4 Resipi ‘Dessert’ Chef Hotel Terkemuka, Dingin Lemak Manis .

Untitled design 31 6 1 - 4 Resipi ‘Dessert’ Chef Hotel Terkemuka, Dingin Lemak Manis .

Nak mkn ‘dessert’ istimewa sentuhan dr hotel terkemuka. Ni min kongsikan kompilasi pencuci mulut dr tiga hotel berprestij di ibu kota.

Hotel Royale Chulan KL, Kinrara Resort dan dr Hotel The Pearl Kl menampilkan manisan pencuci mulut yg diolah dan ‘dimodenkan’ dr manisan tradisi dan tempatan.

Jom cuba resipi yg super sedap…yummy…

1.PIR REBUS BERSAMA JALA EMAS DAN SOS VANILA PIC

Untitled design 22 14 - 4 Resipi ‘Dessert’ Chef Hotel Terkemuka, Dingin Lemak Manis .

BAHAN-BAHAN :

Bahan pir :

  • 2 biji buah pir
  • 1 batang kayu manis
  • 1 sudu teh serbuk buah pala
  • 200 gm gula perang
  • 500 ml air
  • Beberapa titik pewarna merah (jika suka)

Bahan jala emas :

  • 2 biji telur itik
  • 100 gm gula pasir
  • 50 ml air
  • 1 helai daun pandan

Bahan vanila sos :

  • 1 liter susu segar
  • 1 liter krim masakan
  • 300 gm gula
  • 60 gm tepung kastad
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Beberapa titik perasa buah pic

CARA MEMASAK :
1. Bg memasak pir, campurkan kayu manis, serbuk buah pala, gula perah dan didihkan sehingga larut kesemua bahannnya.
2. Masukkan buah pir dan rebus selama 18-20 minit sehingga empuk dan toskan
3. Bg memasak jala emas, mula-mula sediakan air gula (air dan gula pasir dilarutkan) kemudian masukkan daun pandan dan masakkan dlm kuali sehingga ia berbuih dgn byk.
4. Selepas itu buangkan daun pandan dan biarkan ia terus mendidih.
5. Bg membuat jala emas pula, masukkan kuning telur ke dlm acuan roti jala dan kiraikan di atas air gula yg sedang mendidih tadi.
6. Dgn menggunakan penyepit , angkat jala dan jirus sedikit air panas dan kemudiannya di masukkan ke dlm penapis, ketepikan.
7. Bg memasak sos vanila pula, ambil periuk dan masukkan semua bahan dan masak atas api yg sederhana sehingga ia menjadi sedikit pekat.
8. Blh dituangkan ke atas sajian pencuci mulut pir rebus dan jala emas tadi.

INFO CHEF : Jika anda suka perisa buah-buahan yg lain seperti oren blh sahaja dmasukkan dlm sos vanilla menggantikan pic.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu Memasak : 30 minit
Cara Memasak : Rebus dan didih
Keistimewaan : Jala emas menjadikan pencuci mulut ini menjadi sajian fusion
Anggaran kos :RM 20

Resipi : Hotel Royale Chulan KL

2. CINNAMON EGG PUDDING

Untitled design 29 9 - 4 Resipi ‘Dessert’ Chef Hotel Terkemuka, Dingin Lemak Manis .

BAHAN-BAHAN :
Bahan A:

  • 6 biji telur
  • 6 biji kuning telur
  • 2 liter krim masakan
  • 120 gm gula halus

Bahan B:

  • 500 gm gula
  • 200 ml air

Bahan C:
Sedikit serbuk kulit kayu manis (untuk ditabur)

CARA MEMASAK :
1. Cara membuat bahan A : Campurkan semua bahan dan kacau sehingga sebati dan tapis.
2. Cara membuat bahan B : Masak air dan gula sehingga menjadi keperangan
3. Cara membuat puding telur :Bahan B yg masih panas dituangkan ke dlm cawan anggaran satu sudu mkn.
4. Selepas selesai tuang bahan B tuangkan pula bahan A tadi dan tabukan sedikit kulit kayu manis.
5. Kukus selama satu jam dan sejukkan di dlm peti ais dan sedia utk dihidang.

INFO CHEF : Enak dihidangkan bersama hiasan buah-buahan seperti strawberri, mangga dan buah kiwi.

Saiz hidangan : 2- 3 orang
Waktu Memasak : 15 minit, kukus 1 jam
Cara Memasak : Kukus
Jenis masakan : Pencuci mulut

Resipi : Kinrara Resort

3. PUDING JAGUNG KOKTEL

Untitled design 30 7 - 4 Resipi ‘Dessert’ Chef Hotel Terkemuka, Dingin Lemak Manis .

BAHAN-BAHAN :

  • 70 gm tepung kastad
  • 1 cawan jagung berkrim
  • 5 gm sudu mkn serbuk agar-agar
  • 500 ml santan kotak
  • 400 ml air
  • 100 gm gula pasir
  • Garam secukup rasa

Bahan koktel :

  • 1 tin buah-buahan koktel campuran
  • 390 gm (1 tin) susu cair

CARA MEMASAK :
1. Masakkan air dan agar-agar sehingga larut.
2. Masukkan santan, gula dan garam, di atas api sederhana
3. Masukkan kastad dan kacau atas api perlahan sehingga pekat
4. Tuangkan campuran puding ke dlm loyang atau acuan dan biar keras.
5. Simpan di dlm peti sejuk.
6. Hias bersama buah-buahan koktel.

Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Didih dan ‘chill’/dingin
Keistimewaan : Enak dimakan sejuk, rasa lemak berkrim
Anggaran kos : RM 7

INFO CHEF: Anda blh menambahkan buah-buah beri jika suka. Pilih agar-agar tali jika mahu cepat keras.

Resipi : Kinrara Resort

4. LOMPAT TIKAM VELVET

Untitled design 27 11 - 4 Resipi ‘Dessert’ Chef Hotel Terkemuka, Dingin Lemak Manis .

BAHAN-BAHAN : 

Bahan lapisan kek velvet :

  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 2 sudu mkn serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam
  • 1 cawan buttermilk
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu mkn pewarna merah
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air panas
  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
    Bahan lapisan bawah :
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 1/4 cawan air daun pandan /dikisar dgn air

Bahan lapisan atas :

  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 4 1/3 cawan santan sederhana pekat
  • 1 1/2 sudu teh garam

Bahan air gula :

  • Gula merah/kerek secukupnya
  • Air secukupnya
  • 1 helai daun pandan /disimpul

CARA MEMASAK :
1. Red Velvet : Utk membuat buttermilk campurkan 1 cawan susu segar dgn 1 sudu mkn cuka. Biarkan sebentar.
2. Sediakan mangkuk dan ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan garam.
3. Di mangkuk yg lain satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul sehingga kembang dan masukkan buttermilk tadi. Masukkan pewarna merah dan esen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan bahan yg telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan sehingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
5. Griskan loyang pembakar dgn mentega dan tepung. Tuang adunan dan bakar 45 minit dlm oven yg sudah dipanaskan suhu 170 celcius
6. Bancuh bahan lapisan bawah sehingga rata dan tapiskan. Masak di dlm kuali atau periuk dgn api sederhan dgn sentiasa dikacau sehingga pekat dan berkilat.
7. Tuangkan ke dlm loyang dan ratakan.
8. Bancuh bahan lapisan atas sehingga rata dan tapiskan.
9. Masak seperti lapisan bawah tadi dgn sentiasa dikacau sehingga menjadi pekat dan berkilat.
10. Tuang di atas lapisan pertama tadi dan ratakan.Biarkan seketika.
11. Masak gula merah dgn air secukupnya, tapisan dan letak dlm gelas.
12. Tuangkan air gula sebelum dihidangkan

Saiz hidangan : 12 orang
Masa memasak : 30 minit
Cara memasak : Kek dibakar dan lapisan dimasak atas api.
Keistimewaan : Dihidang sejuk dan rasa manis berkrim dgn kelembutan rasa kek
Anggaran kos : RM 15

INFO CHEF : Lompat tikam ialah sejenis kuih dan ‘dessert’ tradisional yg diberi sentuhan barat dgn menggunakan kek velvet, ilham dam inovasi kreatif drpada Chef Hotel The Pearl.

Resipi : Hotel The Pearl Kl

Loading...

Tags: #Chef #Dessert #Dingin #Hotel #Lemak #Manis #Resipi #Terkemuka

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "4 Resipi ‘Dessert’ Chef Hotel Terkemuka, Dingin Lemak Manis ."