3 Menu Ikan Ni Padu Sedapnya, Tak Jumpa Kat Restoran & Blh Cuba Ye.

Loading...

ikan pari 08 00 635607 1 - 3 Menu Ikan Ni Padu Sedapnya, Tak Jumpa Kat Restoran & Blh Cuba Ye.

Tiga menu ni memang rare,  tak jumpa kalau nak cari di mana-mana restoran, hanya orang-orang lama kat kampung yg masih masak, itupun sekali sekala. Disebabkan sekali sekala tulah tiga menu ni sangat sedap, tengok pd resipi taklah susah mana nak buat, senang je.

Jadi apa tunggu lagi, jom cuba…..

ikan lampam 08 55 662785 - 3 Menu Ikan Ni Padu Sedapnya, Tak Jumpa Kat Restoran & Blh Cuba Ye.

IKAN LAMPAM  GULAI LEMAK ATAS DAUN PISANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan Lampam | lebih kurang 300gm
  • 250ml santan pekat
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 helai daun kunyit | mayang halus
  • Daun pisang secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 10 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup
  • 1 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. 1. Ikan dibuang sisik, isi perut dan bersihkan dgn air limau nipis. Kemudian toskannya..
  2. Sementara itu lapiskan kuali dgn dua atau tiga lapisan daun pisang.
  3. Seterusnya tuangkan santan di atasnya dan campurkan di dlmnya dgn bahan kisar.
  4. Kacau supaya bahan sebati, masukkan asam gelugor.
  5. Perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
  6. Masukkan ikan dan tabur daun kunyit yg telah dimayang halus di atasnya.
  7. Tutup kuali kemudian masak ikan tadi menggunakan api perlahan.
  8. Selepas lima minit balikkan ikan, dan biarkan mendidih sehingga kuah pekat dan ikan masak sepenuhnya.
  9. Tutup api, ikan sedia dihidangkan.

ikan pari 08 00 635607 1 - 3 Menu Ikan Ni Padu Sedapnya, Tak Jumpa Kat Restoran & Blh Cuba Ye.

IKAN PARI PERCIK DAUN LIMAU PURUT

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ikan pari | potong  sederhana dan cuci bersih
  • 250ml santan pekat
  • 5 helai daun purut
  • 1 sudu mkn pes cili kering
  • 1/2 sudu mkn pes air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu mkn minyak masak

BAHAN KISAR

  • 1 bji bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 2 batang serai
  • 3cm kunyit hidup
  • 2 biji cili merah
  • 1hiris halia

 CARA MEMASAK:

  1. 1. Gaulkan ikan  dgn sedikit bahan kisar bersama sedikit garam.
  2. Perap sekurang-kurangnya 10 minit. Kemudian bakar.
  3. 3.Sementara itu, panaskan minyak dlm kauali.
  4. Tumiskan bahan kisar sehingga air wangi dan masukkan pes cili. Kacau lagi seketika.
  5. Kemudian tuangkan santan pekat dan air asam jawa di dlmnya.
  6. Perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
  7. Renehkan sehingga kuah pekat dan timbul minyak.
  8. Masukkan hirisan daun limau purut dan kacau rata.
  9. Ambi satu atau dua sudu kuah, kemudian sapukan pd ikan yg sedang dibakar tadi.
  10. 10.Setelah ikan masak , tuangkan kuah  di atasnya.
  11. Ikan pari sedia dihidangkan.

ikan tongkol 08 04 160961 - 3 Menu Ikan Ni Padu Sedapnya, Tak Jumpa Kat Restoran & Blh Cuba Ye.

RENDANG  IKAN TONGKOL

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ikan tongkol | potong nipis dan cuci bersih
  • 500ml santan pekat
  • 3 sudu mkn kerisik
  • 3 sudu mkn pes cili kering
  • 1 sudu mkn serbuk kari ikan
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 batang serai | titik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu mkn minyak masak | utk menumis

BAHAN KISAR:

  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 3cm kunyit hidup
  • 2 batang serai

CARA MEM ASAK:

  1. Gaulkan ikan bersama sedikit garam, serbuk kunyit dan sedikit air asam Jawa.
  2. Panaskan pengukus dan kukus ikan lebih kurang 10 minit
  3. Sementara itu, panaskan minyak dlm kuali, kemudian tumiskan bahan kisar.
  4. Setelah berbau wangi masukkan pes cili . Kacau lagi sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan serbuk kari yg dibancuh dgn sedikit air.
  6. Setelah tumis timbul minyak, masukkan santan, serai titik dan asam gelugor.
  7. Setelah kuah pekat, masukkan ikan, diikuti kerisik.
  8. Kecilkan api biarkan kuah mereneh, kemudian perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
  9. Setelah kuah pekat dan timbul minyak, taburkan daun kunyit di atasnya.
  10. Rendang Ikan Tongkol sedia dihidangkan.
Loading...

Tags: #Cuba #IKAN #Jumpa #MENU #padu #RESTORAN #Sedapnya…

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.