4 Rawatan semulajadi utk demam kuning bayi, Ibu wajib cuba!

Apa yg ibu & ayah blh lakukan di rumah utk membantu baby yg demam kuning? Baca sehingga habis utk jawapannya!

rawatanBdemamBkuningBbayi - 4 Rawatan semulajadi utk demam kuning bayi, Ibu wajib cuba!


Ramai ibu bapa berasa lemah & tidak berdaya kerana anak mereka mempunyai demam kuning yg tinggi.

Kita blh elakkan semua ini dgn melakukan beberapa perkara.

Sama ada semasa hamil, mahupun selepas bersalin.

Di bawah ini Ibu kongsikan amalan yg baik dilakukan utk membantu anak kita.



Dengan membaca artikel ini sehingga habis, Anda dijamin akan

  1. Mengetahui sama ada susu kambing sesuai utk bayi dgn demam kuning.

    .

  2. Faham cara yg terbaik utk mengurangkan jaundice.

    .

Bacaan menarik: Betul ke susu kambing bagus utk anak kita yg demam kuning? Baca sekarang sebelum beri kepada baby!

Ini adalah cara semulajadi yg membantu mengurangkan demam kuning bayi! Mak ayah mesti cuba.

Bolehlah cuba salah satu, ataupun ke semua tips di bawah.

1. Berikan susu ibu dgn kerap.

Demam kuning berlaku kerana kandungan bilirubin yg tinggi dlm badan anak kita.

Memberi susu ibu kepada anak kita akan menggalakkan anak kita kerap menukar lampin, dan bilirubin berlebihan akan disingkirkan bersama najis bayi.

Lagipun, susu ibu kan ada kolostrum yg kaya khasiat & antibodi terus dr ibunya. 

2. Dedahkan kepada cahaya matahari.

Petua yg dah diamalkan zaman berzaman. Anak yg mengalami demam kuning elok menerima cahaya matahari.

Ini kerana spektrum cahaya biru semulajadi dlm sinar matahari membantu memecahkan bilirubin berlebihan & membantu badan anak kita mengeluarkannya melalui najis.

Seeloknya kita lakukan di waktu pagi kerana matahari belum terik memancar. Buka baju & seluar anak kita & jemurkan seketika.

Janganlah buat bila dah tengahari kan, kesian anak kita kepanasan. Orang dewasa pun panas.

3. Ibu ambil mknan yg kaya vitamin D

Dari kajian yg dilakukan saintis, mereka mendapati bayi dgn demam kuning mempunyai kandungan vitamin D yg rendah dlm tubuhnya.

Jadi, kita perlu membantu anak kita mempunyai kandungan vitamin D yg mencukupi.

Ibu blh mengambil mknan yg kaya kandungan vitamin ini. Apa yg dimakan ibu akan diberikan kepada anak secara pasif melalui susu ibu.

Atau, blh juga mkn mknan tambahan / suplemen yg membekalkan tahap vitamin D yg sesuai.

Menjemur anak di bawah matahari juga akan membantu anak kita menghasilkan sendiri vitamin D.

Boleh lakukan kedua dua tips di atas utk hasil yg lebih baik.

4. Mknan kaya magnesium.

Selain vitamin D, saintis juga mendapati ibu mengandung yg mengambil 250 mg magnesium dr mknan setiap hari bagi tempoh 1 bulan 2 minggu membantu mengurangkan  mempunyai bayi dgn pengurangan tahap bilirubin sebanyak 20.6%.

Jadi, banyakkan mknan yg mengandungi magnesium seperti kekacang, bijirin, pisang & kurma.

Amalkan mknan di atas sewaktu kita hamil utk manfaat di kemudian hari.

Kesimpulan.

Ibu harap perkongsian kali ini mengenai rawatan semulajadi utk jaundice dapat membantu anda mengharungi detik sukar ini.

Memang penat, tapi percayalah Allah ada bersama orang orang yg sabar. Bukankah Allah SWT ada berfirman kepada orang beriman utk minta pertolongan kepadanya melalui solat & sabar.

Ringkasan kepada artikel ini ialah
  1. Ada amalan yg blh dilakukan semasa mengandung utk membantu mengurankan demam kuning anak seperti pengambilan mknan kaya vitamin D & Magnesium.
    .
  2. Ada pula amalan yg blh kita buat semasa anak kita menghidap jaundice seperti jemur anak dgn cahaya matahari & memberikan susu ibu kepada bayi.
    .
Sekiranya anda mahu berkongsi pengalaman & pendapat. Mahupun bertanyakan soalan, ruangan komen sentiasa terbuka utk anda.

Dapat pahala percuma sebab dapat jadi rujukan mak ayah lain yg mencari info. Insyaallah.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah Saw. bersabda: ”Apabila ‘anak Adam itu mati, maka terputuslah amalnya, kecuali (amal) dr tiga ini: sedekah yg berlaku terus menerus, pengetahuan yg di manfaatkan, dan anak soleh yg mendoakan dia.” (HR Muslim)


Loading...

Tags: #Bayi #Cuba #demam #Kuning #Rawatan #semulajadi #Wajib

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "4 Rawatan semulajadi utk demam kuning bayi, Ibu wajib cuba!"