG HARIMAU GORENG BERSAMA KUNING TELUR DAN PLANTA

Untitled design 13 - 5 Aneka Sajian Cina Terbaik Sempena Meriahkan Thn Baru Cina

BAHAN-BAHAN:

  • 600gm udang | bersihkan
  • 5gm daun kari
  • 2 biji cili padi | cincang
  • 2 biji kuning telur masin
  • 150gm planta
  • 10gm serbuk ayam
  • 5gm gula
  • 50gm susu cair
  • Minyak masak secukupnya
  • Air utk mengukus secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Kukus telur masin selama 15 minit. Sejukkan. Kemudian ambil kuningnya sahaja dan cincang.
2. Panaskan minyak di dlm kuali dan goreng udang harimau sehingga masak. Ketepikan.
3. Panaskan planta dan masukkan kuning telur masin yg dicincang. Diikuti cincangan cili padi dan goreng sekata.
4. Masukkan udang harimau yg siap digoreng dan kacau bersama susu cair selama seminit.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.

Info chef: Api perlu betul-betul besar.

Saiz hidangan: 2-4 orang
Waktu memasak: 45 minit
Jenis hidangan : Cina
Keistimewaan : Lemak, masin dan manis yg seimbang
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis dan goreng

4. SUP ‘LOTUS ROOT’ BERSAMA AYAM DAN KURMA MERAH

Untitled design 4 6 - 5 Aneka Sajian Cina Terbaik Sempena Meriahkan Thn Baru Cina

BAHAN-BAHAN:

  • ½ ekor ayam | potong kecil dan bersihkan

  • 600gm lotus root
  • 20 biji kurma merah
  • 10 keping tiram kering
  • 1.5 liter air masak

CARA MEMASAK:
1. Potong lotus root secara membulat dan nipis, kira-kira 1cm.
2. Masukkan kesemua bahan tadi ke dlm air masak dan stim selama 4 jam./
3. Selepas 4 jam, tambahkan garam dan stim semula kira-kira 30 minit.
4. Angkat dan sedia dinikmati.

Info chef: Jika ingin lebih pedas, blh tambah sedikit cili giling ketika menumis.

Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 5 jam
Jenis hidangan : Cina
Keistimewaan : Rasa lotus root yg unik
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak Kukus

5. HONG KONG CHOY SAM GORENG BERSAMA AYAM KISAR DAN CENDAWAN

Untitled design 3 6 - 5 Aneka Sajian Cina Terbaik Sempena Meriahkan Thn Baru Cina

BAHAN-BAHAN:

  • 700gm Hong Kong Choy Sam
  • 200gm isi ayam | kisar
  • 50gm cendawan | hiris
  • 50gm bawang putih | cincang
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh kicap pekat
  • 1 sudu teh kicap manis
  • Sedikit serbuk ayam
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dlm kuali dan goreng Hong Kong Choy Sam bersama separuh drpada bawang putih sehingga terbit bau harum.
2. Masukkan serbuk ayam, garam dan gula secukup rasa. Gaul sekata. Angkat dan letakkan di dlm pinggan.
3. Tumis baki bawang putih dan masukkan ayam dan cendawan. Tambah sos tiram, kicap pekat, kicap manis dan serbuk ayam. Gaul sekata sehingga masak.
4. Tuang sos di atas sayur tadi. Sedia dinikmati.

Info chef: Warna sayuran masih hijau dan cantik kerana dimasak dgn api yg besar dan sekejap sahaja.

Saiz hidangan: 2-3 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan : Cina
Keistimewaan : Ada rasa manis, masin dan lemak
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Rebus dan goreng

Komen anda

Loading...

Tags: #Aneka #Baru #Cina #Meriahkan #Sajian #sempena #Terbaik

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "5 Aneka Sajian Cina Terbaik Sempena Meriahkan Thn Baru Cina"