4 TIPS UNTUK BERTUDUNG YANG BARU BELAJAR BERHIJAB

ASSALAMUALAIKUM..

20180504 164339 01 - 4 TIPS UNTUK BERTUDUNG YANG BARU BELAJAR BERHIJAB
Salam 2 Muharam semua, Semalam baru masuk thn baru Islam.Bersempena dgn awal muharram ini, sangat berkait rapat dgn hijrah, skop hijrah ini sangat luas ertinya. Belek – belek buku di rak, terjumpa buku ini,dah beli dlm 4 thn lepas tak silap. Dah baca sekali, ingat nak repeat baca kali kedua, Siapa kenal ya, dulu – dulu kontroversi juga nama dia ni.. Wani memang follow Felixia ni atau nama islam nya Raisyyah dr sebelum dia berhijab  sampai lah dia berhijab sepenuhnya. Dari belum dia kahwin sampai lah dia memeluk Islam, kemudian bertemu jodoh dgn pasangan hidupnya.

Lama dah tak dengar khabar beliau, dlm mana- mana sosial media pun perasan macam tak aktif dah, last tengok, beliau cuba utk berjinak memakai niqab. Lepas tu, perasan macam senyap terus. Tertanya – tanya di manakah beliau sekarang, macam – macam kita nak tahu kan, maklumlah Wani memang gemar kalau dengar kisah saudara baru, cerita mereka semua tu blh jadi inspiring utk kita yg dah dilahirkan sbg newborn muslim ini.

Masih ingat lagi semasa Raisyyah dah berhijab sepenuhnya, ramai yg bertanya tips utk bertudung bagi yg baru berjinak nak pakai tudung. Wani ada ingat satu jerr dia cakap. Nanti baca lah last nak penutup kat bawah tu ya.

Sebenarnya kali ini, nak share beberapa tips utk wanita muslim di luar sana yg permulaan nak pakai tudung. Kalau yg masih ada perasaan takut – takut dlm hati tu, jom baca. 🙂 Dlm islam, memang kita tahu, menutup aurat adalah wajib bagi wanita muslim.

41493227 2111355512471928 5894322583414767616 n - 4 TIPS UNTUK BERTUDUNG YANG BARU BELAJAR BERHIJAB

TIPS UNTUK WANITA YANG BARU BELAJAR BERHIJAB 

1. Niat

Apa jua yg kita akan lakukan mesti bermula dgn niat yg betul, niat yg sebenar – benar ikhlas kerana Allah, kerana agama. Tanpa niat, ibarat naik sampan tak ada pendayung sebab tak tahu nak pergi mana dan utk apa.

2. Jangan tangguhkan niat kita utk berhijab. Mulakan walaupun perlahan
Hati kita ni berbolak -balik, iman pun sekejap naik sekejap turun,  jadi sekiranya kita dah berniat nak berhijab, cepat- cepat teruskan niat dan jangan bertangguh, bisikan syaitan selalu ada utk putuskan niat manusia yg ingin berbuat kebaikan, lebih lagi apa yg kita buat itu adalah perkara yg wajib bagi semua wanita muslim. Jangan terlalu leka dgn godaan syaitan dan sentiasa mohon dan berdoa kepada Allah supaya Allah mudahkan jalan utk kita.

3. Persediaan
Apabila kita dah buat persediaan utk berhijab, bermakna kita sudah bersedia utk menghadapi segala kemungkinan. Beli tudung yg sesuai utk penghijrahan baru kita. Tak perlu nak berfesyen bagai pun tak apa.

4. Sokongan keluarga dan kawan – kawan 
Dalam kita sedang melakukan penghijrahan utk diri kita, jangan segan – silu nak minta apa – apa nasihat dr kawan – kawan, atau ahli keluarga kita. kalau ada teman rapat yg berhijab, minta lah nasihat supaya niat kita utk berhijab seiring dgn keredaan Allah.

Itu sahajalah tips yg dapat dikongsi..walaupun tak banyak.  semoga dapat membantu, mungkin ada di luar sana yg ingin berhijab tapi macam ada terhalang sesuatu, pohon doa pd Allah ya. Teringat Ustaz Ebit Lew  cakap, “masa kita ingat Allah, Allah ingat pd kita, masa kita lupa Allah, Allah tetap ingat pd kita”. Fikir – fikirkan sejenak kata – kata ini. 🙂

Masih ingat lagi Raisyyah pun ramai yg tanya tips utk yg baru nak berjinak pakai tudung. Jadi, beliau bagi tahu caranya senang saja, ambil tudung buat dulu lipat segitiga macam kita pakai pergi sekolah tu, hii. Jangan ikutkan sangat style berhijab yg tengok sekarang ni semakin berfesyen sangat kan. Takut nanti dlm hati kata payah sangat nak bertudung lilit bagai. Itu korang yg cakap, tengok semua susah yg senang ada tak nak ikut hii. Janganlah marah ya, itu lah tips dr Raisyahh. Pakai tudung style segitiga macam tu senang sebab just pin kan di bahagian bawah dagu saja.

Semoga penghijrahan kali ini lebih baik dan kita semua mendapat keampunan dan rahmat drNya. 🙂




Loading...

Tags: #Baru #Belajar #Berhijab #Bertudung #tips #untuk #yang

author
Author: 
    Di Desa Ini, Gadis Muda Wajib Menikah Sesana Jenis Dgn Wanita Tua! Tapi Mereka Bisa Punya Anak!
    slidegossip.com – Orang-orang asli Benua Afrika, kehidupannya dikenal masih kental dgn adat budayanya.
    Usai Nikah, Wanita Ini Baru Tahu Ternyata Suaminya Perempuan! Begini Caranya Menipu Keluarga dan Penghulu!
    slidegossip.com – Siapapun pasti menginginkan kebahagiaan bersama pasangan setelah menikah. Namun apa yg
    Begini Cara Reza Menipu Para Korbannya Hingga Si Wanita Rela Melepas Pakaian di Hadapannya!
    slidegossip.com – Apa yg dilakukan pemuda berusia 24 thn asal Jambi bernama M
    Artis Ini Melelang Keperawanannya Rp 2 Miliar Buat Pejuang Corona! Belum Dpt Uang, Malah Ini yg Terjadi!
    slidegossip.com – Artis dan selebgram cantik bernama Sarah Salsabila Keihl membuat heboh dunia

    Leave a reply "4 TIPS UNTUK BERTUDUNG YANG BARU BELAJAR BERHIJAB"