4 Sebab Mengapa Saya Kurang Bersetuju Dgn Program Realiti Agama

4 Sebab Mengapa Saya Kurang Bersetuju Dengan Program Realiti Agama 1 - 4 Sebab Mengapa Saya Kurang Bersetuju Dgn Program Realiti Agama

Hari ini laman Facebook dibanjiri dgn isu status seorang Dai yg menulis surat kepada seorang artis wanita bernama Uqasha. Tak lama dahulu seorang PU menulis kepada Mira Filzah.

Persoalannya, masih relevankah program realiti sebegini jika begini produknya..?

Sebelum itu saya ingin menyatakan bahawa ramai juga mereka yg berkualiti yg dilahirkan drpada program realiti sebegini. Seumpamanya Imam Muda Asyraf dan lain-lain yg tak dpt saya nyatakan di sini.

Secara umumnya program Imam Muda pd saya lebih baik konsepnya berbanding program-program lain kerana ada sesi pengajian bersama mudir, ada program dakwah di lapangan dan lain-lain tanpa menafikan ada produk dr program lain yg bagus.

Di sini saya nyatakan sebab-sebab mengapa saya kurang bersetuju dgn program realiti agama :

1. Realitinya kita harus mengakui selagi mana program-program sebegini masih dikuasai golongan kapitalis yg mensasarkan keuntungan, fokusnya bukan lagi kepada bagaimana menghasilkan pendakwah yg berkualiti, tapi bagaimana mengaut keuntungan semaksima mungkin di samping meningkatkan rating penonton.

Kita mungkin masih ingat akan program Akademi Quran pd suatu ketika dahulu. Program ini sangat bagus namun malangnya terpaksa diberhentikan kerana katanya sudah kurang mendapat sambutan.

2. Cukupkah waktu selama berminggu-minggu itu utk menghasilkan seorang pendakwah dan asatizah yg berkualiti?
Saya melihat seorang pendakwah itu memerlukan masa yg panjang utk dibina dan dilatih.

Lihat sahaja program membina pendakwah dan ulama yg diasaskan oleh Syeikh Dudu di Mauritania. Program penuh yg memakan masa hampir 17 thn demi melahirkan seorang pendakwah yg benar-benar berkualiti.

Bukanlah saya mahu katakan bahawa mereka ini harus mengikuti program 17 thn ini sebelum berdakwah dan terjun kepada masyarakat, namun saya mahu katakan bahawa seorang pendakwah harus ada persiapan yg cukup dan mapan.
Jika benar waktu latihan program realiti ini cukup, mengapa lahir produk-produk yg bermasalah..?

3. Keberkesanan program ini terhadap penonton perlu dikaji semula. Adakah ada statistik dan kaji selidik dr pihak penganjur utk mengkaji keberkesanan program ini terhadap penonton?

Ya benar. Hidayah milik Allah. Tapi wajarkah jutaan wang ringgit dihabiskan jika ia diakui gagal membawa perubahan signifikan di luar sana?

4. Apakah yg menjadi kayu ukur kepada kemenangan setiap peserta?

Jika kayu ukurnya adalah siapa yg paling hensem dan cantik, siapa yg paling lunak suaranya, siapa yg paling pandai berjenaka, siapa yg paling hebat pidatonya tanpa mengambil kira ketepatan fakta dan sandaran persembahan, maka ini merupakan satu kepincangan yg jelas.

Sebahagian masyarakat yg tiada keupayaan menganalisis fakta ilmu agama akan menerima bulat-bulat apa yg dikatakan oleh Imam Muda, PU dan Dai atas alasan mereka adalah produk yg dilahirkan oleh program realiti sebegini. Sedangkan setiap perkataan manusia itu terdedah kepada kesilapan kecuali nabi yg maksum.

Kesimpulannya, saya tidak melihat program-program realiti sebegini harus dikuburkan terus. Malah ia blh diteruskan.

Cuma perlu dikaji semula perlaksanaan dan halatujunya.

Namun jika mafsadahnya ternyata lebih byk, bukankah lebih baik dihentikan sahaja. Bukankah dakwah itu ada pelbagai pendekatan dan caranya?

Para pendakwahlah yg harus menguasai bidang media sebenarnya. Jika tidak, orang-orang biasa yg hanya mahu berhibur akan menguasainya.

Saya akhiri dgn petikan dr Imam Hasan al-Banna ini,

“Ada pemuda yg lahir serta membesar di tengah-tengah umat yg keadaannya tenang lenang kerana kekuasaannya sudah kukuh dan kemakmuran hidupnya cukup mewah. Maka dia pun lebih byk menumpukan tenaga utk dirinya sendiri dr kepentingan umatnya, malah mungkin dia bermain-main dan berfoya-foya dgn senang hati dan tidak berfikir apa-apa.” – Hassan al-Banna, Wahai Pemuda

Saya mengalu-alukan kritikan dan maklum balas jika ada.

Jika ada mana-mana fakta atau bahagian yg tidak tepat dan menyeleweng silakan memberikan teguran.

Moga kita saling berpesan dgn kebaikan dan kesabaran.

Kredit: Usaid Subki

The post 4 Sebab Mengapa Saya Kurang Bersetuju Dgn Program Realiti Agama appeared first on Islam Itu Indah.


Loading...

Tags: #Agama #Bersetuju #kurang #Mengapa #Program #Realiti.. #Saya #Sebab

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.