5 Aneka Nasi Hidangan Melayu, Kaya Rempah Ratusnya

Loading...

Untitled design 6 3 1 - 5 Aneka Nasi Hidangan Melayu, Kaya Rempah Ratusnya

Hidangan Melayu memang kaya dgn pelbagai sajian nasi yg lazat. Bukan sekadar Nasi Minyak aje,pelbagai ramuan herba dan ulam-ulaman juga menghasilkan hidangan yg membangkit selera.

Ni 5 aneka Nasi yg blh dicuba utk menceriakan keluarga di masa cuti ini. Blh lah dicuba nanti, ya.

1. NASI KUKUS KISMIS

Untitled design 1 8 - 5 Aneka Nasi Hidangan Melayu, Kaya Rempah Ratusnya

Bahan-bahan:

  • 3 cawan beras basmathi
  • 3 cawan air rebusan ayam
  • 1 batang serai | titik
  • 4cm halia |mayang halus
  • Garam secukup rasa
  • Kismis secukupnya

Cara memasak:
1. Rendam beras sejam. Toskan.
2. Kukus bersama serai dan halia sehingga separuh masak.
3. Tuang air rebusan ayam/daging yg dicampurkan sedikit garam ke atas nasi yg sedang dikukus dan gaul rata.
4. Kukus lagi sehingga nasi benar-benar masak.
5. Tabur kismis ke dlm nasi yg telah masak dan gaul rata.
6. Angkat dan sedia dinikmati.

Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Aroma serai beri kewangian pd nasi
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih

Info chef: Selain air rebusan ayam, blh gunakan air rebusan daging.

2. NASI KERABU PELBAGAI ULAM

Untitled design 14 - 5 Aneka Nasi Hidangan Melayu, Kaya Rempah Ratusnya

BAHAN-BAHAN NASI:

  • 2 cawan beras basmathi
  • 2 cawan air perahan campuran daun/herba*
  • 1 cawan air
  • Garam secukup rasa

*UNTUK MEMBUAT AIR PERAHAN DAUN/HERBA:
(KISAR SEMUA BAHAN DAN AMBIL AIRNYA)

  • 2 helai daun pandan
  • 1 helai daun lengkuas
  • 1 helai daun kunyit
  • 3sm kunyit hidup
  • 1 batang serai
  • 3cm halia

BAHAN-BAHAN ULAM:

  • Daun pegaga
  • Daun selom
  • Daun Selasih
  • Ulam Raja
  • Kacang Botol/Kacang Panjang
  • Tauge
  • Kubis
  • Cili merah

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan di dlm periuk.
2. Masak sehingga tanak.
3. Kacau sekali-sekali supaya masak sekata. Ketepikan.
4. Utk membuat ulam-ulaman; Hiris halus kesemua ulam-ulaman dan gaul rata. Tabur sedikit garam dan gaul bersama nasi tadi.
5. Sedia dihidangkan.

Saiz hidangan: 2-3 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Pelbagai rasa ulam-ulaman yg segar
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih

Info chef: Hidangkan bersama sambal tumis bilis/ikan, hirisan pelbagai ulam/sayur dan keropok goreng.

3. NASI KETUMBAR KURMA

Untitled design 4 7 - 5 Aneka Nasi Hidangan Melayu, Kaya Rempah Ratusnya

BAHAN-BAHAN:

  • 4 cawan beras basmathi
  • 2 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan pes kurma dan ketumbar*
  • ¼ cawan badam |panggang dan kisar halus
  • 1 labu bawang besar | cincang halus
  • 4 ulas bawang putih | mayang halus
  • Garam dan gula perang secukupnya
  • Daun pudina secukupnya

BAHAN-BAHAN B (TUMIS):

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 helai daun pandan – simpul

CARA MEMASAK:
1. Cairkan mentega di dlm periuk. Tumis bahan –bahan B sehingga wangi.
2. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis lagi sehingga bawang kekuningan.
3. Masukkan beras, air, susu cair, badam kisar dan pes campuran kurma dan ketumbar.
4. Tambah garam dan gula perang secukupnya. Didihkan sehingga nasi masak.
5. Masukkan daun pudina dan tutup periuk. Blh dihidangkan dgn lauk-pauk pilihan seperti kuma daging, ayam masak merah, acar timun dan lain-lain.

Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Terasa rempah ratus yg sedap
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih

Info chef: Utk membuat pes campuran kurma: 6 biji kurma madu (dibuang biji) dan 2 sudu mkn ketumbar dicampurkan dgn 1 cawan air lalu dikisar halus.

4. NASI TUMIS BERSANTAN

Untitled design 3 7 - 5 Aneka Nasi Hidangan Melayu, Kaya Rempah Ratusnya

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan beras basmathi | basuh dan tos
  • 3 cawan santan pekat

  • ½ cawan air
  • 1 sudu mkn mentega
  • 3 ulas bawang merah | mayang halus
  • 3 ulas bawang putih | mayang halus
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3cm halia | mayang halus
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:
1. Panaskan mentega di dlm periuk. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
2. Masukkan beras dan goreng beberapa minit.
3. Tambahkan santan, daun pandan dan garam secukup rasa.
4. Tanak beras sehingga masak. Jika suka, blh tambah beberapa titik pewarna pilihan.
5. Angkat dan sedia dinikmati.

Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa lemak santan dan lemak wangi mentega
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih

Info chef: Hidangkan bersama sambal tumis, telur rebus dan ulam-ulaman.

5. NASI KUNYIT HALBA

Untitled design 2 7 - 5 Aneka Nasi Hidangan Melayu, Kaya Rempah Ratusnya

BAHAN-BAHAN:

  • 4 cawan beras basmathi
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh halba
  • 1 batang serai |titik
  • 3cm halia | mayang halus
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Rendam beras bersama serbuk kunyit selama 2 jam. Toskan.
2. Kukus bersama halba, serai dan halia sehingga separuh masak.
3. Tambah santan yg telah dicampurkan dgn sedikit garam dan tuang ke atas nasi.
4. Kukus lagi sehingga nasi benar-benar masak.
5. Angkat dan sedia dinikmati.

Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Ada rasa lemak santan
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih

Info Chef : Hidangkan bersama lauk pilihan seperti sambal tumis atau kari ayam/daging.

Komen anda

Loading...

Tags: #Aneka #Hidangan #Kaya #Melayu #Nasi #Ratusnya #Rempah

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "5 Aneka Nasi Hidangan Melayu, Kaya Rempah Ratusnya"