4 Cara Masakan Thai ‘Gerenti’ Sedap . Resipi Hebat Restoran Jemari.

Loading...

Untitled design 6 8 1 - 4 Cara Masakan Thai ‘Gerenti’ Sedap . Resipi Hebat Restoran Jemari.

Sajian Thai memang cukup popular di benua Asia dan seluruh dunia. Kalau asyik mkn juadah yg sama pun ‘boring’ gak.  Jom kita try lauk Thai pula. Tak payah pergi jauh di Restoran Jemari mcm-macam menu Thai ada.

Campuran rempah dan pelbagai herba seperti daun selasih, limau purut, serai dan kantan yg kaya aroma cukup menyelerakan.

Jom kita cuba rasa  juadah dr reseipi sumbangan Tahirah Kamaruddin dan Mohd Shafik Suhaimi dr Restoran Jemari, Shah Alam. Rugi kalau korang tak cuba.

Untitled design 18 2 - 4 Cara Masakan Thai ‘Gerenti’ Sedap . Resipi Hebat Restoran Jemari.

1.Phad Kra Phao Gai (Ayam Prad Kra Phao)

Untitled design 34 - 4 Cara Masakan Thai ‘Gerenti’ Sedap . Resipi Hebat Restoran Jemari.

BAHAN-BAHAN :

  • 200 gm isi ayam | dicincang
  • 3 ulas bawang putih | dicincang
  • 20-30 gm daun selasih
  • 7 biji cili padi merah | ditumbuk halus
  • 3 sudu mkn minyak masak | utk menumis
  • 2 sudu mkn kicap sotong atau kicap ikan
  • 1/2 sudu mkn sos tiram
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu teh kicap pekat
  • 4 sudu teh gula
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK :

1.Pijarkan minyak dan tumiskan bawang putih bersama isi ayam dan cili padi yg telah ditumbuk.
2. Masukkan kicap sotong, sos tiram dan perisakan dgn garam dan gula.
3. Kemudian masukkan air rebusan ayam dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kicap pekat
5 .Setelah hampir kering masukkan daun selasih dan sedia dihidang.

Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 10 minit
Jenis masakan : Lauk utama Thai
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan : Cili thai dan daun selasih menghasilkan kombinasi yg pedas dan beraroma sedap
Anggaran kos : RM 9

INFO CHEF : Dlm masakan ini penting utk mengawal api dan kerap kacau supaya ia tidak terlalu kering dan hangit.

2. Gaeng Kiaw Wan (Daging Masak Kari Hijau)

Untitled design 1 21 - 4 Cara Masakan Thai ‘Gerenti’ Sedap . Resipi Hebat Restoran Jemari.

BAHAN-BAHAN :

Bahan tumis (pes hijau) :

  • 1 batang serai |dikisar halus
  • 2 ulas bawang putih | dikisar halus
  • 1.5 sm lengkuas | dikisar halus
  • 6 biji cili hijau besar |  dikisar halus
  • 20 gm belacan | dibakar dan kisar
  • 1/2 sm kulit kayu manis
  • 1/2 sudu teh ketumbar
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • 1 biji kulit limau purut | disagat
  • 4 helai daun limau purut | dihiris halus
  • 200 gm daging /dihiris nipis
  • 20- 30 gm daun selasih

  • 1 biji terung bulat/panjang dibelah dua
  • 10 gm kubis bunga/ dihiris
  • 3 batang kacang panjang/ dipotong pendek
  • 2 sudu teh gula
  • 2 sudu mkn kicap sotong @ ikan
  • 62 ml air rebusan daging
  • 100 ml santan
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dlm periuk. Setelah pijar masukkan semua bahan utk menumis yg telah dikisar halus tadi biarkan ia garing dan pecah minyak.
2. Masukkan daging serta air rebusan ayam serta kacau rata dan biarkan mendidih.
3. Apabila daging mulai lembut masukkan sayur-sayuran, kicap sotong dan santan.
4. Biar mendidih dgn api sederhana dan kacau selalu.
5. Masukkan santan selepas beberapa minit mereneh. Masukkan daun selasih dan pdmkan api.
6. Kari hijau sedia dihidang

Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 20 minit
Jenis masakan : Lauk utama
Cara memasak : Tumis dan reneh
Keistimewaan : Daun selasih memberi rasa istimewa pd lauk kari hijau Thai ini.
Anggaran kos : RM 10

INFO CHEF : Anda blh buat pes hijau lebih utk digunakan lagi. Supaya lebih tahan tumiskan dgn minyak sampai garing dlm 6- 7 minit, guna api kecil dan kacau selalu. Kemudian sejukkan dan
simpan dlm botol. Bila nak guna ambil dan tak perlu tumis.

3. Gaeng Phanaeng (Daging Phanaeng)

Untitled design 2 19 - 4 Cara Masakan Thai ‘Gerenti’ Sedap . Resipi Hebat Restoran Jemari.

BAHAN-BAHAN :

Bahan utk ditumis :

  • 400 gm daging | dihiris nipis
  • 6 sudu mkn pes cili kering
  • 2 batang serai | dikisar halus
  • 2 sm lengkuas | dikisar halus
  • 4 helai daun limau purut | dikisar halus
  • 1.5 sm belacan bakar | dikisar
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 20 gm daun dan tangkai ketumbar | dicincang halus
  • 2 biji kulit limau purut | dikisar halus
  • 2 ulas bawang putih | dikisar halus
  • 1 batang kayu manis | dikisar halus
  • 1/2 sudu teh jintan manis
  • 1 cawan air
  • Minyak utk menumis
  • 40 ml santan segar
  • Gula dan garam secukupnya

CARA MEMASAK :
1. Pijarkan sedikit minyak dlm kuali dan masukkan rempah dan bahan yg telah dikisar tadi. Tumis sehingga garing dan pecah minyak
2. Masukkan daging dan air dan biarkan daging empuk.
3. Kecilkan api dan biarkan ia mereneh seketika dan masukkan santan segar
4. Kacau seketika dan pdmkan api. Siap dimasak

Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 10 minit
Jenis masakan : Lauk utama
Cara memasak : Tumis dan sedikit reneh
Keistimewaan : Enak kaya dgn rasa rempah dan lemak santan
Anggaran kos : RM 15

INFO CHEF : Resepi yg sama blh juga digunakan utk ayam.

4. Hor Mok Talay (Otak-otak udang)

Untitled design 3 19 - 4 Cara Masakan Thai ‘Gerenti’ Sedap . Resipi Hebat Restoran Jemari.

BAHAN-BAHAN :

  • 4 ekor udang | dicincang
  • 1 ekor sotong | dicincang
  • 4 ekor kupang | dicincang
  • 2 biji telur
  • 2 batang kacang panjang | dipotong kecil
  • 1/4 batang lobak merak | dicincang halus
  • 2 batang cili padi | dihiris
  • 2 ulas bawang putih | dicincang

  • 20 gm daun selasih
  • 1/2 biji bawang holland  | dicincang
  • 2 biji bawang merah | dicincang
  • 10 ml santan
  • Gula secukup rasa
  • 1/2 sudu teh sos tiram
  • 1/2 sudu teh kicap [email protected]

CARA MEMASAK :

1.Campurkan semua bahan ke dlm mangkuk dan gaul sehingga sebati.
2. Panaskan pengukus dgn air.
3.Masukkan adunan ini ke dlm foil dan tutup sepenuhnya dan masukkan dlm pengukus. Kukus selama 10 minit.
4.Sebelum dihidang anda blh meletakkan sedikit santan di atasnya dan hias dgn sedikit cili merah jika mahu lebih pedas.
5.Hor mok sedia dihidang

Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 15 minit
Jenis masakan : Lauk utama/kudapan
Cara memasak : Kukus
Keistimewaan : Rasa pedas dan aroma daun selasih membuka selera
Anggaran kos : RM 18

INFO CHEF : Hor Mok adalah otak-otak versi Thailand. Selain mknan laut blh juga digantikan ayam atau isi ikan dory.

5.Gar Hor Bai Toey (Ayam pandan)

Untitled design 4 20 - 4 Cara Masakan Thai ‘Gerenti’ Sedap . Resipi Hebat Restoran Jemari.

BAHAN-BAHAN :

250 gm isi ayam (potong kiub sederhana besar)
4-5 helai daun pandan

Bahan utk perapan :

  • 40 ml susu cair
  • 1 sudu mkn serbuk kari ayam
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 1 tangkai daun ketumbar (dihiris halus)
  • 3 ulas bawang putih /dikisar halus
  • 3 ulas bawang merah /dikisar halus
  • 1 sm halia /dikisar halus

CARA MEMASAK :
1. Bersihkan ayam dan toskan.
2. Kisar halus semua bahan perapan, letakkan sedikit air.
3. Gaulkan bahan perapan bersama ayam.
4. Biarkan ayam diperap sekurang-kurangnya 3 jam
5. Lipat daun pandan bersaiz samosa, dan masukkan ayam yg telah diperap tadi.
6. Kukus selama 5-6 minit
7. Panaskan minyak dan goreng. Ayam siap dihidang.

Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 15 minit
Jenis masakan : Lauk utama
Cara memasak : Kukus dan goreng
Keistimewaan : Lazat dgn perapan daun pandan
Anggaran kos : RM 10

INFO CHEF : Usah dikukus ayam terlalu lama kerana ia akan mengurangkan rasa kemanisan isi ayam

TERIMA KASIH : RESTORAN JEMARI, No. 18A, Jalan Plumbum Q7/Q,
Seksyen 7, Selangor, 40000 Shah Alam

Komen anda

Loading...

Tags: #Cara #Gerenti #Hebat #Jemari. #Masakan #Resipi #RESTORAN #Sedap #Thai

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "4 Cara Masakan Thai ‘Gerenti’ Sedap . Resipi Hebat Restoran Jemari."