5 Aneka Roti Bijirin Enak dan Gebu. Mampu Ceriakan Waktu Sarapanmu

Untitled design 37 7 1 - 5 Aneka Roti Bijirin Enak dan Gebu. Mampu Ceriakan Waktu Sarapanmu

Roti enak gebu dan lembut, keluar panas-panas dr oven , huh, tak blh ceritalah nikmatnya.

Yang penting cara ulinya kena betul dan gunakan bahan bermutu. Jom cuba aneka resipi roti buku (loaf) yg enak ni.

1.HEAVY WHOLEMEAL LOAF

Untitled design 50 10 - 5 Aneka Roti Bijirin Enak dan Gebu. Mampu Ceriakan Waktu Sarapanmu

BAHAN-BAHAN DOH:

  • 500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
  • 100gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
  • 20gm Tepung susu lemak penuh
  • 8gm Garam halus
  • 50gm Lemak Sayuran tanpa hydrogenasi
  • 11gm Yis kering
  • 5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
  • 450gm Air sejuk
  • 120gm Serat gandum kasar
  • 20gm Brown Malt Flour – pilihan utk warna perang pd roti

CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan ke dlm mesin penguli roti.
2. Uli sehingga doh menjadi blh diregang. Sesuaikan jumlah air utk menentukan doh yg sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza beza.
3. Kemudian keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm setiap satu.
4. Bulatkan doh dan rehatkan sebentar ( 5 minit). Doh perlu direhatkan supaya kulit pd permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah.
5. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bg mendapatkan bentuk yg bujur dan gulung drpada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak utk mengelak doh melekat pd kayu penorak.
6. Kelim doh dgn cermat dan kemas supaya proses pengembangan dan pembakaran akan serata dan tidak merekah kerana bahagian yg di kelim tidak kemas.
7. Letakkan doh di dlm acuan loaf yg sudah disembur dgn pan coating / shortening.
8. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
9. Keluarkan doh yg sudah kembang.
10. Bakar pd suhu 180 C selama 30 minit atau apabila ia berwarna perang keemasan.

INFO CHEF : Doh itu blh diregangkan dan menghasilkan lapisan yg nipis kerana gluten yg terdapat di dlm tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan.

Saiz Hidangan : 4 biji doh
Waktu Memasak: 3 jam
Jenis Hidangan : Roti
Keistimewaan : Roti yg menyihatkan
Cara Memasak : Bakar
Anggaran harga: RM20-RM30

2. 7 GRAINS LOAF

Untitled design 37 6 - 5 Aneka Roti Bijirin Enak dan Gebu. Mampu Ceriakan Waktu Sarapanmu

BAHAN-BAHAN DOH:

  • 500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
  • 70gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
  • 30gm Tepung susu lemak penuh
  • 8gm Garam halus
  • 50gm Lemak Sayuran tanpa hydrogenasi
  • 11gm Yis kering
  • 5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
  • 450gm Air sejuk
  • 50gm Serat Gandum kasar
  • 150gm – Bijian Campuran – 7 jenis
  • 20gm Brown Malt Flour – pilihan utk warna perang pd roti

CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan ke dlm mesin penguli roti.
2. Uli sehingga doh menjadi extensible dan meregang. Doh blh diregangkan dan menghasilkan lapisan yg nipis kerana gluten yg terdapat di dlm tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan.
3. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. Sesuaikan jumlah air utk menentukan doh yg sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza.
4. Bulatkan doh dan rehatkan sebentar, sekitar lima minit.
5. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bg mendapatkan bentuk yg bujur dan gulung drpada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak utk mengelak doh melekat pd kayu penorak.
6. Setelah itu, kelim doh dgn kemas supaya proses pengembangan dan pembakaran akan serata dan tidak merekah.
7. Letakkan doh yg telah siap dikelim ke dlm acuan loaf yg sudah disemburkan dgn pan coating / shortening.
8. Kemudian kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
9. Keluarkan doh yg sudah kembang. Bakar pd suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.
Info chef: Doh direhatkan supaya kulit pd permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah.

Saiz Hidangan : 4 biji doh
Waktu Memasak: 3 jam
Jenis Hidangan : Roti
Keistimewaan : Mengandungi tujuh jenis bijirin
Cara Memasak : Bakar
Anggaran harga: RM20-RM30

3. GREEN TEA LATTE LOAF

Untitled design 49 13 - 5 Aneka Roti Bijirin Enak dan Gebu. Mampu Ceriakan Waktu Sarapanmu

BAHAN-BAHAN DOH:

  • 500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
  • 100gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
  • 8gm Garam halus
  • 50gm Lemak sayuran tanpa hydrogenasi
  • 11gm Yis kering
  • 5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
  • 250gm Air sejuk
  • 30gm serbuk teh hijau
  • 50ml Espresso Double Shot

CARA MEMASAK:
1. Pertama, campurkan serbuk teh hijau bersama Espresso Double Shot utk membentuk Green Tea Latte. Ketepikan.
2. Setelah itu, masukkan kesemua bahan di atas termasuk Green Tea Latte ke dlm mesin penguli roti. Uli sehingga doh menjadi extensible (regang). Sesuaikan jumlah air utk menentukan doh yg sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm.
3. Bulatkan doh dan rehatkan sekitar lima minit.
4. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bg mendapatkan bentuk yg bujur dan gulung drpada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak utk mengelak doh melekat pd kayu penorak.
5. Setelah itu, kelim doh dgn cermat.
6. Letakan doh di dlm acuan loaf yg sudah di spray dgn pan coating / shortening.
7. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
8. Keluarkan doh yg sudah kembang. Bakar pd suhu 180 C selama 30 minit atau setelah berwarna perang keemasan.
9. Keluarkan dan sedia dinikmati.

Info chef: Enak dimakan panas-panas.

Saiz Hidangan : 4 biji doh
Waktu Memasak: 3 jam
Jenis Hidangan : Roti
Keistimewaan : Rasa teh hijau yg beri keunikan pd roti
Cara Memasak : Bakar
Anggaran harga: RM20-RM30

4. HONEY OAT LOAF

Untitled design 51 9 - 5 Aneka Roti Bijirin Enak dan Gebu. Mampu Ceriakan Waktu Sarapanmu

BAHAN-BAHAN UNTUK DOH:

  • 500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
  • 80gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
  • 30gm Tepung susu lemak penuh
  • 8gm Garam halus
  • 60gm Lemak sayuran tanpa hydrogenasi
  • 11gm Yis kering
  • 5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
  • 350gm Air sejuk
  • 150gm – Oat Bermadu ( seperti dia atas )
  • 150gm Oat
  • 100gm Madu

1. Utk membuat oat madu; Campurkan Oat dan Madu ke dlm mangkuk dan gaul rata.


2. Gunakan parchment paper utk melapik dulang dan tuang oat yg bercampur madu. Ratakan.
3. Bakar di dlm ketuhar pd suhu 120 C selama 15 minit kemudian sejukkan.
4. Utk membuat doh roti; Masukkan kesemua bahan termasuk oat madu (tinggalkan sedikit) yg telah dihasilkan tadi ke dlm mesin penguli roti.
5. Uli sehingga doh menjadi extensible atau meregang. Anda blh sesuaikan jumlah air utk menentukan doh yg sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza.
6. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. Bulatkan doh dan rehatkan selama lima minit.
7. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bg mendapatkan bentuk yg bujur dan gulung dr bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak utk mengelak doh melekat pd kayu penorak.
8. Kelim doh dgn cermat. Letakkan doh yg siap dikelim ke dlm acuan loaf yg sudah disemburkan dgn pan coating / shortening.
9. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
10. Keluarkan doh yg sudah kembang, sembur dgn air dan baki oat madu yg ditinggalkan tadi.
11.Bakar pd suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.

Info chef: Pastikan anda kelim doh dgn kemas utk menggelakkan ia merekah ketika proses pengembangan dan pembakaran serta masak serata.

Saiz Hidangan : 4 biji doh
Waktu Memasak: 3 jam
Jenis Hidangan : Roti
Keistimewaan : Rasa madu dan oat yg sedap
Cara Memasak : Bakar
Anggaran harga: RM20-RM30

5. DARK CHARCOAL LOAF

Untitled design 52 5 - 5 Aneka Roti Bijirin Enak dan Gebu. Mampu Ceriakan Waktu Sarapanmu

BAHAN-BAHAN DOH:

  • 500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
  • 100gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
  • 30gm Tepung susu lemak penuh
  • 8gm Garam halus
  • 50gm Lemak Sayuran tanpa hydrogenasi
  • 11gm Yis kering
  • 5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
  • 350gm Air sejuk
  • 30gm Black Charcoal Powder
  • 20gm Brown Malt Flour

CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan bahan ke dlm mesin penguli roti.
2. Uli sehingga doh menjadi extensible atau meregang. Blh diregangkan dan menghasilkan lapisan yg nipis kerana gluten yg terdapat di dlm tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan.
3. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm.
4. Bulatkan doh dan rehatkan selama lima minit. Doh direhatkan supaya kulit pd permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah.
5. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bg mendapatkan bentuk yg bujur dan gulung dr bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak utk mengelak doh melekat pd kayu penorak.
6. Kelim doh dgn cermat. Letakkan doh yg di dlm acuan loaf yg sudah sembur dgn pan coating / shortening.
8. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
9. Keluarkan doh yg sudah kembang.
10. Bakar pd suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.

Info chef:  Warna roti yg gelap pasti memberikan satu tarikan tersendiri.

Saiz Hidangan : 4 biji loaf
Waktu Memasak: 3 jam
Jenis Hidangan : Roti
Keistimewaan : Rasa yg amat berbeza
Cara Memasak : Bakar
Anggaran harga: RM20-RM30

Terima kasih : Chef Sharizat, Golden Republic

Loading...

Tags: #Aneka #Bijirin #Ceriakan #Enak #Gebu #Mampu #Roti #Sarapanmu #Waktu

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.