4 SEBAB FERNLEAF MENJADI PILIHAN YANG TEPAT UNTUK MENIKMATI 100 % SUSU DARI NEW ZEALAND

Loading...

ASSALAMUALAIKUM..

4 sebab fernleaf menjadi pilihan yg tepat utk menikmati 100% susu dr New Zealand

Baru – baru ini, Wani menerima satu beg yg comel bukan setakat comel tapi  “limited edition” dr FERNLEAF. Beg ini special sebab ia adalah “Cooler bag”. Warna pun dapat  hijau yg mendamaikan sama dgn pdng ragut  rumput di New Zealand tu kan.. hii Ke situ pulak. Bertambah comel bila ada kartun moo.. moo atas beg. Maklumlah lembu sana sihat – sihat dan susu banyak sebab meragut rumput yg terbaik dr alam. Nak tahu apa ada dlm “cooler bag” ini. Nanti baca lagi di bawah ya.

Siapa kat sini yg membesar dgn susu Fernleaf ada tak ? Siapa yg tak kenal dgn jenama susu Fernleaf, semua orang kenal kan. Korang tanya ibu – ibu korang  pulak. Wani bila bagi tahu ada susu kotak Fernleaf kat dlm beg tu, terus dia cakap yg anak- anak dia termasuk Wani la tu hii,  semua pakat minum susu ini lah, nak blh ke besar setiap orang. Bayangkan, ibu kita ini memang setiap detik dia akan ingat moment indah bersama anak – anak. Banyak kenangan manis bonda dgn susu Fernleaf.

Jauh di sudut hati ni kan, macam bermimpi juga nak ke sana. Di mana lagi kalau bukan New Zealand. Nak tengok sendiri lembu – lembu di sana, nak tengok sendiri pdng rumput yg hijau luas saujana mata memandang. Nak tengok keindahan bumi New Zealand dgn mata sendiri. Ewahh kemain hajat tinggi sangat.

Tapi sebelum itu, korang tahu ke sejarah  di sebalik susu yg pernah korang minum ini.

UNBOXING || APA YANG ADA DI DALAM COOLER BAG INI ?

C360 2018 09 29 14 12 34 587 01 - 4 SEBAB FERNLEAF MENJADI PILIHAN YANG TEPAT UNTUK MENIKMATI 100 % SUSU DARI NEW ZEALAND

Ini ke semua yg dapat selepas unboxing, banyak sangat hii. Ke semua ini limited edition. Di antara yg ada dlm cooler bag ini. Yg photo props semua comel – comel. Kalau nak hipster blh cuba minum pakai straw tu ya. 😀

1. FERNLEAF UHT MILK

– Fernleaf UHT full cream milk 1 liter
– Fernleaf UHT chocolate milk  200ml x 4 packs

2. Straw glasses
3. Photo props

4 SEBAB FERNLEAF MENJADI PILIHAN YANG TEPAT UNTUK MENKMATI 100 % SUSU DARI NEW ZEALAND

C360 2018 10 04 11 13 22 085 01 - 4 SEBAB FERNLEAF MENJADI PILIHAN YANG TEPAT UNTUK MENIKMATI 100 % SUSU DARI NEW ZEALAND

1. PAKAR TENUSU YANG LEBIH 140 TAHUN PENGALAMAN.

Kalau nak tahu Fernleaf sudah mempunyai lebih drpada 140 thn pengalaman dlm perladangan tenusu, Kalau korang perasan ada setiap di kotak susu di bahagian atas kan
“Since 1893”. dah lama kan, bukan senang nak pastikan kualiti tertinggi pd setiap peringkat pengeluaran susu, bermula dr air yg bersih, rumput berkualiti tinggi sehinggalah produk sedia utk diedarkan kepada pengguna.

Sebab itulah, New Zealand adalah sebuah negara yg menjadi peneraju dunia dlm industri tenusu sehinggalah hari ini.

2. SUSU YANG MEMPUNYAI PROTEIN YANG BERKUALITI TINGGI, VITAMIN A, DAN JUGA VITAMIN D.

C360 2018 09 29 14 24 27 484 01 - 4 SEBAB FERNLEAF MENJADI PILIHAN YANG TEPAT UNTUK MENIKMATI 100 % SUSU DARI NEW ZEALAND

Kita sepatutnya berterima kasih kepada peladang – peladang di sana yg menjaga lembu tenusu dgn penuh dedikasi. Di New Zealand, ladang yg diusahakan adalah secara semulajadi. Lembu tenusu di sana diberikan kebebasan utk meragut di pdng rumput yg subur.

Susu yg dihasilkan pun mempunyai sumber mknan semula jadi kaya dgn kalsium yg mudah diserap dan digunakan utk tubuh badan. Selain itu, susu ini juga diperkaya dgn nutrien penting yg lain seperti protein yg berkualiti tinggi, vitamin A dan juga vitamin D.

3. LEMBU TENUSU DAN RUMPUT YANG TERBAIK DARI ALAM 

C360 2018 09 29 14 19 54 414 01 - 4 SEBAB FERNLEAF MENJADI PILIHAN YANG TEPAT UNTUK MENIKMATI 100 % SUSU DARI NEW ZEALAND

Lembu tenusu di New Zealand berwarna putih dan ada tompok hitam di badan. Tapi korang tahu tak bukan semua lembu tenusu diberi mkn rumput ?

Ladang lembu tenusu di New Zealand sangat luas. Di antara faktor – faktor kenapa rumput di sana tumbuh menghijau antaranya adalah tanah yg subur, kadar hujannya yg baik dan cahaya matahari yg banyak.

Rumput di sana adalah rumput yg berkualiti tinggi dan terbaik dr alam supaya lembu – lembu ini dapat menghasilkan susu berkhasiat yg berkualiti tinggi. Di New Zealand, lembu tenusu dapat meragut rumput secara bebas dan tanpa terkurung dlm kandang.

Cuba bayangkan 90 % masa utk lembu tenusu di sini meragut rumput secara bebas. Hari pulak elok cuacanya, ini secara tidak langsung lembu tenusu di sini mendapat kandungan vitamin D yg sihat.

Penghasilan susu bagi lembu tenusu yg tidak terkurung sebenarnya  lagi bagus nak banding dgn yg sering dikurung. Tahap vitamin D pun lebih tinggi bagi lembu tenusu yg bebas meragut rumput.

4. PENGHASILAN SUSU SECARA SEMULA JADI 

Untuk pengetahuan korang semua, lembu tenusu di New Zealand tidak memerlukan sebarang bentuk penggalak susu. Lembu tenusu di sana memang menghasilkan susu secara semulajadi. Lebih lagi dgn faktor iklim yg baik, udara dan air yg bersih. Rumput pun berkualiti tinggi di sana. Lembu pun sihat dan penghasilan susu pun berkualiti tinggi.

New Zealand dairy farm 1140x642 - 4 SEBAB FERNLEAF MENJADI PILIHAN YANG TEPAT UNTUK MENIKMATI 100 % SUSU DARI NEW ZEALAND

JOM MENIKMATI 100% SUSU DARI NEW ZEALAND SESUAI UNTUK SEISI KELUARGA

Sebut tentang susu, ia bukan sahaja utk golongan kanak- kanak malah blh dinikmati oleh golongan dewasa juga. Macam Wani, dulu jujur lah cakap, bukan penggemar susu sangat, hii.. Selepas itu nak cabar diri nak minum susu jugak sebab nak kalsium dlm tubuh. huu. Sedih tengok orang lain kemain suka susu, kita pulak tak suka. Lama- lama dah praktis minum susu, dah mula jatuh hati dah dgn susu.. Begitulah al kisahnya.. Lebih – lebih lagi minum yg 100 % susu dr New Zealand dr Fernleaf.

Tahu tak korang susu lembu ini blh dikatakan sihat disebabkan kandungan protein dan kalsiumnya.. Nak kalsium dan protein dlm tubuh utk tulang yg kuat, rajin – rajin lah minum susu ya.

Susu Fernleaf UHT sekarang dah ada dlm 3 jenis iaitu full cream, low fat dan juga perisa coklat. Memang terasa 100Mmmmm susu segar ini. Jom dapatkan susu fernleaf dan nikmati 100Mmmmm yg memang sedap, segar dr New Zealand.

Untuk maklumat lanjut, blh layari di laman sosial seperti di bawah 
Facebook : https://www.facebook.com/fernleafmalaysia/





Loading...

Tags: #Dari #FERNLEAF #MENIKMATI #Menjadi #Pilihan #Sebab #Susu #TEPAT #untuk #yang #ZEALAND

author
Author: 
    Ternyata Sosok Ini yg Meminta Cut Meyriska dan Roger Danuarta Nikah di Medan!
    slidegossip.com – Akhirnya terungkap alasan pernikahan Cut Meyriska dan Roger Danuarta digelar di
    Fakta , Gambar Dan Foto Rio Tengker Kakak Nagita Slavina Yg Jarang Terekspose!
    Fakta Dan Gambar Rio Tengker, Saudara Nagita Slavina Dan Caca Tengker – Byk
    Ini 10 Smartphone Dgn Tingkat Radiasi Terendah
    Beberapa waktu lalu, kita telah membahas 10 smartphone dgn radiasi tinggi yg berpotensi

    Leave a reply "4 SEBAB FERNLEAF MENJADI PILIHAN YANG TEPAT UNTUK MENIKMATI 100 % SUSU DARI NEW ZEALAND"