4 Menu Snek Barat Kesukaan, Daging & Keju Paling Sedap

Loading...

Untitled design 64 2 1 - 4 Menu Snek Barat Kesukaan, Daging & Keju Paling Sedap

Frittata, lasagna, volcano beef dan shepard pie, sebut nama resipi snek barat ni pun dah terbayang keenakkannya. Keju, susu, mentega adalah tiga bahan asas yg biasanya ada dlm masakan barat.

Ditambah pula dgn daging dan sayur-sayuran, barulah lengkap rasanya. Ni min kongsikan empat snek barat utk dicuba, nak beli mahal nih.

1. VOLCANO BEEF CHEEZY ONION

Untitled design 65 7 - 4 Menu Snek Barat Kesukaan, Daging & Keju Paling Sedap

BAHAN-BAHAN:

  • 200 gram keju Mozzarella (dipotong dadu kecil)
  • 400 gram daging cincang
  • 3 biji bawang Holland (dibelah dua)
  • 5 helai daun oregano (dicencang halus)
  • ½ kg serbuk roti
  • 2 biji telur
  • 300 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh paprika
  • Serbuk perasa
  • Keju krim (untuk sos)
  • Minyak masak (untuk menggoreng)

CARA MEMASAK :
1.Gaul daging cencang bersama daun oregano, paprika dan serbuk perasa.
2.Belah bawang Holland kepada dua bahagian dan leraikan.
3.Kemudian, masukkan daging yg telah siap digaul tadi ke dlm bawang dan sumbatkan bersama keju Mozzarella.
4.Bulat-bulatkan dan gaul di dlm tepung gandum.
5.Sesudah itu, celupkan ke dlm telur dan serbuk roti.
6.Akhir sekali, goreng sehingga berwarna keemasan.
7.Boleh dihidangkan bersama keju krim.

2. FRITTATA BERKEJU

Untitled design 63 9 - 4 Menu Snek Barat Kesukaan, Daging & Keju Paling Sedap

BAHAN-BAHAN :

  • 5 biji telur
  • 30 gram susu segar
  • 25 gram cendawan butang (dihiris)
  • 25 gram bawang merah (dipotong dadu)
  • 25 gram lada benggala merah (dipotong dadu)
  • 25 gram lada benggala kuning (dipotong dadu)
  • 10 gram daun bawang
  • 25 gram keju Cheddar (diparut)
  • 25 gram keju Mozzarella (diparut)
  • 10 gram mentega
  • Garam
  • Lada putih

CARA MEMASAK :
1. Pukul telur bersama susu segar, garam dan lada putih sehingga sebati.
2. Kemudian, panaskan kuali dan cairkan mentega. Tumis bawang merah, cendawan, lada benggala merah dan kuning sehingga naik bau.
3. Seterusnya, masukkan adunan telur tadi dan kacau bersama bahan tumisan berserta sayuran tadi.
4. Apabila sekata, masak campuran telur berisi sayur dan taburkan dgn hirisan daun bawang sehingga separa masak.
5. Akhir sekali, taburkan parutan keju Cheddar dan Mozzarella di atas permukaan telur dan bakar di dlm ketuhar selama 10 minit dgn suhu 170 darjah Celsius.
6. Sedia utk dihidang.

3. SHEPERD PIE DAGING

Untitled design 59 12 - 4 Menu Snek Barat Kesukaan, Daging & Keju Paling Sedap

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kilo daging lembu atau kambing | dipotong dadu
  • 100gm  daging tetel lembu | dipotong kecil
  • 5-6 biji  kentang russet | direbus empuk
  • 2 biji bawang besar | dicincang
  • 3 ulas bawang putih   | dicincang
  • 1 1/2 sudu besar serbuk brown sauce ( dilarutkan di dlm 125ml air suam)
  • 1/2 kiub stok daging lembu | mengikut cita rasa
  • 1 batang lobak merah | potong sebesar 2.5cm
  • 2 batang seleri | potong sebesar 2.5cm
  • 6-7 biji cendawan butang segar | dihiris kasar
  • 2 helai daun bay
  • Sedikit herba rosemary dan thyme
  • 2 sudu teh sos Lea & Perrins
  • Sedikit tepung gandum yg dilarutkan ke dlm 125ml air
  • 180ml susu segar
  • 100gm mentega ( utk dimasukkan ke dlm kentang lenyek)
  • 100gm mentega ( utk menumis bersama minyak zaitun)
  • 2 sudu mkn minyak zaitun
  • Lada hitam dan garam mengikut cita rasa

CARA MEMASAK:
1. Lenyek kentang rebus bersama susu, mentega dan garam, utk diletakkan di bahagian atas daging yg telah dimasak. Ketepikan.
2. Rebus daging sehingga empuk. Ketepikan.
3. Tumis bawang merah dan bawang putih bersama minyak zaitun dan sedikit mentega. Masukkan sos Lea & Perrins, air, stok daging, lobak merah, saleri, cendawan, daun bay, rosemary, thyme, lada hitam dan garam. Biarkan sehingga mendidih. Masukkan daging yg telah direbus tadi dan gaul sehingga sebati. Apabila sudah masak, masukkan tepung dan sedikit mentega. Jangan masak sehingga ia terlalu pekat. Biar ia basah dan lembap, tidak terlalu kering.
4. Setelah itu, masukkan semua bahan yg dimasak tadi ke dlm kaserol dan ratakan. Setelah itu masukkan kentang yg sudah dilenyek di bahagian atas dan ratakan. 
5. Bakar dgn suhu 180 C selama setengah jam sehingga kentang menjadi garing sedikit. 
6. Angkat dan sedia dihidangkan.

Info chef: Inti yg tidak terlalu kering akan menambah kesedapan Sheppard Pie itu ketika dinikmati.

Saiz Hidangan: 4-6 orang
Waktu Memasak: 40 minit
Jenis Hidangan: Inggeris
Keistimewaan: Rasa lemak ubi kentang dan rempah ratus yg seimbang
Jenis Penyediaan: Pai
Cara Memasak: Tumis dan bakar
Anggaran kos: RM30-RM40

4. LASAGNA

Untitled design 62 12 - 4 Menu Snek Barat Kesukaan, Daging & Keju Paling Sedap

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kotak ‘oven- ready’ pasta lasagna
  • 650gm daging kisar
  • 2 batang seleri | panggang dan dikisar
  • 2 biji tomato | panggang dan dikisar
  • 2 batang lobak merah |panggang dan dikisar
  • 2 biji bawang besar |panggang dan dikisar
  • 3 biji bawang putih 
  • 1 tin kecil tomato puri
  • 6-7 biji cendawan butang
  • 500ml air

BAHAN HERBA:

  • 2 sudu kecil oregano
  • 2 sudu kecil paprika
  • 2 helai daun bay
  • 1 sudu kecik thyme
  • Lada hitam dan garam mengikut cita rasa
  • 125ml susu cair (evaporated)
  • 2 sudu mkn serbuk keju parmesan
  • 1 kiub stok daging
  • 100gm mentega
  • 2-3 sudu mkn minyak zaitun

BAHAN UNTUK SOS KEJU:

  • 60gm tepung gandum
  • 375ml susu cair segar
  • 100gm mentega
  • 7 keping kepingan keju cheddar
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:
1. Kisar bahan-bahan yg telah dipanggang iaitu seleri, tomato, lobak merah dan bawang besar dgn 500ml air. Ketepikan.
2. Panaskan mentega dgn minyak zaitun. Goreng bawang putih sehingga kekuningan dan masukkan daging kisar.
3. Goreng sehingga naik bau wangi dan masukkan bahan-bahan yg telah dikisar. Kacau sehingga sebati dan masukkan air sekiranya pekat. Setelah mendidih masukkan tomato puri dan semua bahan herba, kiub stok daging, lada hitam, sedikit garam dan sedikit gula. Kacau sekata. Apabila hampir masak, masukkan susu dan keju parmesan dan kacau lagi sehingga sebati. Masak jangan sampai ia terlalu cair. Angkat dan sejukkan. Ketepikan.
4. Utk sos keju; Panaskan mentega dan masukkan tepung gandum dan kacau sehingga rata.
5. Masukkan susu dan keju dan kacau sehingga sebati. Pastikan sos tidak terlalu cair atau pekat/kental. Angkat dan sejukkan. 
6. Utk membuat lapisan lasagna; Sapukan mentega secara rata pd kaserol atau bekas pembakar. Letakkan sos daging dan ratakan. 
7. Susunkan lasagna pasta di seluruh permukaan bekas. 
8. Sapukan sos keju dan taburkan serbuk keju parmesan. 
9. Sapukan sos daging lagi dan ratakan. Seterusnya susunkan pasta lasagna.
10. Sapukan sos keju dgn rata. Taburkan keju mozarela di seluruh permukaan. 
11. Bakar pd suhu 180 C selama 1/2 jam sehingga keju mozarela cair dan kekuningan. Barulah angkat dan enak dimakan ketika panas. 

Info chef: Hanya masukkan sedikit sahaja garam utk menggelakkan ia masin memandangkan sudah ada aneka jenis keju.

Saiz Hidangan: 3-5 orang
Waktu Memasak: 1 jam
Jenis Hidangan: Barat
Keistimewaan: Mengenyangkan dan sedap
Jenis Penyediaan: Pasta
Cara Memasak: Tumis, goreng dan bakar
Anggaran kos: RM30-RM40

Loading...

Tags: #barat #Daging #Keju #KESUKAAN #MENU #Paling #Sedap #Snek

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.