4 Khasiat Jambu Air Yg Sangat Bagus Utk Kesihatan Yg Anda Patut Tahu

Loading...

4 Khasiat Jambu Air Yg Sangat Bagus Utk Kesihatan Yg Anda Patut Tahu ||Salam semua, musim buah jambu air sekarang ni kan. kat rumah ada sepohon jambu madu, tapi nak buat macam mana masak time musim hujan, jadi rasanya agak tawar sikit, nak tinggal lama kat pokok tak blh, sebab ada spesis semut suka korek dlm buah jambu madu ni, kalau tinggal lama kat pokok biar warna macam merah gelap rasa lagi manis. Sabar jer lah kan. sempat geng – geng semut tu korek sampai berlubang dlm buah. 
Walaupun dah kemas bungkusnya. Ada juga yg dimakan tupai. Sebenarnya pokok jambu madu susah nak berbuah, ada jerr nasib tak baik. Tapi thn ini alhamdulillah, lebat buahnya tahan sampai lah buah masak. Lama dah tak merasa jambu madu pokok sendiri. Disebabkan masak time ketika musim hujan, jadi manis nya tu sedang – sedang. 
Pokok tak tinggi sangat lagi sampai ada buah yg nak sampai kat tanah. Itu yg geram sangat hii.Pokok jambu madu ni ada sekali pernah nak hampir mati sebab akarnya dimakan anai- anai, langsung tak ada daun, tapi kuat semangat pokok jambu madu ni huu.  . Buah jambu madu ni ada jugak khasiatnya ya. Mana – mana buah pun ada khasiat. Jom ketahui apa khasiat jambu air
4 Khasiat Jambu Air Yg Sangat Bagus Utk Kesihatan Yg Anda Patut Tahu

4 Khasiat Jambu Air Yg Sangat Bagus Utk Kesihatan Yg Patut Anda Tahu

1.Sebagai antioksidan utk kulit

Kandungan vitamin C dlm buah jambu air berperanan penting utk memperbaiki sel-sel tubuh yg rosak khususnya sbg perawatan kulit, menjadikan kulit tampak lebih segar dan peredaran darah lancar.

Buah jambu air ini mempunyai pelbagai manfaat bagi kesihatan tubuh terutama kandungan airnya yg begitu menyegarkan.

2. Mencantikkan kulit

Di sebabkan jambu air kaya dgn kandungan vitamin C dan A ,dipercayai sbg sumber zat utk mencantikkan kulit. Kandungan vitamin C yg didapati dr 100gram jambu air adalah sangat tinggi. Kandungan vitamin A –nya juga lebih tinggi jika dibandingkan dgn buah epal.

3. Melancarkan sistem penghadaman

Kandungan  serat dan air yg banyak dlm jambu air sangat bagus utk melancarkan sistem penghadaman. Khasiatnya juga dianggap sbg ‘komponen diuretic’ /merangsang serta melancarkan pembuangan air kecil. Bagi sebahagian orang, jambu air turut bermanfaat utk meredakan bengkak pd kulit kaki dan tangan.

4. Menjaga kesihatan mata  

Jambu air juga mengandungi vitamin A yg sememangnya diperlukan oleg mata agar dapat berfungsi seiring dgn peningkatan usia kita. Pengambilan jambu air juga baik utk mengatasi mata kuyu yg disebabkan oleh keletihan mata.

Dah tahu bagus mkn jambu air ni kan, Yg mana ada pokok tu, jangan sia – siakan, mkn banyak – banyak. :D.

Jemput tonton di my youtube channel. Rajin nak shoot video, jarang ohh nak berbuah lebat macam ini.

Info rujuk di SINI

Loading...

Tags: #anda #BAGUS #Jambu #KESIHATAN #Khasiat #Patut #sangat #Tahu

author
Author: 
    Sebelum ‘Cendol Dawet’ Viral, Abah Lala Berjuang Mati-Matian Sampai Rela Dihujat!
    slidegossip.com – Para pecinta lagu dangdut, khususnya di Pulau Jawa pasti tahu dgn
    Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
    Assalamualaikum semua… Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 kembali lg thn ni. Ni kali
    (Video) Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah
    Penjaminan kualiti merupakan piawaian utk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yg
    Nikita Mirzani Siap Bayari Tiga Setia Gara Pulang ke Indonesia, Tapi Jawabannya Malah Begini!
    slidegossip.com – Artis asal Indonesia, Tiga Setia Gara yg kini tinggal di Amerika

    Leave a reply "4 Khasiat Jambu Air Yg Sangat Bagus Utk Kesihatan Yg Anda Patut Tahu"