3 Spagheti ‘Western’ + 2 Spagheti ‘Fusion’.Rasa Barat & Asia Gerenti Sedap

Untitled design 51 5 1 - 3 Spagheti ‘Western’ + 2 Spagheti ‘Fusion’.Rasa Barat & Asia Gerenti Sedap

Spaghetti…sajian yg sungguh mengenyangkan. Kalau dah mkn sajian ni memang tak pandang dah nasi dan lauk lain. Spaghetti kini bukan sahaja disajikan gaya menu barat tetapi blh dimasak ala citarasa Asia yg berempah.

Apa pun pilihan menu anda, ke lima menu ni cukup sedap utk dicuba. Cubalah nanti ya, mkn tengah hari pun blh nak mkn malam pun okay.

1. SMOKED DUCK PASTA WITH OLIVE OIL

Untitled design 47 11 - 3 Spagheti ‘Western’ + 2 Spagheti ‘Fusion’.Rasa Barat & Asia Gerenti Sedap

BAHAN-BAHAN :

  • 8 ulas bawang putih
  • 1/3 cawan minyak zaitun
  • 100 gm daging itik salai (potong dadu)
  • 200 gm spaghetti
  • 4 sudu mkn daun parsli (dicincang )
  • 1/ 3 cawan air rebusan mknan laut (seafood stock)
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

1. Beberapa jam sebelum atau malam sebelumnya, hiris bawang putih 1mm. Rendam hirisan bawang putih di dlm 1/3 cawan minyak zaitun.Inilah rahsia kelazatan perisanya ini iaitu mengadunkan rasa minyak zaitun dgn bawang putih terlebih dahulu.

2. Didihkan air di dlm periuk utk merebus spaghetti. Masukkan sedikit minyak zaitun dan garam secukup rasa.

3. Sementara itu jika anda menggunakan parsli segar, hiris dan cincang halus.

4. Rendamkan itik salai dlm 1/3 cawan air rebusan mknan laut. Ini adalah kaedah utk menukar air kepada air bergaram (brine) menggunakan itik salai. Daging itik salai kemudian dikeluarkan dipotong dadu dan ditumis.

5. Kemudian masukkan 200 gm spaghetti ke dlm periuk air yg mendidih tadi sehingga separuh masak. Tos dan ketepikan.

6. Panaskan bawang putih dan minyak zaitun di dlm kuali leper. Ketika minyak sedang panas kacau dgn sudip agar bawang putih tidak bergumpal. Apabila bawang putih menjadi perang tutup api.

7. Ambil spaghetti dan masukkan ke dlm kuali leper. Nyalakan api sederhana dan masukkan duck brine airnya sahaja. Taburkan parsli yg dicincang sebanyak tiga sudu mkn dan lada hitam secukup rasa. Balik-balikkan perlahan spaghetti dlm kuali leper sehingga masak al dente dan air kering.

8. Pdmkan api dan masukkan daging itik salai. Gaulkan dan rasa dahulu pasta anda sebelum memasukkan garam utk mengelakkan rasa masin kerana itik salai sudah bergaram

9. Hidangkan dan taburkan lebihan parsli tadi.

INFO CHEF :
Jika anda ingin memasak Spaghetti Aglio e Olio biasa tanpa daging itik salai, gunakan 1/3 cawan air drpada rebusan pasta dan tambahkan garam sehingga cukup rasa.

Saiz hidangan : 1 orang
Waktu Memasak : 25 minit
Cara Memasak : Rebus dan tumis
Jenis masakan : Barat
Keistimewaan : Rasa itik salai memberikan rasa yg berbeza dan lebih enak

2. SEAFOOD PESTO WITH BASIL

Untitled design 48 9 - 3 Spagheti ‘Western’ + 2 Spagheti ‘Fusion’.Rasa Barat & Asia Gerenti Sedap

BAHAN-BAHAN:

  • 320 gm spaghetti
  • 220 gm kacang hijau
  • Minyak zaitun dlm bekas semburan (olive oil spray)
  • 250 gm udang saiz sederhana (kelar dan buang urat di belakang )
  • 250 gm filet ikan (putih) potong jadi kepingan 2 sm
  • Daun selasih segar utk hiasan
  • 2-3 biji buah zaitun

BAHAN PES (PESTO);

  • 1 cawan daun selasih
  • 1/3 daun parsli segar
  • 20 gm keju parmesan (diparut halus)
  • 2 sudu mkn kacang pine (dibakar sebentar dlm oven)
  • 1 sudu teh (parutan halus kulit lemon)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 sudu mkn minyak zaitun
  • 2 sudu mkn air panas

CARA MEMASAK :

1. Utk membuat pesto masukkan daun selasih, parsli, keju parmesan, kacang pine, parutan kulit lemon dan bawang putih dlm pemproses mknan (food processor).

2. Biarkan sehingga dikisar halus, masukkan minyak zaitun dan air dan proses sehingga sebati. Perasakan dgn garam dan lada hitam.

3. Rebus spaghetti dlm periuk (saucepan) dlm air mendidih dan masukkan sedikit garam. Biarkan sehingga masak al dente. Masukkan pula kacang hijau semasa 2-3 min terakhir masakan.

4. Tapiskan dan tinggalkan dlm 60 ml air dlmnya.

5. Sementara itu panaskan kuali leper dlm suhu tinggi. Semburkan sedikit dgn minyak zaitun (olive oil spray) dan masukkan udang dan filet ikan dan kacau sekali sekala selama 3-4 minit sehingga masak.

6. Masukkan spaghetti , kacang dan adunan pesto tadi ke dlm kuali tadi. Tutup api dan gaul rata.

7. Siap utk hidangan.

INFO CHEF :
Kacang pine blh didapati di pasaraya besar. Anda juga blh menggantikannya dgn badam atau kacang walnut.

Saiz hidangan : 2 orang
Waktu Memasak : 15-20 minit
Cara Memasak : Rebus dan tumis
Jenis masakan : Barat
Keistimewaan : Kacang pine menjadikan pasta lebih berperisa.

3. SALTED EGG & SOFT SHELL CRAB

Untitled design 45 14 - 3 Spagheti ‘Western’ + 2 Spagheti ‘Fusion’.Rasa Barat & Asia Gerenti Sedap

BAHAN-BAHAN :

  • 10 gm bawang bawang kecil (yang kuning)
  • 14 helai daun kari
  • 3 sudu kecil cili padi/dipotong kecil
  • 2 sudu mkn lada benggala/didadu kecil
  • 3 sudu mkn mentega
  • 4 sudu mkn telur masin/sudah dihancurkan
  • 400 gm spaghetti
  • 4 sudu mkn minyak masak @minyak zaitun
  • Secubit garam
  • Serbuk lada hitam secukup rasa
  • 2 ekor ketam lembut /saiz sederhana

Bahan utk salutan tepung :

  • 8 sudu mkn tepung jagung
  • 2 sudu mkn serbuk paprika
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
Cara masak pasta :
1. Rebus pasta ‘ala dente’, masukkan sedikit minyak zaitun agar tidak bergentel. Tos dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dlm kuali dgn api sederhana.
3. Tumiskan bawang dan masukkan daun kari.
4. Masukkan cili padi dan lada benggala dan selepas 5-10 saat, kecilkan api dan masukkan mentega.
5. Apabila mentega cair masukkan telur masin. Teruskan memasak sehingga keluar buih
6. Masukkan spaghetti di dlm kuali dan masukkan garam dan lada hitam. Masukkan garam secukup rasa.

Cara masak ketam lembut:
1 .Gaulkan garam dan lada hitam secukup rasa.
2. Salutkan ketam di dlm campuran tepung
3. Panaskan minyak dlm kuali, dan goreng ketam dlm minyak penuh sehingga perang keemasan dan garing.

Saiz hidangan : 2 orang mkn
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Pasta
Keistimewaan : Pasta ini berasa lemak masin dgn rasa pedas cili yg enak

INFO CHEF : Sajian pasta fusion dgn penggunaaan telur asin dan cili padi, menu inovatif tepati selera tempatan.

4. STIR FRIED BEEF

Untitled design 49 3 - 3 Spagheti ‘Western’ + 2 Spagheti ‘Fusion’.Rasa Barat & Asia Gerenti Sedap

BAHAN-BAHAN :

  • 200 gm pasta
  • 3 biji bawang kuning (kecil)
  • 60 gm daging cincang
  • 1/4 sudu teh cili padi/dicincang
  • 2 sudu besar lada benggala/ didadu kecil
  • 1 senduk air
  • 2 sudu mkn daun ketumbar/dicincang halus
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • 3 1/2 mkn minyak masak

CARA MEMASAK :
1. Rebus spaghetti ala dente, letak sedikit minyak zaitun agar tidak melekat, toskan.
2. Panaskan minyak dlm kuali dgn api sederhana dan tumis bawang sehingga garing.
3. Besarkan api dan dan masukkan daging cincang, kacau rata.
4. Apabila daging sudah kering airnya, masukkan cili padi dan lada benggala.
5. Kemudian masukkan pasta dan gaul rata
6. Masukkan lada hitam dan pdmkan api
7. Hiaskan dgn daun ketumbar

Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 10 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Pasta bersama kuah daging bercili, pedas menepati rasa.
Keistimewaan : Cili pd sbg rencah daging, menjadikan pasta ini bercitarasa Asia

INFO CHEF : Anda blh menambahkan kuantiti cili padi atau cili hidup jika mahu lebih pedas

5. SPAGHETTI KEJU

Untitled design 42 16 - 3 Spagheti ‘Western’ + 2 Spagheti ‘Fusion’.Rasa Barat & Asia Gerenti Sedap

BAHAN-BAHAN :

  • 340g spagheti
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 3 ulas bawang putih dicincang
  • 200ml krim berat
  • 200ml sup ayam
  • 300g keju Itali dicincang
  • Secubit Garam
  • lada hitam secukup rasa
  • 2 sudu besar parsley segar dicincang

 CARA MEMASAK :
1. Didihkan air dlm periuk besar  dengan sedikit garam utk merebus spagheti.
2. Buang sebahagian air yg direbus, tinggalkan sedikit  dalam anggaran satu cawan air, di dlm  periuk.
3. Sementara itu, dlm kuali yg lain dgn api yg sederhana, panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga harum, kemudian tambah krim berat, sup ayam, dan 1/2 cawan air.
4. Tambah spagheti dan gaul sebati. Biarkan seketika.
5. Pdm api dan tambah keju. Kacau atau kiraikan, tambah lebih byk spagheti sehingga sos mencapai rasa yg diinginkan.
6. Perasakan dgn garam dan lada hitam, hiaskan dgn pasli, dan siap utk dihidangkan.

Komen anda


Loading...

Tags: #‘Fusion’.Rasa #Asia #barat #Gerenti #Sedap #Spagheti #Western

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "3 Spagheti ‘Western’ + 2 Spagheti ‘Fusion’.Rasa Barat & Asia Gerenti Sedap"