4 Menu Ayam & Daging Yg Sedap & Cepat Dimasak.

ayam kicap 1 - 4 Menu Ayam & Daging Yg Sedap & Cepat Dimasak.

Kalau korang jenis yg ada masak cukup-cukup je nak masak utk berbuka dek sebab selalu sangkut dlm jam masa balik kerja, ini ada empat menu yg sedap, ringkas dan cepat dimasak. Kesemua lauk ini blh korang sediakan tak lebih dr 15 minit. Tak percaya blh cuba ye.

daging kailan 300x225 - 4 Menu Ayam & Daging Yg Sedap & Cepat Dimasak.

DAGING GORENG KAILAN
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
300gm daging | hiris nipis
1 sudu teh kicap
2 sudu teh minyak sayur
1 sudu teh tepung jagung
Sedikit garam dan gula
Bahan Sos:
2 sudu mkn air
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Bahan Tumis:
3 pokok anak kailan | potong 3-4cm & celur angkat
2 sudu mkn minyak
1 biji cili merah | hiris serong
2 biji bawang merah | hiris
6 ulas bawang putih | cincang kasar
3 sudu minyak masak
Garam dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Masukkan daging bersama semua bahan perapan ke dlm mangkuk. Gaul dan perap lebih kurang 30 minit.
2. Sambil itu sediakan sos. Di dlm mangkuk kecil campurkan semua bahan sos. Kacau rata dan ketepikan.
3. Panaskan air dlm periuk, kemudian celur anak kailan lebih kurang satu minit, angkat dan toskan.
4. Utk menumis daging, panaskan sedikit minyak masak, Masukkan bawang putih, bawang merah sehingga wangi.
5. Kemudian masukkan daging yg telah diperap tadi.
6. Gaul rata, sehingga daging masak dan bertukar warna keperangan.
7. Seterusnya, masukan hirisan cili dan kailan yg telah dicelur tadi, kacau seketika.
8. Masukkan sos yg telah disediakan tadi, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
9. Angkat dan sedia dihidangkan.

daging kacang pis 300x225 - 4 Menu Ayam & Daging Yg Sedap & Cepat Dimasak.

DAGING GORENG SOS TIRAM BERSAMA KACANG PIS
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
500gm daging | hiris nipis
1 sudu teh garam
1sudu teh gula
1 sudu teh kicap
1sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Bahan Sos:
1 sudu mkn kicap pekat
3 sudu mkn air rebusan stok ayam
2 sudu mkn sos tiram
2 sudu mkn gula
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Tumis:
4 ulas bawang putih | cincang halus
1 biji bawang besar | dadu kecil
3cm halia | hiris halus memanjang
Bahan-Bahan Lain:
3 sudu mkn minyak masak
400gm kacang pis | bersihkan
1/2 biji cili benggala
Garam gula secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Utk perapan daging, campurkan semua bahan, daging, garam, gula, kicap, tepung jagung, dan minyak bijan.
Gaul rata dan perapkan lebih kurang 15-20 minit.
2. Utk bahan sos: Campurkan kicap, stok ayam, sos tiram dan minyak bijan dlm mangkuk kecil dan ketepikan.
3. Panaskan minyak dlm kuali, tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
4. Seterusnya masukkan daging yg diperap, kacau rata sehingga keperangan ( lebih kurang 4-5 minit).
5. Kemudian masukkan kacang pis dan hirisan cili benggala, kacau sehingga kacang layu (2-3 minit).
6. Tuangkan bahan sos dan kacau rata. Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
7. Akhir sekali tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.

ayam cili benggala 300x225 - 4 Menu Ayam & Daging Yg Sedap & Cepat Dimasak.

AYAM LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam | hiris kecil
50gm daun bawang
Rempah penumis | bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
3 biji cili merah | hiris memanjang
1 biji bawang besar | dadu kecil
5ulas bawang putih | cincang
3cm halia mudah | hiris halus
1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
1 sudu mkn sos tomato
1 sudu mkn sos lada hitam
1 sudu mkn kicap pekat manis
Minyak utk menumis
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar, bawang putih dan halia sehingga wangi.
2. Masukkan ayam, kacau sehingga ayam kecut dan airnya agak kering.
3. Seterusnya masukkan sos tomato, sos lada hitam, kicap pekat manis.
4. Kacau lagi lebih kurang 2-3 minit.
5. Kemudian perasakan dgn garam, gula secukupnya.
6. Sebelum angkat, masukkan daun bawang, hirisan cili merah dan taburkan dgn serbuk lada hitam.
7. Tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.

Loading...

Tags: #Ayam #Cepat #Daging #DiMasak #MENU #Sedap

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.