4 Susu anlene Malaysia! Susu formula utk tulang yg mana paling bagus?

Loading...

Betul ke susu anlene bagus utk kuatkan tulang? Tapi, nak pilih yg mana satu ya?

susu anlene utk tulang


Ramai orang cari susu anlene selepas kemalangan. Mungkin sebab tulang kita patah mahupun retak. 

Sebenarnya, banyak lagi khasiat susu formula anlene utk kesihatan kita. 

Baca susu utk tulang & sendi Anlene sehingga habis dan anda dijamin akan

  1. Mengetahui 4 jenis susu tepung anlene di pasaran Malaysia.
    .
  2. Memahami fungsi susu berkalsium tinggi utk tulang yg kuat.
    .
  3. Memilih susu anlene yg tepat utk ibu hamil, orang dewasa & warga tua.
    .
  4. Harga terkini produk anlene di Malaysia.



4 Pilihan Susu anlene utk kesihatan tulang & sendi! Mana yg paling bagus utk anda?

Kita mulakan dgn susu utk menguatkan tulang yg pertama.

1. Susu tepung anlene.

Susu ini sesuai digunakan lelaki & wanita yg ingin kekal aktif, dan mempunyai tulang yg kuat sampailah kita berusia.

Susu tepung anlene



Nak dapat tulang & gigi yg kuat bukan kerja semalaman, kita mestilah menjaga kesihatan tulang, sendi dan otot.

Selain mengamalkan senaman, pengambilan susu tinggi kalsium utk dewasa akan memastikan tulang kita pdt & kuat.

Susu formula Anlene kaya dgn nutrien seperti kolagen, protein dan kalsium tinggi. 

Dari sumber USDA National Nutrient Database for Standard Reference, 100g susu tepung Anlene mengandungi sekurang kurangnya 50% lebih mineral seperti kalsium, magnesium dan zink dan vitamin B6 & D drpada susu biasa yg ditambah dgn vitamin D.

Amalkan ia setiap hari dlm 3 pilihan perisa yg lazat. Susu ini blh didapati dlm perisa biasa, coklat dan perisa baru cafe latte (kopi susu).

Jika anda sedang berbadan dua, amalkan susu anlene utk ibu hamil supaya tubuh kita & bayi dlm rahim mendapat kalsium yg secukupnya. 

Cuma pastikan kita dapatkan nasihat dr doktor sebelum menggunakannya semasa hamil. Ada sesetengah susu ibu hamil terlalu tinggi kandungan gulanya. Tanya susu diabetes malaysia yg sesuai utk wanita mengandung.

Bacaan menarik: Senarai susu terbaik utk wanita mengandung! Mana satu pilihan anda?


2. Susu anlene gold utk warga emas yg aktif!

Cuba kita perhatikan, ada tak mak ayah kita di kampung mengamalkan susu sbg diet harian mereka?

Jarang kan? 




Tak hairanlah, kebanyakan ibu bapa kita yg telah berusia mengalami sakit sakit badan & masalah sendiri.
susu anlene gold biasa perisa asli
Ada ke produk anlene utk orang tua supaya mereka mudah bergerak & beribadat di baki usia?

Susu tepung Anlene Gold jawapannya!

Usia yg lanjut tak akan menjadi penghalang kepada mereka utk berbakti kepada masyarakat, keluar melancong, dan melakukan riadah.


Kita sbg anak seharusnya menggalakkan mereka minum susu utk tulang dan sendi setiap hari, barulah mak ayah kita dapat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan saudara mara selepas bersara dr bekerja.

Anlene Golf terkini diformulasikan dgn kandungan MFGM Active, lebih banyak protein dan nutrien utk kegunaan badan mereka.

Susu berkalsium tinggi utk warga emas Anlene gold mempunyai khasiat seperti
  • Protein – Membantu membina & membaiki tisu-tisu badan
  • Kalsium – Membantu menyokong tulang yg kuat
  • Vitamin D – Membantu penyerapan kalsium
  • MFGM – Makanan yg mengandungin membran globul lemak susu.
Selain itu, ibu bapa kita yg dah tua sering berisiko terjatuh & mengalami patah tulang kerana tulang tak kuat.

Jika ini terjadi, kita pasti akan mencari susu utk tulang patah agar pulih lebih cepat. Beri saja susu formula anlene gold utk membekalkan mereka dgn kalsium yg diperlukan utk pemulihan tulang.

3. Anlene Heart Plus. Adakah ini susu formula terbaik utk kesihatan jantung?

Tahukah kita, penyakit no 1 di Malaysia yg menyebabkan kematian tertinggi adalah sakit jantung.

susu anlene heart plus perisa asli



Negara kita memang bertuah kerana dilimpahi nikmat keamanan & juga mknan yg berlimpah ruah.

Tapi, diet harian rakyat Malaysia setiap hari memang tinggi kolesterol & lemak.

Sebab itulah ramai dr kita mempunyai kencing manis & juga kolesterol yg tinggi.

Amalkan pengambilan susu anlene utk jantung setiap hari utk membantu mengekalkan kesihatan jantung.

Masalah kesihatan melibatkan jantung akan menjejaskan kehidupan kita seluruhnya.


Susu tepung Anlene Heart Plus mengandungi gabungan nutrien khas dgn formula dwi tindakan, iaitu HeartMax dan MoveMax. 

Pengambilan 2 gelas Anlene Heart Plus setiap hari sbg sebahagian drpada diet seimbang harian dipercayai bagus utk kesihatan jantung dan pergerakan kita.

Jantung & tulang yg kuat membantu kita aktif bertenaga.

4. Susu ANLENE UHT

Kadang kadang, kita terlalu kesuntukan masa di pagi hari sampai nak sarapan pun tak sempat.

Apatah lagi nak bancuh susu tepung kan?

susu anlene uht perisa asli



Sekarang ni dah senang, ambil saja sekotak susu UHT anlene setiap pagi sbg sebahagian sarapan pagi utk diri sendiri & anak anak sebelum ke sekolah.

Susu berkalsium tinggi utk meninggikan badan anak anak kita yg sedang meningkat dewasa.

Hujung minggu blhlah kita bancuh sendiri susu tepung tu. Hari bekerja minum je susu kotak. Lebih praktikal. Anak anak pun blh bawa bekal utk waktu sarapan.

Amalkan susu kotak UHT Anlene setiap hari utk anda sekeluarga.


Berapa harga susu anlene di Malaysia?

Melalui tinjauan harga yg Ibu lakukan di internet, di bawah ini adalah harga terkini produk anlene di pasaran Malaysia.

Macam biasalah, harga ni ada pasang surutnya.

Ada masa naik, ada masa turun.

Kita sbg pengguna kena bijak, buat perbandingan harga dulu & kalau jumpa promosi yg murah lagi berbaloi. Boronglah utk stok beberapa bulan.

Insyaallah akan jimat.

Harga terkini anlene malaysia

  1. Anlene Gold 1kg Foc 100g – Rm31.90
  2. Anlene Gold 1kg For Age 51+ Rm35.90
  3. Anlene Regular 1kg For Age 19-50 – Rm35.90
  4. Anlene Cafe Latte (7 Sticks X 3 Packs) – Rm50.00
  5. Anlene Cafe Latte (Bundle Of 3 X 16 Sachets Of 31 Grams) – Rm88.00
  6. Anlene Heart Plus 800g – Rm40.46
  7. Anlene Heart Plus 800gram Tin Expiry: May 2020 – Rm40.45
  8. Anlene Heart-Plus Low Fat Milk Powder 800g – Rm130.99
  9. Anlene Gold 51+ 650g – Rm22.00
  10. Anlene Heart-Plus Low Fat Milk Powder 360g – Rm65.99
  11. Anlene Gold 1kg Foc 100g – Rm29.90
  12. Anlene Uht Low Fat Milk Chocolate 1liter – Rm4.00

Khasiat susu anlene, bukan setakat utk tulang saja?

Memang banyak kebaikan yg kita perolehi dlm segelas susu formula anlene. Antaranya ialah

1. Anlene ialah susu tinggi kalsium utk dewasa!

Orang dewasa di Malaysia kurang minum susu. Tak kisahlah di kalangan lelaki & perempuan.

Cuma mereka yg terpelajar & mengamalkan cara hidup sihat saja yg menitik beratkan pengambilan susu dlm diet harian.

Walaupun terdapat banyak pilihan susu di luar sana, tak kiralah susu kambing, susu lembu dlm bentuk segar & tepung. Apa yg penting ialah kita konsisten mengamalkannya.

Barulah kesannya pd kesihatan dapat dilihat jangka panjang.

Untuk kanak kanak, ada banyak lagi pilihan susu utk mereka. Banyak jenama yg mudah didapati seperti susu dutch lady yg murah lagi sedap. Atau yg mahal sikit seperti susu pediasure complete. Pendek kata tak ada alasan utk tak minum susu.

2. Sbg susu utk tulang dan sendi yg kuat!

Susu jenama anlene diperkaya dgn vitamin & mineral yg membantut pembentukan, pemeliharaan tulang & sendi yg kuat.

Contohnya, vitamin D dan kalsium serta banyak lagi.

Memang beza orang yg selalu minum susu dr muda, nak bergerak & berlari pun badan masih kuat walaupun dah berusia.

3. Minumlah susu utk tulang retak & patah! 

Malang tidak berbau, kadang kala insan tersayang dlm keluarga kita terlibat dgn kemalangan.

Risiko tulang retak dan patah blh berlaku semasa kita bersenam, bersukan, memandu kereta & melakukan kerja.

Selain mendapatkan rawatan dr doktor, mknan & minuman yg kaya kalsium akan membantu pemulihan tulang yg cedera.

Susu tinggi kalsium Anlene sesuai di ambil utk membantu membekalkan badan kita kalsium yg diperlukan utk memulihkan tulang.

Nak minum susu kambing pun tak ada masalah. 

Asalkan kita minum susu.

4. Susu utk kuatkan tulang!

Sekiranya anda gemar melakukan aktiviti lasak, bersenam & bersukan, tulang kita akan lebih kuat & pdt jika bekalan kalsium yg diterima mencukupi.

Angkasawan di stesen angkasa tetap perlu bersenam & mengambil bekalan kalsium utk memastikan otot, tulang & sendi mereka berfungsi dgn baik di persekitaran tiada graviti.

Itu angkasawan, utk anak anak yg aktif menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah pula. Kita sbg Ibu harus memastikan anak kita meminum susu setiap hari supaya tulang mereka kuat.

Kuranglah risiko tulang patah kerana terjatuh & berlaga kaki semasa bermain bola. 

Itulah yg berlaku pd adik Ibu di sekolah dulu. Tak salah nak bersukan, asalkan tak memudaratkan.


5. Susu utk tulang belakang wanita yg sihat!

Orang perempuan lebih terdedah kepada sakit tulang belakang di usia emas. Sepanjang usia mereka mengandung, menyusu badan & membesarkan anak.

Banyak beban yg di tanggung badan kita sbg wanita.

Sebab itu, wanita & susu tak harus dipisahkan.

Kadang kadang kita terlalu obses dgn kecantikan luaran, nak kulit putih & bersih gebu. Diet sampai gastrik sebab nak turun berat badan.

Tapi susu utk tulang belakang yg sihat tak nak minum. Hmm.

6. Susu formula terbaik utk wanita mengandung

Anlene memang sesuai diambil sbg susu ibu hamil. Anak kita bergantung sepenuhnya kepada mknan & minuman yg kita ambil setiap hari.

Jika kalsium dr diet kita tidak mencukupi, mereka akan mengambilnya dr tulang & gigi si ibu.

Sebab itu badan & gigi kita mudah sakit sakit.

Memang banyak pilihan susu utk ibu hamil yg berada di pasaran. Contohnya susu anmum materna, susu enfamama, susu frisomum gold dr dutch lady.

Tak kiralah jenama apa pun yg kita ambil, yg penting susu wajib kita minum.

Dan pastikan juga kandungan gula dlm susu utk ibu mengandung yg kita pilih sesuai utk wanita hamil.

Tak naklah nanti kita terkena kencing manis sebab terlebih gula. Bayi dlm perut pula jadi terlalu besar. Kesannya, terpaksa bersalin czer.

Sebelum ini, ibu pernah menulis tentang senarai susu terbaik utk ibu hamil, insyaallah akan membantu anda membuat pilihan.


Anlene free sample, bagaimana cara mendapatkannya?

Sekiranya anda berminat mencuba susu dr anlene, tapi masih ragu ragu sebab risau tekak tak blh terima.

Ibu syorkan anda minta dulu susu sampel anlene. Cara cara utk mendapatkan sample susu anlene tak susah mana pun.

Pergi ke laman web rasmi anlene, dan isikan maklumat yg diperlukan dlm borang yg disediakan.

Sample percuma anlene akan diposkan terus kepada kita.

Senang kan!

Bagaimana cara minum susu anlene yg betul?

Takkanlah cara utk menyediakan susu pun ramai tak tahu, tapi itulah hakikatnya.

Kadang kadang kita terlepas pandang perkara tertentu semasa membancuh susu sehingga menjejaskan khasiat yg terkandung di dlmnya.

Di bawah ini Ibu kongsikan cara yg betul utk membancuh susu, tak kiralah jenama apa pun.
  1. Pastikan kita rujuk label di belakang plastik bungkusan susu tentang sukatan air & susu yg tepat.
  2. Tuangkan air panas ke dlm cawan sehingga separuh, dan tambahkan air sejuk sehingga suhu air menjadi suam.
  3. Masukkan sukatan susu yg disarankan di plastik susu.
  4. Kacau sehingga sebati, dan susu sedia diminum.
  5. Elakkan menambah minuman & mknan berkafein semasa minum susu kerana ia menjejaskan penghadaman.

Adakah susu anlene berbahaya utk kesihatan?

Sekiranya kita mempunyai masalah kesihatan seperti sakit darah tinggi, kencing manis & sering berjumpa dgn doktor utk rawatan kesihatan.

Seeloknya kita dapatkan pandangan dr mereka sebelum mula minum susu ini.

Sekiranya doktor membenarkan, blhlah minum dgn sukahati. hehe

Rasanyalah, ramai wanita takut nak minum susu sebab takut berat badan naik. Betul tak?

Ini bukan susu weight gain terbaik macam appeton tu. Jadi, tak perlu risaulah berat badan naik.

Anlene bukan susu utk gemukkan badan.


Kesimpulan tentang susu anlene.

Alhamdulillah, dah sampai ke hujung perkongsian. Ibu harap persoalan anda tentang susu ini terjawab sudah.

Ibu buat sedikit rumusan sebelum kita menamatkan bicara.

  1. Terdapat 4 jenis susu anlene di pasaran Malaysia setakat ini. Susu tepung biasa, utk warga tua, utk jantung & susu UHT.
  2. Susu ini khusus utk tulang & sendi yg kuat.
  3. Cara penyediaan susu yg betul penting supaya badan kita menyerap kalsium yg secukupnya.
  4. Sampel susu ini blh didapati secara percuma dlm talian.
Apa yg Ibu kongsikan ini harapnya bermanfaat kepada anda semua. Tapi, semestinya ada kekurangan dlm penulisan ini yg blh disempurnakan dgn perkongsian pengalaman pembaca semua.

Jika anda mahu berkongsi pengalaman & pendapat. Mahupun bertanyakan soalan, ruangan komen sentiasa terbuka utk anda.

Dapat pahala percuma sebab dapat jadi rujukan sahabat lain yg mencari info. Insyaallah, sama sama kita ke syurga bersama sama. Bukankah orang yg paling baik antara kita, mereka yg paling memberi manfaat kepada orang lain.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah Saw. bersabda: ”Apabila ‘anak Adam itu mati, maka terputuslah amalnya, kecuali (amal) dr tiga ini: sedekah yg berlaku terus menerus, pengetahuan yg di manfaatkan, dan anak soleh yg mendoakan dia.” (HR Muslim)

Loading...

Tags: #anlene #BAGUS #Formula #Malaysia #Mana #Paling #Susu #TULANG

author
Author: 
    Wujud sistem satu sekolah, ketepi perkara remeh – PPBM
    Imej hiasan PETALING JAYA: Seorang pemimpin PPBM hari ini mencadangkan supaya kerajaanmewujudkan sistem
    Ternyata Sosok Ini yg Meminta Cut Meyriska dan Roger Danuarta Nikah di Medan!
    slidegossip.com – Akhirnya terungkap alasan pernikahan Cut Meyriska dan Roger Danuarta digelar di
    Fakta , Gambar Dan Foto Rio Tengker Kakak Nagita Slavina Yg Jarang Terekspose!
    Fakta Dan Gambar Rio Tengker, Saudara Nagita Slavina Dan Caca Tengker – Byk

    Leave a reply "4 Susu anlene Malaysia! Susu formula utk tulang yg mana paling bagus?"