4 Kuih Muih Tradisional Dari Tepung Beras, ‘Favourite’ Zaman Berzaman.

Untitled design 15 1 - 4 Kuih Muih Tradisional Dari Tepung Beras, ‘Favourite’ Zaman Berzaman.

Bila disebut kuih tempatan pastilah kuih tradisional yg terbayang di ingatan. Ya, kuih tempatan ialah kuih yg menggunakan bahan tempatan yg mudah didapati di negara kita.

Kuih tempatan biasanya dihasilkan dgn menggunakan bahan asas seperti tepung beras, tepung pulut, tepung ubi kayu, gula melaka, santan dan sbgnya. Yg pastinya bahannya murah tapi dr segi rasa terjamin sedap. Sesuai dibuat sarapan dan minum petang.

Untitled design 20 1 - 4 Kuih Muih Tradisional Dari Tepung Beras, ‘Favourite’ Zaman Berzaman.

foto : HargaCampur.Com

Pemilik KUEH Kafe, Mohamad Ezwan Mohamad Zain sudi berkongsi keenakan kuih di kafenya ,seksyen 13, Shah Alam. Esok cuti kan jom kita cuba esok, .

1.PUTU PERAK

Untitled design 17 1 - 4 Kuih Muih Tradisional Dari Tepung Beras, ‘Favourite’ Zaman Berzaman.
BAHAN-BAHAN :

  • 4 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung pulut
  • 1 cawan air
  • 1 cawan gula halus atau kaster
  • Kain kasa/ kain kapas lembap sbg alas acuan masa mengukus

Bahan inti :

  • Gula Melaka atau gula kabung secukupnya/diracik

CARA MEMASAK :
1. Campurkan tepung beras dan tepung pulut.
2. Gaul rata. Tuang air dan ramas sehingga nampak berketul.
3. Kisar kering sehingga halus dan ayak.
4. Campurkan gula kedalam tepung yg diayak tadi.
5. Gaul sehingga sebati, sementara itu panas air kukusan sehingga mendidih
6. Masukkan sedikit adunan ke dlm acuan biar separuh sahaja.
7. Masukkan inti gula kabung/Melaka, kemudian tambah adunan di atasnya.
8. Alas kain lembap pd acuan dan kukus sehingga masak.

INFO : Versi inti asal putu tradisional dr Perak ini adalah kelapa parut dan garam, tetapi ramai yg sudah mengubahsuai inti dgn gula kabung atau gula Melaka utk rasa yg manis

2. KUIH LAPIS PELANGI

RAS 20180501 12 171TO186 KUIH LAPIS PELANGI 17 - 4 Kuih Muih Tradisional Dari Tepung Beras, ‘Favourite’ Zaman Berzaman.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 tepung beras
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 8 cawan santan sederhana pekat (dari 1 1/2 biji kelapa parut)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu teh esen ros
    Pewarna merah, hijau, putih, kuning biru, ungu , merah jambu cukupkan 7 (jumlah warna ikut suka,)

CARA MEMASAK :
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan kepada 7 bahagian warna asal, dan 7 bahagian lagi masukkan pewarna yg berlainan.
3. Panaskan pengukus dan sapukan sedikit minyak pd loyang yg akan digunakan dan kukus loyang sebentar.
4. Masukkan satu senduk adunan putih dan kukus selama 5 minit sehingga masak.
5. Lapiskan pula satu senduk adunan merah dan kukus lagi 5 minit.
6. Ulangi langkah 4 berselang seli adunan warna asal dan adunan berwarna sehingga habis.
7. Utk lapisan terakhir, tutup loyang dan kukus selama 25 minit. Balut penutup dgn tuala dapur agar air tidak menitik ke atas permukaan kuih.
8. Setelah masak, angkat biarkan sejuk, Bila sudah betul-betul sejuk barulah blh dipotong menggunakan pisau plastik atau pisau potong kek.

INFO : Pastikan setiap lapisan yg dikukus itu membeku. Kadang-kadang lapisan yg tengah perlu dipanjangan sedikit masa kerana lapisan dah tebal. Sekiranya adunan tak membeku ia akan tercampur
dengan warna lain dan tidak cantik lapisannya.

3. KUIH TEPUNG PELITA ASLI

RAS 20180501 12 171TO186  44 - 4 Kuih Muih Tradisional Dari Tepung Beras, ‘Favourite’ Zaman Berzaman.

BAHAN-BAHAN :

Bahan lapisan hijau /bawah:

  • 1/2 cawan tepung beras
  • Secubit kapur mkn
  • 2 cawan air daun pandan /4-5 helai daun pandan dikisar
  • 1 sudu teh gula bg setiap bekas

Bahan lapisan atas/santan :

  • 1/2 cawan tepung beras
  • 2 1/2 cawan santan
  • Secubit garam

CARA MASAK LAPISAN HIJAU/BAWAH:
1. Campurkan kesemua bahan lapisan hijau. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih.
2. Susun bekas daun pisang dlm periuk pengukus. Isikan satu sudu gula ke dlm bekas, kemudian baru tuangkan campuran tadi sebanyak 1/3 sahaja.
3. Kukus selama 15 minit , setelah masak tuangkan pula adunan lapisan santan di atasnya.

CARA MASAK LAPISAN SANTAN/ATAS :
1.Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur sambil dikacau sehingga keluar wap.
2.Tuang atas lapisan hijau tadi dan kukus selama 10 minit.

INFO CHEF : Seperti juga kuih tradisional yg lain ia turut mengalami ubahsuai dlm resipinya. Ada yg dimasukkan tepung jagung tepung kwan hoe dan bermacam-macam lagi.

4. KUIH TOPI

Untitled design 16 - 4 Kuih Muih Tradisional Dari Tepung Beras, ‘Favourite’ Zaman Berzaman.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 1/2 cawan gula
  • 2 cawan air
  • Secubit garam
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras

CARA MEMASAK :
1. Gula, air dan garam dimasak sehingga gula hancur. Sejukkan air gula.
2. Tepung gandum dan tepung beras dicampurkan. Kemudian masukkan air gula sedikit demi sedikit.
3. Kacau sehingga adunan tidak berketul dan berbuih.
4. Kemudian perap 8 jam atau semalaman
5. Sebelum goreng kacau sebati dulu adunan kuih topi itu. Kalau pekat tambah sedikit air dan kacau sebati.
6. Apabila adunan sudah sebati ambil sesenduk adunan curah dlm kuali yg sudah panas minyak.
7. Guna kuali yg dlm, bila sudah masuk, balikkan kuih topi.
8. Masa ini anda blh lihat topinya naik.
9. Goreng sehingga tepi dan kelililing kuih agak garing
10. Kuih topi siap dihidangkan

INFO : Kuih topi cukup popular di Kelantan dan Terengganu. Ia juga dikenali sbg kuih cucur manis atau cucur jawa.

Komen anda

Loading...

Tags: #‘Favourite’ #Beras #Berzaman. #Dari #Kuih #Muih #Tepung #Tradisional #Zaman

author
Author: 
    PASEMBOR
    Assalam buat semua..Ramadhan ke-15Saya terjumpa resepi Pasembor yg mudah kat group MAHN yg
    Puding roti
    Puding roti
    Resepi Ayam Masak Kurma Yg Menyelerakan!!
    Resepi Ayam Masak Kurma Yg Menyelerakan!! | Assalamualaikummmm… admin nak share cara buat
    Gulai Udang Nenas Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi mudah yg wajib anda mencubanya iaitu

    Leave a reply "4 Kuih Muih Tradisional Dari Tepung Beras, ‘Favourite’ Zaman Berzaman."