4 TIPS HASILKAN MENU TELUR TERBAIK

Loading...

Assalamualaikum,

Telur adalah menu murah pilihan penduduk dunia yg kaya dgn protein dan blh dipelbagaikan dlm hidangan. Di Malaysia khususnya hidangan berasaskan telur begitu sinonim dgn masyarakat tempatan, malah telur rebus juga dihias cantik utk dijadikan sbg buah tangan kepada tetamu yg hadir di majlis kenduri- kendara.  Bagi masyarakat di negeri Johor pula, kemahiran menghasilkan telur pindang dgn meracik berbagai jenis daun-daun herba telah menjadi  tradisi zaman berzaman.

Walaupun menu berasaskan telur kelihatan mudah disediakan, tetapi kadang-kadang serba tak kena apabila ia tidak menjadi seperti yg diharapkan. Berikut adalah 4 tips hasilkan menu telur terbaik yg blh dijadikan panduan.

1. TELUR REBUS
TelurBRebusB - 4 TIPS HASILKAN MENU TELUR TERBAIK
Jika ingin menghasilkan telur agar masak sempurna ataupun telur separuh masak, pastikan anda tahu tempoh yg sesuai utk merebus.

Tahap kematangan telur dan tempoh memasak juga  bergantung kepada volume air, suhu telur sebelum direbus serta ukuran telur. Tutup api dapur sebaik sahaja air rebusan mendidih dan biarkan proses kematangan telur berlaku didalam air tersebut. Tingkat kematangan telur selepas itu adalah seperti berikut :

2 minit setelah air mendidih : Putih telur tidak masak sepenuhnya dan kuning telur masih mentah.

4 minit setelah air mendidih  : Putih telur sudah masak manakala kuning telur pdt di bahagian luar namun masih berair di dlm.


6 minit setelah air mendidih: Bahagian putih dan kuning telur hampir masak sepenuhnya, tetapi agak lembik sedikit di bahagian tengah.

8 minit setelah air mendidihputih telur dan kuning telur telah masak tetapi masih lagi lembut.

10 sehingga 15 minit setelah air mendidih : Bahagian putih dan kuning telur masak sepenuhnya.

Selain drpada rebus telur menggunakan air, telur juga blh direbus dgn melapik dua helai tisu kedalam periuk nasi. Renjiskan air pd tisu, tutup periuk dan tekan butang on.Tunggu sehingga naik butang Keep Warm blhlah tutup plug dan telur telah siap dimasak.

2. TELUR DADAR
TelurBDadarBAlaBThaiB - 4 TIPS HASILKAN MENU TELUR TERBAIK
Jika di Itali terkenal dgn telur dadarnya yg dinamakan Fritata dan di Indonesia dgn telur dadar Pdng, masyarakat di Malaysia sendiri ternyata lebih menggemari telur dadar ala restoran Thai yg rasanya  lazat serta rangup diluar.  

Cara membuatnya pun tidaklah begitu sukar dan kita hanya perlukan 3 jenis bahan iaitu, 3 biji telur, ½ sudu besar sos ikan dan 1 cawan minyak utk menggoreng .Mula-mula tuang minyak kedalam kuali dan pastikan minyak benar-benar panas utk dapatkan telur yg garing. Sementara menunggu minyak panas, pecahkan telur kedalam mangkuk dan masukkan  sos ikan, pukul sehingga sebati. Tuang telur kedalam kuali dan kecilkan api dapur agar telur tidak cepat hangit. Setelah bahagian bawah telur bertukar keperangan dan agak garing, balikkan telur tersebut dan bila bahagian tersebut telah masak blhlah diangkat. Resipi ini sangat ringkas tetapi  sedap dan rangup, sesuai digandingkan dgn nasi putih.

3.

TELUR HANCUR
TelurBHancur - 4 TIPS HASILKAN MENU TELUR TERBAIK
Telur hancur dan roti bakar adalah gandingan sarapan yg hebat dan cara terbaik menghasilkan telur hancur yg gebu adalah dgn menggunakan 6 biji telur. Pecahkan telur kedalam mangkuk, masukkan secubit garam dan pukul dgn menggunakan garfu sehingga sebati. Panaskan kuali dgn api yg kecil, masukkan ½ sudu besar mentega. Tuang telur kedalam kuali dan tunggu sehingga telur kelihatan agak kental, tolak dr tepi kuali menggunakan spatula ke bahagian tengah kuali. Lakukan berulang-ulangkali sehinggalah semua bahagian masak dan inilah kunci utk dapatkan telur hancur yg gebu, lembut dan tidak nipis. Seterusnya balik-balikkan telur hancur tersebut dan tabur sedikit lada sulah serta blhlah di hidangkan. Pastikan telur tidak terlebih atau terkurang masak.

4. POACHED EGG
poachBegg - 4 TIPS HASILKAN MENU TELUR TERBAIK
Poached eggs bukan hanya terkenal di Barat, tetapi di Malaysia juga ada resipi yg dimasak menggunakan cara ini sejak zaman berzaman dahulu iaitu masak lemak telur itik. Ada dua cara memasak iaitu yg pertama setelah kuah masak lemak mendidih, kecilkan api dapur, pecahkan telur itik serta lepaskan perlahan-lahan kedalam periuk berisi kuah tersebut. Jangan dikacau dgn senduk, jika tidak telur akan pecah. Hanya renihkan sehingga masak menggunakan api yg kecil. 

Cara yg kedua pula, masukkan air kedalam periuk dan campurkan dgn sedikit cuka mkn, didihkan dgn api yg kuat. Setelah menggelegak, kecilkan api dan pecahkan telur itik satu persatu. Setelah telur itik masak, angkat dan barulah dimasukkan kedalam kuah masak lemak. Jika dibarat pula, poached eggs dihidangkan ketika sarapan pagi bersama roti bakar. 

Ada 2 tip menghasilkan poached eggs iaitu yg pertama didihkan air didalam periuk, kecilkan api dapur. Buat putaran air dgn mengacau menggunakan sudu, pecahkan telur kedalam mangkuk kecil dan lepaskan telur perlahan-lahan kedalam periuk. Dgn cara ini telur akan terbentuk cantik. Setelah 3minit blhlah diangkat. Yg kedua pula gunakan plastik (cling plastic), sapu minyak masak dipermukaan plastik tersebut dan sumbat kedalam mangkuk kecil. Pecahkan telur serta simpulkan plastik tersebut dan masukkan kedalam periuk berisi air panas. Selepas 3 minit, angkat dan buka simpulan plastik serta hidangkan.

Itulah 4 tips hasilkan menu telur terbaik dan semoga bermanafaat.
Loading...

Tags: #HASILKAN #MENU #TELUR #Terbaik #tips

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "4 TIPS HASILKAN MENU TELUR TERBAIK"